Pages

Saturday, July 31, 2010

Jimat botol susu & ruang

Ni tulis entry psl susuibu plak.. heheh lama x tulis kan.. untuk dikongsi bersama semua..

Sejarah susuibu Ninie, semua susu ninie simpan dalam botol. Tapi sbb susu Ninie byk.. Ninie x larat nak bli botol.. paling x larat.. nak cuci botol.. byk betul.. sampai rak pinggan untuk keringkan pinggan.. dah jadi tempat rasmi keringkan botol susu... Lagipun pakai botol.. makan ruang skit bila nak simpan.. So, Ninie pun bli laa liner.. perkataan paling mudah.. plastik.. mcm bungkus santan kelapa plak.. hehehe.. Murah skit.. RM24++ mcm tu laa.. untuk 100bags.. x sampai 24sen laa satu. Cuma ada keje tambahan laa skit. Nak kena ikat ngan gelang getah bila nak bungkus.. lepas tu kalau nak guna semula susu beku, nak kena tuang balik dlm botol susu. Tapi sbb nak jimat ruang & botol susu.. mmg eloklaa guna liner mcm ni. alah biasa.. tegal biasa.. betul ek peribahasa ni.. bantai je laa kak oiiii...

Ninie bli jenis ni.. bli kat Twin baby jalan beserah. Dia duk dlm kotak. Mcm plastik bag kat pasaraya tu.. bila kita nak guna.. kena tarik.. bagi dia bercerai.. bercerai??... betul la kot ayat ni.. heheh..

Lepas dah bercerai satu.. mmm bercerai.. ahhh lantak laa ayat.. asal paham.. lepas dah bercerai mcm gambar atas ni.. letak pada mulut botol susu ..

Lepas tu.. ngan sepantas kilat.. tungging dia mcm ni.. tungging ke tunggang.. mmm.. heheh .. faham kan??.. takut tumpah.. kena sepantas kilat ye tuang tu..

lepas tu ikat plastik susu tu ngan gelang getah. Tanggalkan tarikh pada botol susu ni. Ingat yer.. jgn simpan susu beku dlm amount yg byk sgt.. ninie paling byk 5oz. Sbb kalau byk sgt.. rugi. Kalau kita cairkan tapi x abis minum.. rugi laa kan. Sbb susu lepas dicairkan.. kena minum dlm tempoh 24jam jer. Seelok-eloknya, simpan susu tu dalam mengikut jumlah setiap sekali penyusuan anak kita. contoh, anak kita setiap kali minum susu, 3oz je.. so simpan susu beku dlm jumlah 3oz jugak..

Lepas dah tanggal lebel pada botol tadi.. tampal je pada beg plastik ni. Nanti bila kita nak guna. pastu cairkan, dan letak dalam botol semula, ambik semula label ni.. tampal pada botol semula.. tu yg elok guna maskin tape. Boleh di tampal ke sana ke mari.. hehehe.. mcm santan kelapa beku plak rupa dia.. jgn silap ambik nanti sudah laa.. hehehehe

One More Member of Hashim's Club

Baru pas g tgk anak sedara baru blah zex. Anak abg zex. Anak yg ke-3 dah. tapi selang jauh ngan kakak dia.. 7 tahun.. Mata sepet.. ikut blah zex la ni... Berat 3.37kg. Girl. Omme! ... budak kecik semuanya omme kan.. Tahun ni blah keluarga zex 3org la new member. First Zulaikha.. second Anak adik dia.. Zafir Haikal.. dan yg ni anak abg dia.. Nur Arissa Humaira. Yg menariknya.. semua adikberadik lelaki yg dpt anak tahun 2010. Zulaikha ada kwn sebaya laa ..

Mama dia bagus. awal2 lg dah bg susuibu. walaupun susu x byk lg. susu awal2 laa yg paling elok.. kolestrum. Kalau kita perah susu yg awal2 ni.. warna dia kuning skit.. kalau org tua2 dulu.. x bg bg susu ni.. diaorg ckp susu basi.. sebenarnya bukan basi.. tp tu kolestrum.. untuk antibodi badan anak.. susu paling baik..

kalau kita zaman sekrg ni.. sibuk nak minum susu awal lembu tu.. ni kira susu awal jugak.. tp susu awal ibu.. susu terbaik.. ciptaan Allah tu mmg sgt sempurna.. !

ni gambar baru umur 4hari..

Friday, July 30, 2010

Ibu naik gila!

