Pages

Friday, July 9, 2010

Keliru Puting/Nipple Confusion

Keliru puting ni sering terjadi kepada bayi menyusu badan. Ni ninie baca dari pelbagai forum juga la. Byk kes, baby yg keliru puting ni selalunya menolak bila kita bg dia directfeed. Dia lebih suka susu dari botol. Penting bagi ibu² yg berhasrat nak bg susu ibu tahu pasal ni. 

Pertama sekali, kita kena nyatakan hasrat kita utk susukan baby kita kepada org sekeliling. Contohnya mcm mak kita, husbnd kita & MIL. Sbbnya diaorg perlu jd penyokong kepada kita. Kalau kita x bg tahu, nanti awal² lg dah bg susu formula. 

Ke-dua, kita kena bg tahu kat hospital yg kita nak bersalin tu. Kalau hospital kerajaan x ada masalah rasanya. Sbb mereka menggalakkan susu ibu. Tapi hospital swasta mmg kena bg tahu yer. Ninie bersalin hari tu pun kat swasta, so, awal² ninie ckp ninie nak BF baby. Lepas je bersalin, terus je bidan bg ninie baby. Penting yer, w'pun susu x ada lg. Nak bg baby kenal puting ibu, & nak stimulate susu untuk keluar. Kalau awal² dah bg puting botol.. tu yg jadi baby kita x nak puting ibu. 

Ke-tiga, cara susukan baby. Kalau ikutkan cara penyusuan yg betul, kita x digalakkan guna puting tiruan (puting botol susu tu la). Lebih elok kita guna sudu, atau cawan utk suapkan susu kat baby kita. Ni utk elakkan dia keliru puting.. Cup ni pun byk dijual secara online... utk memudahkan kita susukan baby.

Tapi bukan semua baby mcm ni. Sesetengah baby mmg cerewet. Kita kena ambil langkah berjaga² la. Zulaikha awal² lagi ninie dah bg dia puting botol, tapi jenis yg sgt  lembut. Yg menyerupai Breast kita. So, dia x laa rasa keliru sgt.. Tapi ninie rasa laa.. Zulaikha x cerewet sgt, cuma dia mmg x suka kalau puting yg jenis silicon. 

Mula² ninie bagi dia puting susu yg biasa. Silicon, yg paling lembut. Dapat free bli botol anakku. Tapi, ninie tgk asal kita bg dia susu, asyik tumpah je. Meleleh². Ninie ingatkan dia gelojoh, rupanya x... puting tu lubang dia besar sgt. Ninie cari puting lain, kebetulan Ninie beli Breastpump jenis Spectra3 dpt puting sekali. Ninie try bg dia, mmg ok. X pernah meleleh dah. 

Lepas 2bulan-3bulan, kita digalakkan tukar puting botol ni. Sbb lelama guna byk bakteria kot. Ninie nak cari puting yg sama, tapi x ada jual pulak. Pening  kejap. Try yg jenama lain utk newborn. Zulaikha x suka!

Ninie ni suka jugaklaa tgk botol² yg lawa. Beli la Avent, hari pertama dia minum.. nampak mcm suka. Ninie testing seminggu je, pastu Ninie g taska, tanya cikgu, cikgu ckp, Zulaikha nampak mcm susah nak sucking. Keras sgt silicon dia. Lagipun, ada sekali tu, ninie bawak botol Avent dalam beg, bila nak susukan zulaikha, tgk² dah kering, rupanya dia senang tumpah. Sib baik beg tu jenis kain, so dia serap sus. Sbb tu x perasan ada susu tumpah. Yg lg nasib baik.. ada susu cap gantung ni.. hehehehe.. x la anak ibu lapar kan. terus DF je dia dalam kereta.

Ninie baca review apa yg elok utk baby, diaorg byk suggest puting jenis NUK. Ada jual kat guardian. Ninie try g cari, mmg ada. Terus bli saiz 1 (slow flow). Testing bg zulaikha. Dia suka sgt.. sbb lembut. Tapi yg x bestnya, puting ni dia ada satu lubang udara. Mmg bagusla, dia x bg puting tu kemik + utk elakkan colic (kembung). Tapi yg x tahan nya.. bila zulaikha ni duk pusing sana sini, susu tu tumpah keluar ikut lubang tuh. Satu lg, sbb lembut sgt, dia mudah kemek bila kita pasang pada ring botol tuh.. selalulaa jadi bocor kot tepi ring botol susu. Habis basah baju anakda ku...


Last² kawan ninie bg suggestion, pakai puting jenis MAM. bentuk dia sama sgt ngan NUK ni, cumanya dia x ada lubang kat tepi utk udara. Kali pertama bg zulaikha, dia suka betul, habis 5 oz susu dia minum. Yg lagi best, dah x bocor, kemek tu perkara kecik,.. zulaikha pandai kembung kan balik bila kemek.. hehehe.. suka betul tgk zulaikha suka puting baru ni. Sampai laaa sekrg dia masih happy ngan MAM. Tqs tu Jusniza sbb kenalkan puting MAM ni. Kalau kat kuantan, Twin Baby & Baby Home Jalan Beserah ada jual.


Ada ibu² yg Bf baby pesan, jgn bg BF baby puting jenis fast flow. biar je dia guna Slow Flow sampai dia besar, sbb nak elakkan dia suka sgt ngan puting botol. Nanti dia x nak dah DF. DF memerlukan baby berusaha utk sucking. Kalau botol kan dia mcm mengalir sendiri.. lg besar lubang botol lg laju la susu keluar. Takut baby jadi malas... heheheheh

2 comments:

  1. keliru puting ni mmg biasa berlaku kan..jika x kuat semangat..mmg ibu tu akan bg je anak menyusu terus...x df dah...

    ReplyDelete
  2. norhanita: a ah.. kalau x kuat semangat mmg lama dah bg susu formula.. heheh

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails