Pages

Thursday, July 1, 2010

Toys : Suka VS Mengamuk

Ninie bab membeli online kemain lg laa kan.. Zulaikha sekrg mmg dah start nak main. apa² semua nak msk mulut. Dia ada mainan yg teether utk gusi tu, tapi keras, dia x pandai lg adjust msk mulut dia, selalunya mesti terketuk kepala sendiri.

Ninie pun cari laa mainan yg jenis kain utk dia. Asalnya nak bli Cloth book (buku kain).. tgk kat kedai http://lilkaistore.com/ murah  je. RM6.90 jenis simple dimple. jenama ni mmg seme murah barang dia. Pk punya pk last² beli yg dlm kotak (buku + Soft Rattle) =RM15.90. 

Pas tu teringin plak nak bg Zulaikha mainan gantung² ni. heheh.. tgk²  murah skit dari Anakku. Anakku RM79++ x silap. kat kedai ni cuma RM59.90. Campur postaje pun still murah dari beli kat kedai biasa. kagum betul ngan kedai ni, baru  beli hari ni, esok dah sampai.. siap ada rebet lg, sbb seblum ni penah bli breastpump. Kelakarnya, dia hantar mcm ni laa keadaan dia, x ada bungkus apa pun. Ninie plak suh postage ke pejabat, nak balik mula laa malu nak bawak. Sbb semua org nampak. Last² balik lambat skit, nak pastikan org kurg dulu baru balik.. heheh..

Ambik Zulaikha dari taska, mmg x sabar laa nak bg dia main buku tu. msk je keter terus bg dia main.. dia nampak excited mulanya... lepas tu....................................... panik ibu... sbbnya dia menangis sekuat hati, ngan air mata sekali sampai la kat umah. punca satu jer ... BUKU TU BESAR, X MUAT MASUK MULUT DIA. Dia terus ngamuk x henti. Mmg panik laa ibu kejap. nak berhenti ke tepi x ada tempat. Ninie cuba tenangkan hati & pujuk² dia. Ngan harapan dia diam.. tp x menjadi. Seblum sampai umah, berdoa, harap² bapak Zulaikha dah balik.. x yah laa Ninie bukak gate nanti. mmmm... lega sampai je, zex dah ada kat umah, terus masuk garaj keter. Bila berhenti je kereta, dia terus diam + sengih. Amboi anak ibu ni yer.. tahu je dah sampai. Bapak dia dukung kemain lg sengih.. ilang dah hal nangis tadi.. Anak ibu nih.. menduga ibu sungguh. Risau juga, kot sakit ke.. apa ke..



Ni testing dia main mainan gayut². Kemain lagik suka. excited dapat main. cuma satu je masalah dia.. suka golek² sana sini, langgar tiang. w'pun tiang ni lembut je, dia nak marah jugak sbb x dpt nak golek balik.. itu laa anak saya, Zulaikha yg Comel!... hehehehe

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails