Pages

Thursday, July 1, 2010

Beringat Seblum Membazir

Ninie ni kira shophaholic jugak la. Gaji x la byk mana, hutang mmg byk. Teringat zaman bujang, mmg suka sungguh bershopping. Mula² keje kat KL. mmg x leh melawan nafsu membeli. SOGO, JUSCO, MIDVELI seme la ninie suka. Pantang ada SALE, x ada SALE pun taram jugak g. Akibatnya.. penggunaan kad kredit yg teramat dahsyat. Sehingga membebankan jiwa. Sejak Ninie balik duduk di Kuantan, Ninie dah kurangkan tabiat membeli ni. Mmg merosakkan jiwa. Gaji kiranya habis kat benda² x penting.
Ninie dah nekad x mau lg membazir mcm dulu... sbb hutang jd menimbun. nampak hidup mewah.. tp hutang.. bleh bankrap. Ninie dah beli rumah ngan kereta. w'pun kereta tu liabiti, tapi.. kurang² apa yg dibeli ada depan mata, dah sgt penting kereta, sbb Ninie dah ada anak. Lagipun kerja selalu travel. Takkan nak pakai kereta kancil yg abah bg tu kan.. kesian kereta tu sbb dah lama dia berkhidmat, x rehat². Satu Malaya dah round. 

Betul org ckp, GAJI BESAR.. BELANJA PUN BESAR. GAJI SIKIT PUN, CUKUP.. so, kena beringat² la sebelum membazir tahap maksimakan. Bila ada dah kahwin + ada anak.. kita lebih fokus kepada masa depan.. bg Ninie la. Terutamanya bab anak ngan kehidupan selepas berpencen. Kalau ikutkan gaji sekrg, mmg x penah cukup. Sampai bila pun x menyimpankan. 

Bila ada Zulaikha, Ninie terus buat dia insuran medical. Utk jaminan masa depan dia. Agak beban jugak ngan RM100 sebulan. Sbb Ninie pun ambik insuran utk diri sendiri. Tapi... bila direnung, tetiap bulan, Ninie mesti makan mewah jugak.. (KFC, McD, Pizza, Secret Recepi.. etc). Kat situ pun dah brp habis duitkan. dari membazir better la ambik duit tu utk insuran Zulaikha. 





Zex pun dah buat pelaburan utk Zulaikha. Amanah Saham 1 Malaysia. Zulaikha baru 4bulan, x leh lg buat buku simpanan ni, so for the time being, nama bapak dia dulu la. Byk jugak duit org bg sedekah kat Zulaikha. kalau ibu yg pegang.. mmg ilang.. heheheh, sib baik bapak dia yg simpan. 

Kat HTAA 2 hari ni ada bukak kaunter Tabung Haji, daftar RM2 je dapat tabung sekali (bapak dia pun nak.. aperlaa berebut ngan anak...), pastu Ninie buat potong gaji. Skit jer. tapi SIKIT².. LAMA² JADI BUKIT. Bukan jadi duit ke?... hehehe.. yg ptg simpan, w'pun sikit...

1 comment:

  1. En.Kronik: sorry terdelete comment..heheh.
    Tabung gini.. masa kecik2 dulu.. glamour kan.. seme org nak.. free.. hehe

    ReplyDelete

linkwithin

Related Posts with Thumbnails