Pages

Thursday, July 8, 2010

Zulaikha DeMAm


Selasa & Rabu, Ninie x g keje. Zulaikha mulanya batuk aje. Sampai muntah. Selasa pg tu ninie x jd g keje. kesian sgt tgk dia. Batuk x henti. Sepjg hari kat umah dia nampak ok je. Cuma tido sikit terganggu sbb dia asyik batuk. Dapat tido, kemain lena. Bleh la ibu lari ke sana ke mari siapkan keje umah. Bila tgk dia ok, x jadi la nak bawak di g klinik. 


Tgk tu, kemain lg happy sbb dah sihat skit. Batuk pun siang tu x kerap. Sikit² jer.. 

Selasa malam tu dia x leh tido, ninie bg dia Directfeed, dia x nak. pelik jugak. agaknya dah sedap sgt ngan susu dalam botol. X perla, mayb dia berubah angin kot... 

Dah dia x leh  tido, asyik merengek je. Cek suhu badan dia, 38.1 darjah. Dia demam rupanya.. try bg dia ubat. harap² ok la. Tapi x.. pg nak g keje tu, dia makin nampak x larat. Kesian betul tgk dia merengek².. Last² Ninie & Zex , dua² x g keje. Bawak dia g KSH. Siang dia ok skit. Cumanya dah start selsema. Hidung penuh SAWANG.. heheheh



Ni gambo kat KSH. suka yer nak jumpa doc siti. Bila nampak je doc, terus nangis.. x mau dengan doc. Heheh.. Doc cek tekak dia, rupanya ada bengkak skit. Patutla dia x nak DFeed. Batuk kuat sgt, sampai bengkak tekak dia. Hidung pun sawang byk. Doc tanya niniezex, ada x yg ada lelah + resdung. Dua² blah ada lelah & Zex mmg ada resdung yg teruk jugak la. So, genetiknya mayb Zulaikha ikut la. 

Doc suh buat neubalizer. Sedut bg cair kahak dia. Bagus anak ibu ni, diam je sedut asap tuh. Lepas tu nampak dia lega skit. Badan dia still panas.. demam. 

Ninie bimbang juga, sbb ahad baru ni, ada balik Pekan, byk nyamuk, mmg nampak dia ada byk kesan kena gigit nyamuk. Takut jugak denggi. Doc ckp, kalau lepas 3hari, dia still demam, kena dtg semula, cek darah. Kalau batuk x lega, mmg kena admit.. kesian laa anak ibu & bapak ni.

Balik umah, bagi dia susu terus bg ubat.. tgk tu, suka ye makan ubat..  muka sampai naik kelat! huhuhu


Amboi tangan pun nak masuk mulut yer.. sedap sehingga menjilat jari.. 


Pagi ni dia still demam masa hantar g taska, mlm mmg ninie & zex gilir² jaga dia.. Sbb dia mmg x lena tido.. kena sentiasa basahkan tuala lap² kan dia. Sampai taska, kemain lg suka tgk cikgu dia.. siap depa tangan suh ambik dia.. Duk taska elok² yer.. Harap² Allah cepat sembuhkan anak ibu ni.. Amin!

2 comments:

  1. tulaa.. tp dia cargas jer.. cuma time mlm.. dia merengek.. siang mmg ok sgt dia..

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails