Pages

Monday, July 5, 2010

Hari Minggu di RUmaH Tok & Tokki

Sabtu & Ahad, ninie bawak Zulaikha balik Balok. Umah mak Ninie. Zex x ikut. Dia ada keje. Dah biasa ngan Zulaikha berdua balik Balok.. X jauh sgt dari umah IS ni. Pepg Sabtu dah balik sana. 

Agendanya nak jumpa sepupu Ninie, May. Dia dah nak balik New Zealand. Hari tu dia balik Mesia sbb ayah dia meninggal.. Tapi, Ninie sampai lambat, May & semua yg lain dah g Melaka awal² pagi. Diaorg ada kenduri kat sana, lepas tu baru g KL anto May kat KLIA. 

Agenda ke-2, Ninie ada Reunion Sekolah. SK Balok. Ni la hasilnya FB. hehehe.. rupanya² bleh jumpe semula kengkwn lama. Bayang kan.. since umur 12 tahun (tahun 91). punya laa lama.. Rupa pun dah lain semua. Kebanyakkannya dah berkeluarga. Seronok juga jumpe kawan lama.. lupa plak nak snap gambo. sbb masa tu seronok sgt berborak. Hopefully lepas ni makin ramai join. Bagus tu.. mengeratkan silaturrahim.. 

Agenda ke-3, sbb rindu sgt kat Mak & Abah. Lagipun ninie bukan biasa sgt duk jauh ngan mak & abah. Abah plak x sihat. Selalu lelah. Bimbang sgt. Org tua, biasa la, bila telefon tanya khabar, mesti dia jawap mcm org sihat. Jadi untuk memastikan.. baik balik tgk sendiri.

Agenda ke-4, rindu ngan masakan mak. Hehehe.. mak la org yg masak paling sedap. W'pun dia ckp x menjadi ke.. tetap sedap.. yerla, dari kecik sampai beso makan masakan mak je kan.. mau x rindu kan. Siap tapau bawak balik umah, bekalan untuk seminggu. Mak masak kari kepala ikan merah + bendi. slurrpppp! sedap bangat!

Agenda ke-5, Rindu kat budak ni, Zufar Hannan. Anak sedara sulung. Zulaikha cucu ke-2 blah Ninie. maklumlah.. adikberadik x ramai 4org jer. Cucu mak ninie pun 2org ni jer. Blah Zex ramai sgt 20org++.. dah x heran ngan cucu pun.. 

Dulu, masa blum dapat Zulaikha, mmg ninie suka laa main ngan dia.. kelakar + comel sgt!. hehehe.. Dia dah start petah berckp. Bulan ni cukup 2 tahun umur dia. Ayat kelakar dia semlm "au ..ak per..." hehehe.. dia ckp mcm tu kat Ninie. Ninie tanya abah, mana dia belajar,...mmmm biasalaa tgk kat TV, iklan megi cukup rasa.. hehehehhe..


Budak ni, susah sungguh nak berenggang ngan puting dia.. tgk laa g memana nak puting.. tido pun nak ada puting ... ish ish ish.. 

susu x mau minum. asyik ribena jer. Tu yg selalu x sihat. asal main air lebih skit je, lelah... kesian pulak.. time nakal dia.. tok pun serrender.. sampai tok ckp.. "kalau makan.. ibarat mcm makanan x jatuh ke perut".. heheheh x sempat nak mkn laa tuh!

Cuti seronok betul balik umah mak.. Rindu nak sembang² ngan mak & abah la. Sampai g pasar beli ikan pun, Ninie ngan Zulaikha ikut. bukan jauh pun.. saje manja². hehehe Malam siap teman mak g bli barang dapur.. bila lg kan nak menikmati keseronokan bersama ayah bonda. 


Sembang apa laa ngan tok dia tuh.. Kalau nampak tok.. mmg excited sgt laa.. tgn tu dah pandai nak suh tok ambik dia.. Sayang sgt laa kat tok dia tuh.. :-)))

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails