Pages

Monday, August 30, 2010

Window Shopping ~ Bandar PM

kalau balik pekan, bandar PM kita ni, paling best hari sabtu. Pagi² lagi penuh dah org kat sini. sbb ada pasar pagi ni. Minggu ni plak org sibuk mencari baju raya.. lagi laa sakan org membeli. penuh org kat  bahagian baju. Ninie ngan Zex just cuci mata. 
Masa ni  mcm² patern kasut .. selipar seme ada.. harga mmg murah sgt la. seronok betul tgk org membeli.
5 barang RM10
gila org membeli tudung.. nak snap gambo pun susah..
ni special edition .. time nak raya je ada.. segala jenis alas.. alas meja.. alas sofa. alas kerusi..
ni lg dasyat.. tudung semuanya.. lawa² + murah plak tuh..
baju kanak².. serendah RM5 pun ada..
ni plak.. beli borong.. siapa nak meniaga.. bli satu bulk plastik ni.. baju semua tuh
jam pun ada.. mcm² ada..
mainan kanak² pun ada.. tp ni used item.. baju bundle x yah ckp laa.. penuh org jual..

tapi akhirnya... zex membeli ini.. yg mendamaikan hati.. x ramai org beli.. heheheh pokok longan! dia nak tanam belakang umah.. sib baik ninie dtg x bwk duit (... saje x bwk..) hehehe kalau x.. mmm x tahu laa..


Thursday, August 26, 2010

Rindu kat Nita

Ni opismate ninie Nita. Dia dah x keje kat HTAA. dah dapat tukar ke Pekan. Yerla.. jauh jugak dia ulang alik setiap hari dari pekan-kuantan. Naik bas plak tu. Rasa sedih bila dia tukar. Selalunya geng ngan dia laa time makan ke.. g mana² ke. Dah ada ganti Nita. Cuma blum biasa lg ngan org baru.. Rindu betul kat Nita.. Gambar ni seblum puasa. Kitaorg wat makan² sempena last day dia kat sini. Semoga Nita sukses kat tempat baru. Ingat² la kami kat sini. Raya dtg jalan umah saya yer!

Wednesday, August 25, 2010

Kemas² Stok Susu Beku ~persediaan menghadapi puasa~

patutnya entry ni seblum bulan puasa. Tapi x transfer gambar dr HP zex ke pendrive. HP ninie.. dah season.. ambik gambar.. gelap. flash pun x dek.. pakai je apa yg ada. janji ada HP. canggih manggih ni.. no fulus!. merepek ke HP plak la.. padahal nak citer psl stok susu.. aper laa ninie ni..
Ninie gigih membuat stok seblum puasa hari tuh.. penuh dah raga.. tu yg kena kemas². lantak je buh dlm botol ke plastik. janji ada tarikh.
ni stok seblum puasa bermula .. bungkus² ikut tarikh. senang nak ambik.. bawak keluar tarikh yg lebih lama duduk blah atas. Senang nak ambik  nanti.
tu dia tarikh. dulu x letak brp kuantiti dalam 1 plastik. sekrg ni dah letak. nak kira senang. Ada lebih kurg, 100++ x 5oz susu.
dah letak semula dlm deepfreeze. blah paling atas adalah yg paling lama. senang nak capai kan.. deepfreeze kan dalam. kalau x bungkus dlm plastik mcm ni.. kalau dah 100stok. susah laa nak tgk² tarikh pulak.
dalam bakul adalah stok utk pakai terkini. utk bawak ke taska. 2 botol beku setiap hari + 2 botol susu perahan segar. Eskrim ni.. our feberet. Mesti adanya kat umah. Icepack pun letak sini jugak. Sbb nak makesure beku sebeku-bekunya. Terliur plak tgk eskrim ni..

Tuesday, August 24, 2010

Jangkitan telinga tengah

Sabtu baru ni, lepas mandikan zulaikha, biasala ibu, suka laa membelek² anak. Cek kuku kaki, tgn, badan & telinga dia. Agak terkejut juga bila tgk telinga kiri Zulaikha, ada nanah!... Ninie mmg panik juga masa ni. Dia baru pas baik batuk, ada nanah plak telinga. Cepat ² Ninie & Zex bawak di g klinik pakar Yaw. 
Doktor explain, ni sebenarnya bukan nanah, tapi jangkitan sbb dia selsema. Bagi kanak² atau bayi, salur hidung dia bersambung ngan salur telinga. Tapi org dewasa tidak. Bila dah dewasa salur sambung ke telinga ni akan tertutup ngan sendirinya.

Bila baby kita selsema yg teruk, kalau hingus x keluar melalui hidung, dia akan penuh dalam salur telinga... lepas tu dah penuh sgt.. gegendang telinga akan pecah, dah hingus akan meleleh keluar melalui telinga.. pecah gegendang telinga???? serius ke??? mulanya ninie ngan zex dgr mmg rasa sgt bimbang.. tapi bila doktor explain benda tu normal.. baru rasa lega. Cuma kena make sure bila tiap kali dia selsema je, bagi ubat selsema. Bimbang juga nanti pendengaran dia akan alami ganguan.

Doktor bg antibiotik dan ubat selsema. Masa ambik ubat kat kaunter, org yg bg ubat tu ckp, sakit tau kalau gegendang telinga nak pecah... berdenyut².. mmmm patutla seminggu dua ni, Zulaikha selalu menangis tiba².. menjerit².. sampai meleleh air mata.. tido pun x lena sgt.. makan pun x selera.. kesiannya anak ibu. Ibu x tahu dia sakit.. ingatkan dia buat perangai ke apa.. Sedih laa.. siannya Zulaikha..

Sekrg ni dia dah ok. Baru nampak dia ceria. Malam, dia tido awal.. x jerit² dah masa dlm kereta.. Ibu kena lebih alert ngan perubahan Zulaikha.. Ni ada info skit mengenai sakit telinga ni. Klik sini yer.


Friday, August 20, 2010

Hujung Minggu lagi...

Dah hari jumaat yer. Ni x g mana harini. duk opis je. Malas nak jln. x larat.. hehehe lgpun pitis dah kempis.. kalau g jenjln.. mesti terbang jugak duit.. Esok dah sabtu semula.. kalau sabtu ahad.. aktiviti ninie mmg penuh. Minggu lepas balik pekan. Berbuka kat umah mak mentua hari sabtu & hari ahad berbuka umah kakak ipar. Seronok la buka puasa kat umah org.. tp balik umah sendiri, penat x ilang. Byk keje menanti. Nak kemas umah la, nak  menyapu la. Nak gosok baju, nak mop lantai, nak basuh baju, nak lipat plak.. ish byk laa.. tu yg kengkdg, kalau boleh nak duk umah sabtu ahad. nak setelkan hal umah. hari kerja mmg payah nak buat. Sebb penat amat!

Ni gambar yg sempat ambik bila aktiviti ujung minggu.. 

Ni ngan tok dia.. masa g taman teruntum. org lain ada ikut. Zufar hannan ikut. tp naik kereta lain. tgk laa tok dia membeli.. ni seblum puasa. Dia suka sgt tgk arnab ngan burung unta. Menggelepar bila nampak  burung tu lalu.. heheheh
Apa laa bapak ni.. seksi ikha jadinya..
lg nampak pusat.. ish ish ish
encem kan bapak saya...
ni minggu seblum puasa jugak. G gambang waterpark. X mandi pun. just dtg jln². dapat free tiket. sbb beli rumah ngan pemaju yg sama.
tu dia ramai  manusia dtg mandi.. seronok tgk.. nak tunggu ikha besar .. bleh bawak dia mandi sini
possing ngan ibu plak la... 
ni tgk air.. kalau tgk air.. sampai meleleh air liur..
bapak.. ibu nak eskrim ni yer.. heheh.. peminat tegar eskrim.. 

Yeah! esok berbuka puasa di Balok.. umah mak abah..


Percubaan membuat popcorn

tetiba rajin.. ahahah.. seblum ni bli jagung popcorn. cuma x buat je lg. dulu² masa bujang suka jugak buat jagung popcorn sendiri. semlm try buat.. ahahaha... rentung...

ni cubaan kali pertama. letak gula siap² dlm majerin.. kuat sgt api dapur.. hangus.. makan rasa pahit.. 
ni cubaan kali ke-2 buat skit je.. ehehe.. dah jadi... tapi lembik plak.. terlebih air gula..
ambik kau.. seperiuk buat.. mmg dah jadi.. tapi manis amat. zex mkn.. terus tgk ke balang gula..dia ckp ... "esok kena bli gula lain laa... " eheheh.. tp suka.. dah jadik!


Thursday, August 19, 2010

Zulaikha 6Bulan@makan kali pertama


semlm g klinik balok. Sib baik ayu (sepupu ninie) ada.. dia baru balik dari jerman. cuti² malaysia.. kalau x, mmg susah laa nak g klinik. zex mcm biasa, dia kan ngajar. payah nak tinggal kelas.  Semlm Zulaikha kena cucuk Hepatitis B. Mula² pun dah nangis.. sbb kita peluk dia kuat² sbb x  nak kasi dia gerak. dah cucuk.. dia sambung nangis.. sambil tgk org yg cucuk dia tuh.. sib baik kejap je nangis..

semlm ibu bleh berehat... ada org sukarela nak jaga ikha. Bukan ibu x nak jaga.. cumanya mmg ayu nak sgt jumpa ikha. Dia x pernah jumpa ikha lg since lahir. Sbb masa tu ayu ada kat jerman. Belajar. Bagus anak ibu ni.. baik je duk ngan ayu & ummi. 

Kelakar laa ayu cter.. bawak ikha g care4. Ngan ummi & ayu x nak tido. pakcik Aman dukung je terus tido.. harum sgt bau tokki yer.. sampai tertido. x pun.. pengsan ngan bau tokki.. huhuhu.. 

Kejap je masa berlalu.. dah 6 bulan umur dia. Ninie dah ajar dia makan skit² seblum ni. Dia x brp suka sgt lg. dia x pandai. Semlm ayu suap dia biskut jenis MILNA tu pun dia makan separuh je. tu pun kena tlg suapkan.. dia x pandai.. ada ke dia tarah² ngan gigi dia.. Kat umah ninie mmg blend bubur nasi + susu. Skit je dia makan.. baru nak belajar makan pejal.. x per.. kena ambik masa skit.. Bila dia dah start mkn, mmg kurg la dia nak susu. sebb dia kenyang lama.. Mmmm berat dah 7kg... start makan ni x tahu laa... makin naik laa agaknya..

Tuesday, August 17, 2010

Ibu jari jadi sasaran

zulaikha mmg isap puting kosong selalunya. Tapi minggu bila ntah, Ninie tertinggal puting kosong tu kat umah tok dia.. Lepas tu sampai sekrg x isap dah puting kosong. Ninie pun malas nak ajar sgt.. sbb nanti org ckp bleh jadi jongang gigi depan.. 

Mmmm .. tapi susah jugak x ada ni.. dia dah ada gigi.. suka sgt gigit ibu.. dia nak lepas geram... kalau time tido kesian jugak.. mulut tu gerak² mcm tgh isap puting kosong dia.. sampai zex ckp.. beli laa semula.. mmm nak bli ke????

ni dalam keter semlm.. dia msk jari dah dlm mulut.. risau jadi mcm may (sepupu ninie.. heheh) je ni.. sampai dah besar isap jari.. susah nak ilang tabiat isap ibu jari.. last² makcik ninie taruk riben kat jari dia.. hari² dia tgk riben.. akhirnya,dia lupa psl isap jari.. heheheh.. Zulaikha jgn laa isap jari.. x cun nanti.. ahaks!

Friday, August 13, 2010

Hasil tenusu bulan ramadhan

Ramai yg bimbang bulan puasa ni susu akan kurang. Ninie pun bimbang.. tapi nekad je laa kan. Apa yg Allah jadi tu dah sempurna. Cuma kita je kena buat cara tu betul ke x... Bulan puasa ni mayb kita kurang skit susu.. tapi masih ada. Mungkin jadual pam pun kita kena tukar.. 

Kat opis, Ninie cuma pam 2 kali. kul8pagi.. ngan blah ptg.. dlm kul3.00ptg. Blah pagi mmg elok sgt la.. sbb kita dah sahur. Masa sahur tu makan  byk² skit. Minum air pun kena byk. Org lain mayb x selera masa sahur.. tp Ninie.. selera semcm aje.. hehehe.. makan mmg kuat.. sbb pikir pasal anak.. Zulaikha sekrg dah 6 Bulan. Dia dah start solid food blah pagi. Taska bg dia makan.. So, siang hari dia dah x nak susu sampai 5botol. Cukup 4botol je. tu pun bawak balik sebotol. Sbb bila dah makan dia kenyang..


Ni hasil pam kul 4.00ptg. saje lewatkan. nak bg byk skit.. masih ok.. .. Campur sekali yg sesi pagi tadi.. cukuplaa utk Zulaikha esok hari.

kat bawah ni ada skit tips utk bulan ramadhan. Ninie ambil dari laman web ni untuk dikongsi: http://duniasusuibu.com/category/ramadhan/

Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan
  1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.  YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
  2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
  3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
  4. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.
  5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
  6. Makan banyak kurma.
  7. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
  8. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
  9. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
  11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul. 
  12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
  13. Pam susu sebelum sahur.
  14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
  15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
  16. Ambil milk booster jika perlu.
  17. Elakkan terlalu penat.
  18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
  19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.

Langsir Oh Langsir

Sejak dah boleh duduk dlm walker ni, Zulaikha dah merata² meng explore rumah. Antara tempat kesukaan dia.. Langsir..

Punya laa kusyuk duk membelek langsir.. Ibu panggil buat x tahu jer..

Ibu ni.. kacau je.. Ikha nak tgk langsir ni...

nak g kat langsir lain plak laa...
ibu panggil yer.. yerla² x main langsir masuk mulut dah.. 

Thursday, August 12, 2010

Breastfeeding Mom dapat hadiah (^_^)

Masa minggu penyusuan ibu sedunia.. Ninie x laa terlibat secara langsung menjayakan penyusuan susu ibu peringkat hospital.. Ninie cuma tgk² aje.. Unit IT cuma terlibat siapkan slide presentation untuk majlis penutup je. Tu pun bukan Ninie yg buat.. opismate laa yg buatnya.. Ninie tukang tgk & komen.. eheheh.. 

Tetiba Ninie dapat invitation untuk hadir ke majlis penutup.. tp tu biasalaa semua ketua jabatan selalunya di jemput.. Tetiba.. (byk betul tetiba..) dpt plak invitation untuk ambik cenderahati.. mmm.. pasal apa plak.. risik² bertanya khabar.. rupanya sebesar² hospital ni.. Ninie antara yg full breastfeeding anak.. puas dah bahagian laktasi cari.. tp x ada pun.. 3org je yg full breastfeeding.. 

Full breastfeefing maksudnya.. x bg susu lain.. selain susu ibu.. kalau usia baby antara 0-6 bulan.. dia panggil.. exsklusif breastfeeding.. lebih dari 6 bulan full breastfeeding.. sbb lepas 6 bulan kita akan mula bg solid food kat baby.. cuma x bg susu formula jer..


Ni ninie dapat cenderahati dari pengarah.. sebagai penaung kepada kumpulan sokongan susu ibu. Ada 3 org yg dapat cenderahati ni. Dalam 3org tu, Ninie je yg bukan dari kalangan staf klinikal.. Ninie kan cuma staf pengurusan aje. Agak berbangga jugak.. cewahh! eheheh.. Opismate yg buat slide ni plak tahu Ninie ada blog pasal susu ibu ni, dia siap kempen kan kat slide tu.. siap ngan gambar lagik.. ehehe.. 

Apa perasaan Ninie? Ninie bukan kisah dapat hadiah apa.. cuma apa yg Ninie nak kongsi.. Ninie rasa dihargai sangat.. Terharu.. Sbb nak breastfeeding ni mmg memerlukan sokongan dari semua org.. kalau x.. kita akan hilang rasa motivasi diri.. Bila dihargai mcm ni, lagi semangat Ninie nak breastfeed Zulaikha. Ninie akan cuba sampai umur dia 2  tahun.



Ramai yg hadir.. NGO pun ada.. tu 3org baris depan baju color biru..yg india tu kan.. dia bidan kat kat KSH. Ninie dulu masa bersalinkan Zulaikha.. dia laa yg sama dlm labour room. Baik sgt.. 


Lepas dah habis.. kena laa makan².. Seblum puasa.. bleh laa nak makan².. Ni laa 3 org staf IT pompuan yg ada.. tu pun yg sorg tu dah nak tukar ke pekan.. sedih den..

Tuesday, August 10, 2010

Rezki Zulaikha lagi..


Ni gambar masa birthday Zufar Hannan. Nak highligt kat baju yg Zulaikha pakai tu. Baju tu Kak Jashima (ex-opismate di SUK Pahang) yg bagi. Kak Jas dah lama nak bg, tapi x ada masa nak dtg rumah. Kebetulan dia singgah tgk rumah dia.. dan kebetulan jugak Kak jas beli rumah area umah Ninie kat Indera Sempura, dia pun dtg singgah umah Ninie. Rezki Zulaikha, baju tu Kak Jas beli besar skit, so muat lagik...

Esoknya birthday Hannan, terus je ibu bg Zulaikha pakai.. x yah basuh².. heheh.. sib baik muat... Kalau x, Kak Jas ckp.. "bg adik Zulaikha je.." Zulaikha ada adik dah ke????? ish hehehe.. x tahu... x tahu.. 

wah seksi g tu.. Bentuk Love tang montot tuh.. Tu dia sepupu Zulaikha, Marissa.. Zulaikha di dukung oleh Ummi@tok Anjang.. Zulaikha mmg ramai tok sedara, sbb adik beradik mak Ninie semua muda belia lagik.. ahaks!

Terima kasih x terhingga kepada Kak Jas.. berusaha ngan susah payah.. akhirnya dpt juga jumpa Zulaikha & dapat dtg umah.. w'pun dah besar Zulaikha.. Terima kasih ye Kak jas.. Luv U !

Wednesday, August 4, 2010

Zulaikha dah tumbuh gigi ~Menakutkan!!!~

Semlm masa letak ubat kat mulut Zulaikha sbb kena candida infection.. Ninie rasa laa gusi dia.. rupanya... dah tumbuh gigi!!!!!.. gigi tu bukan baru nak tumbuh.. dah mmg ada nampak.. Ibu x perasan betul selama ni..  Gigi blah bawah.. ada sebatang baru tumbuh..  

Padan laa hari tu demam.. rupanya nak tumbuh gigi.. Sukanya ibu.. anak ibu dah besar.. dah bleh makan makan pejal laa pas ni.. 

Tapi takut juga ibu.. memlm dia suka bergayut!!!!.. kalau dia geram atau nak marah.. mau ibu kena gigit.. abis laa ibu.... 

Candida Infections ~ Tak suka susu botol

Hari isnin baru ni, ambik Zulaikha kat taska, cikgu dia ckp, Zulaikha x nak minum susu dalam botol. Bekalkan dia 5 botol.. Dia cuma minum 2botol je. Cikgu tunjuk dalam mulut dia ada putih².. mcm baru nak jadi ulser. Ninie ingatkan ulser. sbb tu dia x nak susu.. sakit mulut la kot. Semlm ambik kat taska, makin byk pulak.. Risau jugak kot kena sakit kuku tgn mulut tuh.. cek jari dia..x ada pun.. lega sekejap.. Balik umah bg dia directfeed.. dia nak plak..x nampak mcm sakit mulut..

Last² bawak g Klinik Pakar Yaw.. Pakar Kanak².. kat jln beserah.. seblah  ngan twin baby.. nak g KSH.. memlm x bukak.. 


Klinik ni mmg ramai giler org.. kena dtg awal.. ni dtg kul 7.30pm pun dapat no yg ke 8. Ramai betul budak yg demam. Seme tgk Zulaikha.. tanya.. demam ke?.. Ninie ckp.. x laa.. Dia ulser (ngan confidentnya!).. yerlaa musim ni.. dia panas dlm kot.. ada laa sorg ibu yg jwp g tuh..

Tunggu turn sampai, naik lenguh pinggang ibu dukung anak ibu ni. Timbang kat klinik yaw ni, berat dia dah 7.3kg. mmmm beratnya kan.. Zulaikha bukan jenis duk diam atas dukung.. pusing sana sini.. terpaksa laa dukung sambil jln².. tgk aquarium laa.. main mainan laa.. klinik ni mm tadika.. budak² mmg suka..


Semua dia nak pegang... ish ish ish.. Akhirnya dpt laa jumpa dokter yaw. Doc ckp, ni bukan ulser.. tapi candida infection.. Apa tu??? kalau org tua² dia panggil.. kulat susu. Baby x rasa sakit. Cuma dia rasa x selesa. Kulat ni jahat doktor ckp, dia x akan hilang kalau x bubuh ubat.. dia akan makin menebal dalam mulut baby.. sbb tu dia x nak susu botol tuh.. dia rasa ada benda ganggu dlm mulut dia..

Mcm mana bleh dpt kulat/fungsus ni????
Mungkin dari pelbagai cara, paling senang:-
  • sbb directfeed, mayb puting ibu x bersih, atau kena infections, bila baby isap.. dia akan pindahkan ke dlm mulut baby.
  • melalui jari baby. baby pegang benda² kotor.. dia masukkan dlm mulut
  • melalui puting botol susu yg x bersih.
Ni ada skit dari internet ninie cari, source dia klik sini.

Symptoms of Yeast Infection
Candida infection in the babies mouth shows as a white to yellow coating or spots on the tongue, inside the cheeks or on the gums. This coating can not be easily wiped off and gentle scraping will cause the area to bleed. Babies with severe oral thrush may find sucking painful and refuse to feed or drool excessively.
In the nappy area, the yeast infection appears as a dark red rash that has an almost shiny appearance. Usually the rash appears in the folds or creases of skin.
Doktor bagi ubat, lepas dia minum susu.. sapu dalam mulut dia.. 4kali sehari. Doktor pesan.. TANGAN MESTI BERSIH!

Ibu pun kena hati² laa ni. kena rajin tukar nursing pad. Setiap kali nak directfeed, kena basuh dulu puting susu.. Sian anak bu..!

Tuesday, August 3, 2010

Selamat Hari Lahir & Menyambut Ramadhan

Tak sangka plak dah masuk bulan Ogos. Cepat betul masa berlalu. Dah nak masuk Ramadhan. 11 Ogos ni x silap dah berpuasa kita kan.. dah habis ganti puasa ke????? toing toing.... heheheh

Sempena ramadhan yg bakal tiba ni, opis buat makan².. Menu, nasi arab. Beli kat Paklim jln Beserah. RM8 seorg. Daging kambing.. yg x makan kambing.. pilih ayam.. Alang nak nyambut ramadhan.. sambut sekali birthday² opismate yg lain.. 
tu dia semua yg bertambah umur lagik.. hehehe.. 2org masih bujang  yer.. Yg baju coklat ngan yg si kecik blah depan sekali tuh.. huhuhu promote!.. jgn mara aaaa..

Makan nasi arab.. Ninie rasa x pedas.. diaorg ada yg ckp pedas.. bantailaa janji kenyang.. nasi dia sodappp.. yg terangkat.. sbb daging kambing.. dah siap mkn.. baru teringat.. sy ni kan  BF anak.. panas x?????? x rasa apa pun... mintak² x ada apa laa...


kek ni disponsor oleh kak yati.. semoga kak atie murah rezki.. Amin.. bulan depan seblum masuk 31 Ogos.. kak tie dah nak bersalin.. semoga selamat laa semuanya.. Amin...

wah wah wah.. selera yer makan.. x pandang kiri kanan dah.. kek dah habis 2 pinggan... Selamat Harijadi kepada semua staff IT & selamat menyambut Ramadhan al-mubarak kepada semua.. Semoga ibadah kita tahun ini lebih baik dari tahun lepas.. 

Kepada semua saudara mara & kengkwn yg duk jauh.. Ayu yg cun kat Jerman, Shila yg come kat Jerman jugak.. May (makcik zulaikha yg sgt omme...)kat New Zealand, Abg GG yg gebu kat amsterdam..  izra & Azizul kat Jepun.. dah semua laa yg duk jauh diperantauan.. Selamat berpuasa.. Jauh di mata.. dekat di Facebook.. huhuhu..

paling best.. dan x sabar ... IBU & BAPAK NAK RAYA NGAN ZULAIKHA YG OMME!!!!

Monday, August 2, 2010

Zulaikha Jatuh Katil...

mmmm sebenarnya dah seminggu kisah ni.. tapi mula x nak citer. Tapi citer jugak.. supaya jadi iktibar kat ninie dan org² lain yg baca blog ni.. (.. ngan harapan ada laa org baca).. 

Hari tu, Ninie mmg letih yg amat sgt. Maklumlaa.. keje lagik.. menyusu lagik.. Sampai umah je dah menanti kerja umah yg banyak.. Tu pun lega, bab makan malam.. zex urus sendiri. Sbb memlm, dia je yg makan.. Ninie diet memlm.. hehehe. Kekdg dia masak utk Ninie jugak.. paksa Ninie makan.. tapi Ninie marah dia, hahaha.. mcm mana nak suruh isteri jadi cun, asyik  nak menggemukkan istri aje.. dia ckp laa.. x ada pun lg dia ckp istri dia x cun.. (... ninie ttp x nak jugak!..) tapi.. kekdg belasah aja.. siap lebih dari zex lg makan nyer.. hehehe

Selalunya kul 9pm ke atas, Zulaikha dah ngantuk, Ninie kena tidokan dia.. kekdg  tu dlm buai aje. Kekdg tido atas katil, sbb ninie susu kan dia secara berbaring. Zulaikha mmg suka bergolek-golek. Kalau kat ruang tamu rumah tu, mmg habis satu ruang tamu tu dia golek. Atas katil pun sama. 

Mlm tu, Ninie dah pagar keliling dia ngan bantal. Sbb kalau dia golek, tetiba ada bantal.. dia x bleh nak golek... Ntah mcm mana, Ninie penat sgt, Ninie yg tido, bukan dia.. Ninie sedar² dgr suara dia nangis sekuat hati.. Tgk atas katil x ada.. mmg panik sgt Ninie masa tu, Zex ada dlm bilik komputer. Dia pun terkejut. Ninie cari Zulaikha, ada bawah katil.. keras dia nangis.. sedih sgt.. Ninie peluk dia.. teresak² dia nangis.. Tuhan je tahu hati ibu mcm mana masa tu.. Terus cek kepala & badan dia.. Alhamdulillah x ada apa²..

Rupanya, bantal tu Zulaikha tolak, so, dia jatuh atas bantal tu, yg dia nangis, sbb tergolek bawah katil.. Gelap. Dia takut.. Ninie sampai sekrg hari² doa & mintak pada Allah, supaya lindungi Zulaikha sentiasa.. Agaknya, mcm org tua selalu ckp, malaikat sambut.. Lepas peluk dia.. dia dah diam dah.. 

Mulanya x nak bg tahu mak Ninie, tetiba dia boleh telefon.. dialog dia mcm ni:-
Ninie: "salam mak, buat apa? mak telefon tadi ek.. Ninie x perasan.. Naper mak telefon?"
Mak: "x ada apa².. saje je mak telefon. tetiba teringat kat Zulaikha. Dia sihat? Ok ke dia?"...
Ninie : "Glurppp!.. mmmm mak sebenarnyakan.. Zulaikha jatuh katil semlm...."
Mak: "patutlaa mak x sedap hati... brp kali mak dah pesan.. jgn letak Zulaikha atas katil.. dia tgh lasak.. bla.. bla ... bla... bla.."

Mmg panjang laa syarahan dia.. Hehehe.. tula x dgr ckp mak kan.. Ninie dah serik.. sekrg ni selg dia x tido.. Ninie x tido.. x pun kalau ngantuk sgt, bg zex, suruh dia buh dalam buaian..  Lepas tu angkat dia, bg dia tido dlm playpen (katil baby).. 

Jumaat balik pekan kejap, lepas tu balik Balok.. mmm tok dia cek laa Zulaikha.. kena marah jugak lg.. sbb penuh muka Zulaikha bintik².. kena gigit nyamuk.. mmm sokmo ibu kena marah ngan tok... x perlaa.. ibu x kisah.. dah biasa.. hehehe..

tambah skit lagi.. bukan kena bebel ngan mak aje yer.. hampir semua mak & pak sedara bebel.. huhuhu.. padan muka ibu!

linkwithin

Related Posts with Thumbnails