Hari² g keje lalu jln yg sama. Maka.... hari² la tgk iklan kat tiang² lampu jalan kat jln gambang ni. Berkesan sungguh iklan ni.. tanya plak pasal apa... ish.. hahahaha pasal.. ibu dah naik gila.. bila iklan ni pasal jual gudang!.. semua baju baby... carter laa polo laaa.. gembore laa.. anakku.. pooh.. segala mcm ada.. Tengah hari ni rehat pjg.. teruk ek.. rehat pun bleh g membeli.. asalnya nak g cuci gambar zulaikha je.. tetiba kedai tu ckp, lambat lg siap gambar tuh.. dalam sejam lebih.. apa lg.. terus g sini.. so, kekawan area kuantan bleh la g. kat mana??
venue: mega view hotell (ballroom)
tarikh : 30hb Julai- 8 Ogos.. 2010

Jgn x g yer.. nak kata murah.. x laa sgt. Cuma baju dia jenis pelik². yg jual kat internet. Harga oklaa.. mau x ok nyer.. ni ibu gila membeli... tu bg masa sejam .. kalau berjam² mcm mana... ish.. 

 ni jenama bear honey

ni jenama M&CO
ni.. xiong.. apa ntah.. payah laa nak sebut..
cantikkan... jenama semua pelik².. bear honey, M&CO. xiongzhibaq. x penah dgr pun kan.. heheh.. tapi material dia cantik.. semua baju dari china.. bapak zulaikha ckp tadi.. dah bg tahu bli baju Zulaikha utk raya.. dia pun perli.. "kenapa x bli kat beautifulzulaikha jer.. saya byk jual baju baby.." mmmmmm ... nak jwp pun x reti.. hehehe


heheh... sesaper x nak ke g tgk.. pergi laa yer.. hehehe jadi laa mcm ibu Zulaikha ni...

Thursday, July 29, 2010

Aksi Akrobatik

semlm balik lambat skit dari kerja. Saje balik lambat skit. Jalan x jem sgt. Boleh bawak kereta ngan tenang skit. Ada baby on board ni mmg kena tenang bawak kereta.... mmmm tenang sugguh!!!!.. aksi ngeri ni dah 2-3 kali Zulaikha buat.. terpaksa laa ibu cari bahu² jalan yg x merbahaya untuk berhenti. Kena juga berhenti nak kena betulkan kedudukan dia.. tgk laa anak saya ni.. 


dia ingat katil ke ni.. suka hati dia je nak meniarap dalam kerete.. itu seat belt dia pakai.. bleh lg pusing.. aduilaaa.... seram ibu bawak kereta mcm ni..


sempat lg pandang ibu tu, oooo ibu lambat angkat yer.. ni ibu nak snap dulu gambar anak ibu yg sgt baik ni.. sesiapa jgn tiru aksi ni yer.. sgt bahaya..!!

Wednesday, July 28, 2010

Maid Makan GAJI BUTA

lately ni mmg Ninie sibuk sgt. Mcm² keje ada.. Pulak dah bukak business online ni. Awal² ni mmg bz la kan. Harap² ada laa rezki kami sekeluarga nanti... Amin..

Cuti mmg malas nak g jln. Tapi Sabtu baru ni, Ninie kena bertugas di RTM. Ada majlis tilawah peringkat KKM. Malas nak balik Balok hantar Zulaikha. Sebb x sampai ptg sgt pun. Last² g hantar taska jap. Kul3 ptg ambik semula. Semua org tanya, kenapa x suruh zex jaga je... Mmmm.. bukan x nak suruh.. tp x yakin.. hehehe... nanti Zulaikha wat perangai.. kita jugak yg susah atie..

Balik dari RTM, suh laa maid ni jaga kejap. Nak wat keje rumah.. Mmg x leh harap!!!!!... tgk laa ni...


Syiok betul diaorg berdua ni tido kan.. kelakar betul tgk.. penat buat kerja apa laa tuh..


amboi anak ibu, duk taska.. balik penat sungguh.. 

Sunday, July 25, 2010

Pelanggan Pertama Shop@BeautifulZulaikha

Rasa seronok sgt sbb dah ada pelanggan pertama kat Shop@BeautifulZulaikha. Walaupun Cash & Carry.. At least permulaan ni rasa sgt seronok la.. First time bisnes.. Harap2 ada laa pelanggan seterusnya kan..

Hehehe.. Org yg beli ni, org yg sama tunjuk ajar bisnes online. Sbb dia dah lama berkecimpung dalam bisnes online ni.. Saper lg kalau x mybeloved cousin.. diana@dekna. Dia jugak yg bg pinjam modal permulaan nak bisnes ni. Walaupun blum kawen, tp dia belikan baju baby utk anak buah dia.. Marissa.. hehehe.. Marissa.. nanti makngah hantar baju marissa kat umah yer.. nanti makngah balik Balok.. Diana jual apa??? jom jenguk blogshop dia.. http://diana2u.blogspot.com/. Tqs cousin!..


Ni semua dia beli utk anak buah sulung dia.. Marissa.. Mesti comel marissa pakai nanti.. Nanti dah pakai.. mama marissa jgn lupa snap gambar yer.. testimoni utk makngah ninie yer..

Lepas Dekna beli baju, ada kawan zex bli legging jugak utk anak dia.. Hubby pun bg sokongan padu, dia letak kat facebook dia http://beautifulzulaikha.blogspot.com/. So, kawan2 hubby pun bleh tgk blogshop Ninie ni. I'm happy!.. Terima kasih semua atas sokongan padu!

Tuesday, July 20, 2010

~Caring is Sharing~


Selalunya ayat yg betull Sharing is Caring . Tapi ninie..Caring is Sharing .. hehehe. Jumaat lepas, lawat ex-opismate bersalin kat wad di HTAA ni. Dia operate. Kebetulan g tu anak dia nangis nak susu. Ninie tolong la ajar anak dia nak nyusu badan.. hahaha.. x bleh. Sbb dia inverted nipple. Tp la flat sgt... Cuma mungkin anak dia lapar sgt, pastu anak dia marah la x dpt. Kami² yg dtg melawat ni naik x reti dah nak wat mcm mana. Last² panggil nurse ajar. Nurse pun ajar la. Still x leh. Sbbnya dia kan operate, agak sakit la kalau salah posisi duduk.

Last solution, nurse terpaksa bg dia susu botol dulu... Kesian jugak dia, sbb dia nak sgt bg susu badan kat anak dia. Dia ada bli pam. Jenis tollyjoy. Sebiji mcm Medela, cuma color dia biru. Ninie x ada plak try, sucking dia sama ngan Medela ke x .. Tp dia try, dia ckp x rasa sucking pun.. ish kesian laa.. Last² Ninie offer pakai pam Spectra3 Ninie. Kebetulan Ninie mmg tinggal Spectra3 tu kat opis. Malas nak angkut kulur kilir. Kat umah pakai manual Medela jer.

Ninie g balik opis ambik pam, try bg dia pam, ok.. baru laa dia rasa sucking pam tu. Kagum rasa, bila kali pertama pam pun, dia dah ada susu. w'pun x byk. Awal² mmg g tu kan. Ninie teringat masa dulu.. Ninie pas 2 minggu baru ada.. bertuah kan kawan Ninie tuh.. 

Sebb bg pinjam pam kan.. So, Caring is Sharing.. hehehehe

omme kan anak dia.. Baby boy 3.5kg rasanya.. kalau x silap la

Kisah Walker

Walker ni Ninie pinjam ngan Sepupu Ninie, Ina. Dia pun pakai yg Sepupu Ninie, Aliya. Sekrg Aliya dah 6thn. Mak Sedara Ninie simpan. So, elok lagik. Bila Ina ada anak, dia bg Marissa pakai. Marissa dah 8 Bulan, x nak sgt dah duk dalam walker, sbb dia suka lg merangkak  ngan memanjat. Sekrg giliran Ikha plak pakai. Sharing is Caring jugak ni. Pakai kejap je. jadi share share la kan... 


Mula² duduk.. wah selesa la .. terus main stereng.. ntah² mengidam nak pegang stereng sbb tetiap hari tgk ibu bawak keter..


alamak... ada org dengki laa.. ni walker saya laa.. apsal mama bg ikha ni.. sy nak duduk jugak..


sib baik dah lari... 


laa.. datang semula.. x leh tgk org senang..

marissa " mama.. ni sha punya laa..."
zulaikha " awk kan dah besar.. x yah la duk dlm walker... bg ikha plak la.. "
pok su haziq ni buat x tahu jer.. hahaha

Peel Baru ~Jelir Lidah~

Peel = Perangai.. Heheh.. org blah ktn ni panggil peel... Zulaikha sekrg kalau suka je jelir lidah.. Kalau tgk air .. lg laa. jelir lidah sampai meleleh air liur.. hehehe.. tu tandanya  anak kita dah nak menempuh alam baru.. lg sebulan ye Zulaikha.. 1 Bulan lg .. Dia dah bersedia utk mkn makanan pejal laa tuh.. Tgk org makan pun dah meleleh air liur.. hehehe


mcm terkejut je .. 


ni tgh geram kat mainan..


dalam kereta, pun sengih + jelir lidah


~ni post khas utk bapak dia~

Birthday Anak Sedara- Zufar Hannan


Aktiviti hari minggu mmg penuh sokmo. Minggu, hari sabtu kakak ipar buat kenduri, nasibla blah malam. Bleh la siang tu bawak Zulaikha g jenjln. G jln kejap je. Lelama Zulaikha ngamuk. Sbb dia kan suka tido.....

Ahad g kemaman dulu, g ambik kek umah ex-schoolmate. Gambo ni pun cilok dari blog dia.. heheh.. G-an tqs sbb semua org hepi tgk kek yg cun ni. Tapi dah mintak kebenaran. Sedap sgt kek ni. Habis licin tetamu sapu.. ( mana yg dan laa..) 

kelakarnyer birthday boy ni. Ninie dukung dia, tunjuk la gambo dia atas kek..
Ninie tanya dia .."hannan.. ni gambar sape?"
dia jawap "... ikha!"..
hehehe .. gambo ni masa dia umur 8bulan.. padan la dia x kenal. mcm ikha ke? ada kot gaya.. nak g kemana kan.. sepupu dia.. 

Yang sepupu ninie sorg ni plak.. Asilah (sekolah tingkatan 2)... tgk je gambo atas kek.. dia mintak nak yg bhgn muka hannan je.. Ish dah beso pun perangai.. hahahah.. Mak Ninie ikut je perangai anak sedara.. Mengenangkan birthday dia pun sama ngan Hannan.. maka, mak pun potong kek tu yg blah muka Hannan. Dah ilang gambo.. huhuhu.. mcm² jer..

Seronok bila dapat kumpul ramai².. kena selalu buat majlis utk famili. Tujuan satu je.. utk mesra alam selalu.. :-P


Saje nak rasa cupcakes. Selalu bli cupcakes, kek tu x ada problem, tp cream dia. Selalunya krim tu rasa gula x hancur.. ni rasa ok. Sedap laa.. x manis sgt.. Cupcakes ni bli skit je, khas utk org dapur.. ibu & abah hannan, Taa, & tukang masak paling berkaliber.. MYMOM!... sbb bertungkus lumus sampai basah lenjun duk kat dapur. 

Menu birthday dia, mee/ mee hoo Sup - Tulang  , Satay (Along isham sponsor) & Pulut Kuning + Rendang Daging. Sedap bangat!

Friday, July 16, 2010

Shop@BeautifulZulaikha

Jumaat kan rehat panjang.. ninie duk menggodek blog. Ninie nak start bisnes online. Permulaan ni x byk brg lain. Tapi Ninie harap, bleh berkembang pesat.. ewahhh! hehehe.. Kengkwan harap² dapat support Ninie yer. JOm visit online bisnes Ninie ni. Kalau berminat, email Ninie yer. 

Tuesday, July 13, 2010

Minggu Batuk@5 bulan

Kesian sungguh Zulaikha bila batuk ni. Malam dia x brp boleh tido. Asyik batuk aje. Nasib laa ninie balik umah mak kat Balok. Mak ada, x laa risau sgt. Zex balik pekan. Yg paling merisaukan, dia batuk + lelah. Byk betul kahak. Bila dia sejuk skit je, bunyi lelah. Agaknya dia ikut ninie tu. Ninie masa kecik² mmg ada lelah. Dah besar, hilang.

Kalau anak demam ni mmg risau sgt la kita. Mmg sentiasa cek suhu badan dia. Tapi bila dia start batuk + muntah... lg kita risau kan.. Tapi lega bila dia muntah, keluar semua kahak. Nampak dia mcm lega nak bernafas. Baby mana pandai nak bg tahu dia sakit mcm mana kan.. Zulaikha ni kira x kuat meragam w'pun demam ngan batuk. Dia x laa menangis sakan. Cuma merengek suh org dukung aje. Tapi lega skit sbb ramai yg tolong jaga Zulikha... 

Isnin, Zulikha cukup 5 bulan. Ninie mintak Taa teman g klinik. Susah g klinik sorg² ni. Nak dukung baby lagik, nak g daftar lagik.. nak bawak keter lagik.. Ninie bg tahu nurse, Zulaikha x sihat, boleh ke cucuk?? Nurse cek suhu, Zulaikha x demam dah. So, mmg kena laa cucuk, Kali ni dia x nangis sgt. Kejap je. Pastu, dalam keter, terus tido. Ngatuk kena ngan ubat.

Kisah makan ubat plak ni, mula² dia x kisah ngan ubat. Lama² tgk sringe ubat pun dia dah kenal, dia x nak. Nangis. Ninie x nak paksa, sbb takut lain kali, dia x mau langsung ubat. Fobia. So, bg dia skit². Tetiba masuk je ubat, muntah, habis basah atok dia... tp kahak mmg byk keluar.. Last² buh ubat dalam botol susu jer. Tips utk bg anak ubat.. (doktr baby-kat TV9). 
"kalau nak bg baby ubat dalam susu, bg baby susu, bila dah tinggal skit je lg dia nak habiskan susu, baru masukkan ubat. Jadi dia x akan rasa lama sgt susu tu x sedap sbb dah campur ngan ubat..."
Petua mak ninie plak kalau nak legakan batuk baby.. Mak buat kat Zulaikha.. mmg mujarab..
"asah asam keping/gelugor ngan skit susu ibu yg baru perah. lepas tu sapu kat tekak baby"

Sepjg Zulaikha demam + batuk ni, dia mmg x selera sgt susu. Hari semlm, dia dah ok skit, punya laa kuat susu. Lega rasa.. 

Tgk tu.. atok jaga, sampai tertido.. sama petern je kan tido dia.. cucu tok.. lepas makan ubat.. pengsan. Penting yer, bila baby kita x sihat, bg dia tido.. sbb ubat mujarab bila dia tido cukup.. bg dia rasa selesa.. Ibu, x tido pun x aper.. janji anak sihat. Bila anak sihat, baru ibu pun senang hati.. nanti ngan ibu pun sekali tido.. huhuhuhu 

Friday, July 9, 2010

Keliru Puting/Nipple Confusion

Keliru puting ni sering terjadi kepada bayi menyusu badan. Ni ninie baca dari pelbagai forum juga la. Byk kes, baby yg keliru puting ni selalunya menolak bila kita bg dia directfeed. Dia lebih suka susu dari botol. Penting bagi ibu² yg berhasrat nak bg susu ibu tahu pasal ni. 

Pertama sekali, kita kena nyatakan hasrat kita utk susukan baby kita kepada org sekeliling. Contohnya mcm mak kita, husbnd kita & MIL. Sbbnya diaorg perlu jd penyokong kepada kita. Kalau kita x bg tahu, nanti awal² lg dah bg susu formula. 

Ke-dua, kita kena bg tahu kat hospital yg kita nak bersalin tu. Kalau hospital kerajaan x ada masalah rasanya. Sbb mereka menggalakkan susu ibu. Tapi hospital swasta mmg kena bg tahu yer. Ninie bersalin hari tu pun kat swasta, so, awal² ninie ckp ninie nak BF baby. Lepas je bersalin, terus je bidan bg ninie baby. Penting yer, w'pun susu x ada lg. Nak bg baby kenal puting ibu, & nak stimulate susu untuk keluar. Kalau awal² dah bg puting botol.. tu yg jadi baby kita x nak puting ibu. 

Ke-tiga, cara susukan baby. Kalau ikutkan cara penyusuan yg betul, kita x digalakkan guna puting tiruan (puting botol susu tu la). Lebih elok kita guna sudu, atau cawan utk suapkan susu kat baby kita. Ni utk elakkan dia keliru puting.. Cup ni pun byk dijual secara online... utk memudahkan kita susukan baby.

Tapi bukan semua baby mcm ni. Sesetengah baby mmg cerewet. Kita kena ambil langkah berjaga² la. Zulaikha awal² lagi ninie dah bg dia puting botol, tapi jenis yg sgt  lembut. Yg menyerupai Breast kita. So, dia x laa rasa keliru sgt.. Tapi ninie rasa laa.. Zulaikha x cerewet sgt, cuma dia mmg x suka kalau puting yg jenis silicon. 

Mula² ninie bagi dia puting susu yg biasa. Silicon, yg paling lembut. Dapat free bli botol anakku. Tapi, ninie tgk asal kita bg dia susu, asyik tumpah je. Meleleh². Ninie ingatkan dia gelojoh, rupanya x... puting tu lubang dia besar sgt. Ninie cari puting lain, kebetulan Ninie beli Breastpump jenis Spectra3 dpt puting sekali. Ninie try bg dia, mmg ok. X pernah meleleh dah. 

Lepas 2bulan-3bulan, kita digalakkan tukar puting botol ni. Sbb lelama guna byk bakteria kot. Ninie nak cari puting yg sama, tapi x ada jual pulak. Pening  kejap. Try yg jenama lain utk newborn. Zulaikha x suka!

Ninie ni suka jugaklaa tgk botol² yg lawa. Beli la Avent, hari pertama dia minum.. nampak mcm suka. Ninie testing seminggu je, pastu Ninie g taska, tanya cikgu, cikgu ckp, Zulaikha nampak mcm susah nak sucking. Keras sgt silicon dia. Lagipun, ada sekali tu, ninie bawak botol Avent dalam beg, bila nak susukan zulaikha, tgk² dah kering, rupanya dia senang tumpah. Sib baik beg tu jenis kain, so dia serap sus. Sbb tu x perasan ada susu tumpah. Yg lg nasib baik.. ada susu cap gantung ni.. hehehehe.. x la anak ibu lapar kan. terus DF je dia dalam kereta.

Ninie baca review apa yg elok utk baby, diaorg byk suggest puting jenis NUK. Ada jual kat guardian. Ninie try g cari, mmg ada. Terus bli saiz 1 (slow flow). Testing bg zulaikha. Dia suka sgt.. sbb lembut. Tapi yg x bestnya, puting ni dia ada satu lubang udara. Mmg bagusla, dia x bg puting tu kemik + utk elakkan colic (kembung). Tapi yg x tahan nya.. bila zulaikha ni duk pusing sana sini, susu tu tumpah keluar ikut lubang tuh. Satu lg, sbb lembut sgt, dia mudah kemek bila kita pasang pada ring botol tuh.. selalulaa jadi bocor kot tepi ring botol susu. Habis basah baju anakda ku...


Last² kawan ninie bg suggestion, pakai puting jenis MAM. bentuk dia sama sgt ngan NUK ni, cumanya dia x ada lubang kat tepi utk udara. Kali pertama bg zulaikha, dia suka betul, habis 5 oz susu dia minum. Yg lagi best, dah x bocor, kemek tu perkara kecik,.. zulaikha pandai kembung kan balik bila kemek.. hehehe.. suka betul tgk zulaikha suka puting baru ni. Sampai laaa sekrg dia masih happy ngan MAM. Tqs tu Jusniza sbb kenalkan puting MAM ni. Kalau kat kuantan, Twin Baby & Baby Home Jalan Beserah ada jual.


Ada ibu² yg Bf baby pesan, jgn bg BF baby puting jenis fast flow. biar je dia guna Slow Flow sampai dia besar, sbb nak elakkan dia suka sgt ngan puting botol. Nanti dia x nak dah DF. DF memerlukan baby berusaha utk sucking. Kalau botol kan dia mcm mengalir sendiri.. lg besar lubang botol lg laju la susu keluar. Takut baby jadi malas... heheheheh

Thursday, July 8, 2010

Kurus Kah??

(seme gambar ni masa Reunion Sekolah Sabtu Lepas -Cilok From Mypren Aliyan-TQs)

kurus ke mcm ni?? heheheh... show off betul.. punyalaa poyo nak membuktikan diri dah kurus.. 


pandang sisi lg tu.. hahahaha.. serius i rasa i kurus..

Zulaikha DeMAm


Selasa & Rabu, Ninie x g keje. Zulaikha mulanya batuk aje. Sampai muntah. Selasa pg tu ninie x jd g keje. kesian sgt tgk dia. Batuk x henti. Sepjg hari kat umah dia nampak ok je. Cuma tido sikit terganggu sbb dia asyik batuk. Dapat tido, kemain lena. Bleh la ibu lari ke sana ke mari siapkan keje umah. Bila tgk dia ok, x jadi la nak bawak di g klinik. 


Tgk tu, kemain lg happy sbb dah sihat skit. Batuk pun siang tu x kerap. Sikit² jer.. 

Selasa malam tu dia x leh tido, ninie bg dia Directfeed, dia x nak. pelik jugak. agaknya dah sedap sgt ngan susu dalam botol. X perla, mayb dia berubah angin kot... 

Dah dia x leh  tido, asyik merengek je. Cek suhu badan dia, 38.1 darjah. Dia demam rupanya.. try bg dia ubat. harap² ok la. Tapi x.. pg nak g keje tu, dia makin nampak x larat. Kesian betul tgk dia merengek².. Last² Ninie & Zex , dua² x g keje. Bawak dia g KSH. Siang dia ok skit. Cumanya dah start selsema. Hidung penuh SAWANG.. heheheh



Ni gambo kat KSH. suka yer nak jumpa doc siti. Bila nampak je doc, terus nangis.. x mau dengan doc. Heheh.. Doc cek tekak dia, rupanya ada bengkak skit. Patutla dia x nak DFeed. Batuk kuat sgt, sampai bengkak tekak dia. Hidung pun sawang byk. Doc tanya niniezex, ada x yg ada lelah + resdung. Dua² blah ada lelah & Zex mmg ada resdung yg teruk jugak la. So, genetiknya mayb Zulaikha ikut la. 

Doc suh buat neubalizer. Sedut bg cair kahak dia. Bagus anak ibu ni, diam je sedut asap tuh. Lepas tu nampak dia lega skit. Badan dia still panas.. demam. 

Ninie bimbang juga, sbb ahad baru ni, ada balik Pekan, byk nyamuk, mmg nampak dia ada byk kesan kena gigit nyamuk. Takut jugak denggi. Doc ckp, kalau lepas 3hari, dia still demam, kena dtg semula, cek darah. Kalau batuk x lega, mmg kena admit.. kesian laa anak ibu & bapak ni.

Balik umah, bagi dia susu terus bg ubat.. tgk tu, suka ye makan ubat..  muka sampai naik kelat! huhuhu


Amboi tangan pun nak masuk mulut yer.. sedap sehingga menjilat jari.. 


Pagi ni dia still demam masa hantar g taska, mlm mmg ninie & zex gilir² jaga dia.. Sbb dia mmg x lena tido.. kena sentiasa basahkan tuala lap² kan dia. Sampai taska, kemain lg suka tgk cikgu dia.. siap depa tangan suh ambik dia.. Duk taska elok² yer.. Harap² Allah cepat sembuhkan anak ibu ni.. Amin!

Monday, July 5, 2010

Hari Minggu di RUmaH Tok & Tokki

Sabtu & Ahad, ninie bawak Zulaikha balik Balok. Umah mak Ninie. Zex x ikut. Dia ada keje. Dah biasa ngan Zulaikha berdua balik Balok.. X jauh sgt dari umah IS ni. Pepg Sabtu dah balik sana. 

Agendanya nak jumpa sepupu Ninie, May. Dia dah nak balik New Zealand. Hari tu dia balik Mesia sbb ayah dia meninggal.. Tapi, Ninie sampai lambat, May & semua yg lain dah g Melaka awal² pagi. Diaorg ada kenduri kat sana, lepas tu baru g KL anto May kat KLIA. 

Agenda ke-2, Ninie ada Reunion Sekolah. SK Balok. Ni la hasilnya FB. hehehe.. rupanya² bleh jumpe semula kengkwn lama. Bayang kan.. since umur 12 tahun (tahun 91). punya laa lama.. Rupa pun dah lain semua. Kebanyakkannya dah berkeluarga. Seronok juga jumpe kawan lama.. lupa plak nak snap gambo. sbb masa tu seronok sgt berborak. Hopefully lepas ni makin ramai join. Bagus tu.. mengeratkan silaturrahim.. 

Agenda ke-3, sbb rindu sgt kat Mak & Abah. Lagipun ninie bukan biasa sgt duk jauh ngan mak & abah. Abah plak x sihat. Selalu lelah. Bimbang sgt. Org tua, biasa la, bila telefon tanya khabar, mesti dia jawap mcm org sihat. Jadi untuk memastikan.. baik balik tgk sendiri.

Agenda ke-4, rindu ngan masakan mak. Hehehe.. mak la org yg masak paling sedap. W'pun dia ckp x menjadi ke.. tetap sedap.. yerla, dari kecik sampai beso makan masakan mak je kan.. mau x rindu kan. Siap tapau bawak balik umah, bekalan untuk seminggu. Mak masak kari kepala ikan merah + bendi. slurrpppp! sedap bangat!

Agenda ke-5, Rindu kat budak ni, Zufar Hannan. Anak sedara sulung. Zulaikha cucu ke-2 blah Ninie. maklumlah.. adikberadik x ramai 4org jer. Cucu mak ninie pun 2org ni jer. Blah Zex ramai sgt 20org++.. dah x heran ngan cucu pun.. 

Dulu, masa blum dapat Zulaikha, mmg ninie suka laa main ngan dia.. kelakar + comel sgt!. hehehe.. Dia dah start petah berckp. Bulan ni cukup 2 tahun umur dia. Ayat kelakar dia semlm "au ..ak per..." hehehe.. dia ckp mcm tu kat Ninie. Ninie tanya abah, mana dia belajar,...mmmm biasalaa tgk kat TV, iklan megi cukup rasa.. hehehehhe..


Budak ni, susah sungguh nak berenggang ngan puting dia.. tgk laa g memana nak puting.. tido pun nak ada puting ... ish ish ish.. 

susu x mau minum. asyik ribena jer. Tu yg selalu x sihat. asal main air lebih skit je, lelah... kesian pulak.. time nakal dia.. tok pun serrender.. sampai tok ckp.. "kalau makan.. ibarat mcm makanan x jatuh ke perut".. heheheh x sempat nak mkn laa tuh!

Cuti seronok betul balik umah mak.. Rindu nak sembang² ngan mak & abah la. Sampai g pasar beli ikan pun, Ninie ngan Zulaikha ikut. bukan jauh pun.. saje manja². hehehe Malam siap teman mak g bli barang dapur.. bila lg kan nak menikmati keseronokan bersama ayah bonda. 


Sembang apa laa ngan tok dia tuh.. Kalau nampak tok.. mmg excited sgt laa.. tgn tu dah pandai nak suh tok ambik dia.. Sayang sgt laa kat tok dia tuh.. :-)))

Super WoMEN!

ni sekali lg topik memuji diri sendiri. Sesiapa yg x sanggup nak baca, jgn teruskan membaca ye. Bimbang takut termuntah.. huhuhuhuu.. 

Ayat SUPER WOMEN ni ninie cilok dari kakak ipar ninie. 
Dia selalu ckp, "kita ni kan mmg super women". 
Ninie tanya, "kenapa ?". 
Dia ckp lagik, " Yerla, kita buat kerja mcm² dalam sehari, kat tempat keje .. keje.. balik umah.. sibuk ngan anak, suami & kerja rumah, badan x rehat pun... lelaki... ???"  sendiri jawap la.. hehehe
Mmmm.. betul jugak kan. Hebat sungguh Allah ciptakan wanita. Boleh uruskan segala benda dalam sehari. Ninie pun sama jugak.. hehehe.. Sabtu & Ahad baru ni..walapun cuti, sibuk memanjang. itu Sabtu Ahad. Kalau hari bekerja lagik la sibuk nyer. Tapi tu la tanggungjawab perempuan. Kena redha la kan. Bukan senang nak dapat syurga. 

Bila suami bantu, walaupun sikit je. Rasa bahagia sangat². Rasa seronok dapat suami yg memahami. Kalau kita penat, dia tolong kemas umah, tolong basuh pinggan , etc... Kekdg tu, dia tanya je pun dah rasa suka sgt.. kot² ada keje bleh dia tolong. Sebenarnya mmg perempuan mmg suka buat kerja rumah kan.. Tapi bila byk sgt + suami x nak tolong, mmg rasa bebanan. Tapi apa salahnya kalau suami tolong kan.. 

Kalau kita suri rumah sepenuh  masa, mungkin dah jadi rutin ngan kerja² rumah. Tapi kalau bekerja, mmg mengharap sgt suami tolong, sbb kita pun tolong suami jugak kan. Cari nafkah untuk keluarga untuk bantu suami. so.. sharing is caring laa.. 

Friday, July 2, 2010

lena nya tido..

Lega Zulaikha ok perjalanan balik semlm. Bawak spare puting kosong. Asalnya mmg dia x isap puting kosong. Sbb kat taska mmg x bg dia isap puting kosong. Tapi memandangkan dia suka ngamuk, better la ibu berjaga².. hehehe

Thursday, July 1, 2010

Dapat hadiah lagi



Rezki Zulaikha lagik. Semlm Kak Mia (ofismate kat SUK Phg) bagi tahu nak jumpe. kebetulan dia dtg ke HTAA buat rawatan susulan. tapi kesian Kak Mia, dia dtg, Ninie keluar jap, g Al-farabi, tgk biras bersalin. Tapi Kak Mia g jugak ke Al-farabi. dia dtg nak bg hadiah kat Zulaikha. Terima kasih Kak Mia!. W'pun umur Zulaikha dah 4bulan  masih ingat nak bg hadiah.. Luv U lah!

linkwithin

Related Posts with Thumbnails