Pages

Wednesday, June 30, 2010

New Member Of Hashim's CLub

mlm semlm tgh bg zulaikha susu.. tetiba SMS masuk dari Zafirul (adik ipar yg bongsu).. zuriati telah selamat lahir kan baby lelaki. x sangka plak lelaki. kalau tgk dari segi tinjauan perut, nampak mcm perempuan. pas tu dia naik byk jeragat kat leher, mcm masa ninie pregnant kan zulaikha. 

seronoknya dia.. dah sepsg anak dia. rezki masing². baby firul ni bermata sepet. ikut blah dia laa kot. seme muka ala cina. kulit putih gebu. mmg sgt comel!.

Ninie tolong zuriati susukan baby dia. tapi susu blum keluar. nanti dia nak kena g urut. tp mmg kena bg jugak bb susu w'pun susu x keluar. sbb nak bg stimulate susu tu keluar.. 

dia ada bawak susu formula. Jenama Enfagrow. Ninie tanya dia brp RM sekotak? Sekotak 650g=RM63.10. mak aiii mahalnyer.. dlm hati rasa lega + bersyukur .. Zulaikha membesar setakat ni masih ngan susu ibu. Susu formula w'pun mahal x bleh lawan kebaikan susu ibu. Dalam hati, ninie nekad, selg ninie bleh susukan Zulaikha, ninie akan buat.. Kalau org sanggup beli susu formula yg  mahal² sbb nak bg yg terbaik utk anak, ninie akan cuba bg susu ibu utk Zulaikha. Sbb.. susu ibu tetap yg terbaik di pasaran. Segar dari ladang! huhuhuhu

Monday, June 28, 2010

Ninie nampk kurus laa.. :)))

ni kira topik memuji diri sendiri.. hehehe. betul ke ninie dah kurus??? ramai tegur ninie dah kurus.. kalau dr segi pandangan mata.. ya betul. ninie dah kurus. tp x la kurus mcm masa zaman remaja dulu. tapi kurus la. kurus kah kalau berat mcm ni????
  • Mengandungkan Zulaikha - 81.5kg
  • Sebelum Mengandung - 65kg
  • Sekrg->> jeng jeng jeng .... 59kg
mcm mana agaknya ninie boleh kurus yer.. antara faktor² yang dikenalpasti:-
  1. Berpantang ngan jayanya - mak x bg ninie makan benda lain selain ikan bakar/roti bakar. bagus gak kan.. bleh kurus. tapi ninie mmg x tahan ngan air batu.. taram je.masa tu musim panas.. tahu dek mak ni.. mau kena kerate.
  2. Tak cukup tido - ada anak ni mmg x cukup tido. byk keje.. anak lg.. umah lagik.
  3. Aktif - sejak ada anak mmg aktif sesgt nyer. kemas umah siang malam.. padahal umah bukan laa ada brg sgt pun. duduk plak umah sendiri. seme benda buat sendiri. dulu duk umah mak.. ramai org.. mak ada.. adik ada. so diaorg yg byk buat keje.. ninie buat apa?? mesti laa tido.. kuikuikui..
  4. Berdiet - x la diet sgt. cuma ninie dah kurgkan makan benda berlemak. mcm lauk berlemak. ninie suka makan roti lagik dari  nasi. Memlm plak ninie jarang makan heavy. makan roti je byk. nasi memlm mmg dijauhkan sgt². tapi kekdg makan je.. hehehe
  5. Breastfeed - paling berkesan dlm hidup ninie. seblum ni diet la bagai nak rak pun.. ninie mmg susah nak kurus. sejak BF ni mmg senang je nak kurus. doc khaled pun penah ckp ngan ninie. "awk nak kurus semula kan??, BF la." ninie tanya "kenapa?". doc ckp, "lemak pada badan kita akan bg pada susu, susu anak minum, sbb tu baby bulat ibu kurus". mmm.. rupa² nya.  BF ni mmg elok sgt utk kesihatan ibu. masa baby sucking mmg kita akan rasa kat bhgn rahim kita berdenyut². rahim akan cepat pengecut. dulu.. ninie rasa perut ninie sgtlaa buncit.. sekrg ni buncit jugak.. tp x laa seteruk dulu. Lagi pun BF ni kena minum air byk². air masak tu ada laa 2 litre sehari ninie minum. mmg bagus la utk digest. dulu sembelit kerap. sekrg dah kurang. paling best, baju lama dah muat kembali. ninie dah try seluar jeans lama.. muat.. so amazing!. ninie target nak kurus sampai 55kg.. harap berjaya. chaiyo!!  





Menyamuk plak anak ibu ni

hari sabtu ninie & zex g kenduri kahwin. bawak zulaikha. masa kat kenduri dia ok jer. lepas g kenduri, kami g east cost mall (ECM) plak. dia tido.. letak dlm stroller. ninie biasala, pantang jumpe tempat beli baju baby. sibuk duk mencari baju zulaikha. memlm mmg bg zulaikha tido pakai baju lengan pjg. sbb tido dlm ekon. kebetulan bj lengan pjg dia dah kurg sbbnya byk da x muat. dia dah makin membesar.

zex bawak dia ke sana ke mari, tetiba tgh asyik ninie membelek baju kat parkson, dgr suara budak membebel² (bhs dia la...) heheh mcm kenal je suara tu.. mmm zulaikha laa tu. terus g cari. tgk dia duk membelek² jari dia sambil membebel .. AAaaaAAaaaAAaaaAA... nampak je ibu, terus suh dukung. adula.. x leh laa ibu nak membeli ni. dpt sepsg je bj dia. terus suh zex g kaunter bayar.

ninie pakai "ring sling" dukung zulaikha. rasa mcm x best plak. sbb dia da besar & x nak langsung duk diam. masa kat care4 dia dah mcm gelisah je. pas bli, terus g parking keter. masa nak byr tiket parking, tetiba je dia nangis sekuat hati.. panik ibu kejap.. x penah² dia mcm tuh. pelik sgt rasa. dlm keter pun ngamuk jugak... sampai umah je dia ok. terus mandikan dia.. & tido. menyamuk nak tido laa agaknya. selalunya kalau dia nak tido.. tepuk² je terus tido.. ni lain plak pesen dia.

hari ahad, zex x ada. balik pekan. ninie ngan zulaikha je kat umah. dia ngamuk lagik. mata tu ngantuk sgt nak tido. letak dlm buai pun ngamuk jugak. habis jiran tetangga dengar. x penah² dgr suara dia, tetiba dgr suara dia menjerit. risau jugak ninie kalau dia sakit ke apa.. bila dukung, bawak jejln.. dia diam.. siap sengih² lagik tuh.. anak ibu nih..

pagi ni masa hantar dia ke taska, ninie tanya cikgu dia, cikgu dia ckp, zulaikha mmg g tu, suka mengamuk + merajuk. kalau lambat je panaskan susu dia, dia siap merajuk, x mau isap dah susu. sambung mengamuk pas tu.. amboiiii comelnyer perangai anak ibu ni yer..

ninie rasa lega bila dgr cikgu ckp g tu, at least tahu, dia mmg x sakit. makin besar, makin mcm² laa perangai dia.. bukan senang yer nak jd ibu. kena tahan kerenah anak². ni baru umur 4 bulan. tp.. itula keseronokan menjadi ibu. penat masa dia ngamuk, tapi sebenarnya terhibur.. ibu byk belajar benda baru.. berusaha nak jd ibu terbaik!

Friday, June 25, 2010

puasa ganti ~ boleh ke??

semlm ninie puasa ganti. heheh.. mmg byk kena ganti. 17hari. mesti org pelik kan. padahal tahun lepas mengandung.. patutnya puasa penuh. itula.. patutnya kan..

tapi tidak.. hahaha. ninie tinggal puasa tahun lepas 11hari (tahun 2009). sbbnya x leh puasa. alahan terlalu teruk. masuk makanan je muntah. bangun sahur kemain lagik.. tapi last² nya sampai kat opis, muntah balik. mmg sgt laa teruk. doc pun x advise puasa. memudharatkan diri. tapi alhamdulillah.. dpt jugak puasa walaupun x penuh. tu pun.. sbb doc bg ubat tahan muntah. boleh laa puasa selang sehari. kalau ikut hati.. x mau je tinggal puasa. lantak laa lembik pun. tapi.. ish byknya tapi ni.. bahaya utk kandungan. tu yg ninie tinggal jugak.. kalau dah x ada makanan masuk perut.. baby nak membesar mcm mana kan..

ehh kata 17hari tinggal.. yg lg 6 hari tu, tahun 2008. al-kisahnya, ninie lambat ganti. kononnya lambat lg nak puasa tahun 2009 tu. tup² ninie pregnant.. rezki Allah bg kan.. dah laa pregnant.. alahan yg amat dahsyat sehingga x dpt laa ganti. so campur sekali la. tu yg jd 17hari. patutnya kena fidyah yg tahun 2008 tu sbb x sempat nak ganti. ninie dah bayar laa.. kat zakat. hehehe...

tahun ni dah x lama nak puasa semula. kalau laa ninie x ganti lagik.. berganda/byr fidyah je la. tapi ninie cuba nak ganti puasa. Breastfeed ni x wajib puasa kan.. nanti takut produksi merudum. ninie puasa selang² hari. nanti kualiti susu x elok. ada kwn ckp, anak dia komplen, "susu x sedap la bila mama puasa". agaknya sbb khasiat dah kurg.. ninie pun perasan jugak.. pagi esoknya bila perah susu, susu tu cair sangat.. lepas ni kalau nak puasa, kena sahur heavy giler laa.. mlm tu start mkn byk². sahur mkn lagik.. hehehe... ambik kesempatan sempena puasa.

masa berbuka, x tahu nak buka ngan apa. last² order mcd on delivery je. dia anto kat opis. x yah laa sesusah singgah mana² nak bli makanan. ninie mmg suka western food since mengandungkan zulaikha.. (padan laa org taska panggil zulaikha "barbie doll")..

Wednesday, June 23, 2010

Outstation: PICC Putrajaya

minggu ni ada meeting kat PICC Putrajaya. al-kisahnya, first time nak tinggal zulaikha bermlm.. macam mana laa anak ibu ni kan. atok mmg suka sgt la dpt jaga dia. siap dtg ambik kat umah lg hari ahad baru ni. last² ummie (mak sedara nini) yang jaga.

nini g KL tumpang ngan adik ipar. sbb mmg nak stay umah dia pun. kalau g KL umah dia la yg selalu nini tumpang. masa dlm perjalanan, amie (syahmi iman) muntah. siannya.. teruk jugak laa papa & mama dia membasuh keter. agaknya dia mabuk kot. umur x sampai 2 tahun lagik. dah mabuk yer.. mcm² jer. heheh sama mcm papa dia.. (jgn marah aa syafik.. bocor maklumat peribadi..)

ni masa dlm meeting. dpt tempat.. Nun hujung meja sekali. tapi siap ada tag.. heheh .. mmg ramai gred F rupanya di KKM ni yer. tu pun x semua dtg. .. ketua² ICT je yg dtg..kalau semua dtg.. mau mcm seminar bukan mesyuarat... tgk agenda mesyuarat.. sampai kul5.30ptg. x kisah laa kan. balik ngan driver. kalau sendiri ni mau pengsan nak bawak keter. penat duduk dlm mesyuarat pun x ilang.

puas jugak nak menunggu habis meeting. mujurla meeting x bosan. mmg byk isu.. (rahsia kerajaan.. hehehe).. rasanya nak sampai ke petang.. dah 2 mangkuk gula² ninie habiskan.. bukan ke kempen kesihatan "satu sudu sudah cukup.. kurang lebih baik.."??? tp x per kan.. ni sukat x pakai sudu.. :-P

g outstation mcm biasala, bawak bekal botol kosong. utk mengepam. ni kira lama skit. so kena bwk byk botol. tapi kalau byk.. nanti x muat plak coolerbag. so, ninie bawak botol jenis 8 oz. sekali pam.. isi dlm satu botol jer mcm ni..

sesi ngempam kali ni..
  • kul10.oo mlm - umah adik ipar - 8 oz
  • kul 06.00pagi - umah adik ipar - 9 oz
  • kul 1.30 thari- kat surau PICC - 8 oz
  • kul 10.30mlm- kat kontan dah.. (umah mak..) - 10 0z
patutnya kena pam masa kul 6.00pm, tapi x lehla. dlm keter ada lelaki². kena jaga aurat. nak pam masa solat maghrib, takut org tunggu² pulak. so tunggu sampai umah je la. x laa rasa penuh sgt B. masih bleh bertahan..

sampai umah dlm kul9mlm. driver HTAA ambik kat PICC. x laa penat sgt. sbb org lain drive kan.. kira² hasil tenusu kali ni 35 oz. alhamdulillah..

Friday, June 18, 2010

suka meniarap tido pun meniarap


zulaikha makin suka meniarap. sampai tido pun meniarap.. lena sungguh tido..

time dia selsema, mmg lg elok tido meniarap.. dia bleh bernafas.. sampai ingus pun keluar.. hehehe lega ibu .. zulaikha bleh tido..

Pump rosak! tension sungguh

pas mandikan zulaikha ptg.. nak pam susu. mcm biasala kat umah mmg pakai pump Medela manual. pam spectra3 mmg tinggal betul kat pejabat jer. tetiba.. x leh nak pam. pam pun susu skit je keluar.. dia mcm x sedut ngan kuat. mula laa nak tuduh zex. sbb tgk dlm sink ada pam ni.. heheh.. sian tul suami i. dah laa tolong basuh pinggan yg menimbun sbb ninie x larat sgt semlm..

ingatkan x leh dah pam.. suh zulaikha directfeed jer la. nak perah tgn.. malas sungguh.. terus je tido. mmm.. tau je laa kan.. mana bleh tido kalau B penuh.. sakit.. suh zulaikha DF pun.. x kosong sgt.. seblah B lg penuh sgt dah.. sampai tumpah susu.



pagi ni bangun awal... sbb nak try semula pam tu. dismantel semua part dia.. rupanyerrrr... membran.. ye kot nama dia g tu.. dah koyak.. sib baik laa masa bli tu dia ada bg spare 2 ketul (.. x tahu penjodoh bilangan dia apa.. hehehe). tukar yg baru... terus je bleh pam.. terus rasa lega..


tu dia.. dah koyak.. heheh.. mula² ingatkan pam ni x berkualiti.. agaknya ninie selalu berus kat bahagian ni.. dia mcm getah... tu yg koyak..

Tuesday, June 15, 2010

hobi ibu : menjahit.. ntah.. tetiba je dtg

sejak ada zulaikha ni, rajin plak ninie nak menjahit. search kat internet mahal jugak nursing cover sehelai. last².. pk punya pk.. ninie kan pandai menjahit.. apsal x jait sendiri aje.. hehehe .. sbb ada penyakit M. ninie suka menjait.. tp selalu takut nak memotong kain.. kalau nak potong kain.. mak mesti ada kat seblah..

ni kira nursing cover, benda paling senang.. cari kat internet cara nak jait.. last² ada jumpe. apa lg.. g KAMDAR.. mencari kain.. jumpa laa. balik umah terus jait.. sehari je siap.. siap ada poket kat dalam utk letak nursing pad.. ngan pake-a-boo (tingkap utk tgk baby masa nursing dia.. x laa lembik je kat blah atas tu kan.. ).. TADDDAAA!... dah ni laa hasilnya..



x gosok.. berkedut nyer..


jadual susu zulaikha

sekrg ni zulaikha dah bleh agak sehari dia minum pukul brp.. ninie perhatikan zulaikha ni siang hari dia mmg small eater. malam dia kuat nyusu.. dalam hati tu ada jugak bimbang bila dia minum skit masa siang hari.. sbb kalau bg taska susu 4botol x 5 oz.. mmg x abis 1 botol.. kekdg dlm 6 oz x abis. tapi dia dah kenyang.. badan pun bulat boleh tahan.. buat apa nak bimbang kan kalau dia minum skit pun..

mmm.. satu lg kebimbangan.. takut dia x suka directfeed. penah sekali masa cuti, ninie bg directfeed.. dia mcam marah.. tp ninie paksa.. buat x tahu jer.. lelama dia nyonyot jugak.. hehehe.. tapi kalau di malam hari.. mmg x ada hal punya.. mata mamai² mmg dia bergayut x nak lepas plak. terpaksalaa sumbat puting kosong.. tp kan.. org ckp.. x elok puting kosong ni.. zulaikha bg dia puting kosong time dia nak gayut x nak lepas jer. kalau tido biasa dia mmg x nak pun puting kosong..

jadual susu di kala kerja :-
  • 6.00 am - directfeed
  • 7.30 am- 5.30 pm - bottle feeding (taska) {5 oz x 4 botol
  • 6.00 pm - directfeed
  • 8.00 pm - direcfeed
  • 11.00 pm- bottle feeding { 4 oz
  • 2.00 am- directfeed
jadual susu di kala cuti/rumah :-
  • 6.00 am - directfeed
  • 8.00 am - bottle feeding { 2.5 oz
  • 10.00 am - bottle feeding { 2.5 oz
  • 12.00 pm - bottle feeding { 3.0 oz
  • 2.00 pm - bottle feeding { 3.0 oz
  • 4.00 pm - bottle feeding { 2.5 oz
  • 6.00 pm - directfeed
  • 8.00 pm - direcfeed
  • 11.00 pm- bottle feeding { 4 oz
  • 2.00 am- directfeed
- masa ni berubah².. tapi lebih kurang mcm ni laa cara zulaikha menyusu.. bila dah tahu.. senang nak panaskan susu. x laa membazir. kalau x.. rugi je panas byk² x abis..

Zulaikha@4 bulan

semlm ninie ngan zex cuti sehari bwk zulaikha ke klinik kesihatan balok. ingatkan kena cucuk. rupanya 4bulan x kena cucuk.. 5 bulan plak kena cucuk. tp still kena cek berat ngan tinggi dia. berat zulaikha dah 6.3kg, tinggi 61cm. padanlaa ibu dukung lenguh bahu.. rupanya montel gak anak ibu ni.

zulaikha selsema. kat taska ramai selsema. pulak tu suka cium² dia (cikgu taska ckp.. ramai betul minat nak cium zulaikha.. puas dah larang.. huhuhu) tp x meleleh² pun. mcm ada jauh dlm idung dia. bila nak tido mmg susah betul. dgr dia bernafas teruk.. nak wat mcm mana yer??? dah try sedut.. tp x keluar pun.. kesian tgk dia.. bila tido meniarap je dia ok skit. cepat² lah anak ibu sembuh. Amin..

Thursday, June 3, 2010

susu ibu basi????

ramai tanya naper susu jadi gini.. basi ke??? sebenarnya x basi. ni biasa. mmg susu kalau duk dlm peti lama (bukan bhgn beku) mmg jadi mcm ni. ni lemak terbahagi kepada 2 bahagian. lemak + air.

zoom dekat skit. kalau jadi gini.. jgn buang yer. cium dulu. atau rasa. susu ibu kalau basi dia akan bau masam. kalau yg dh lama skit mmg dia bau skit.. bau mcm santan kelapa. tapi nak lebih pasti .. rasa laa dulu.. (.. ninie byk kali dah rasa.. lemak manis rasa dia.. )

kalau nak guna nanti susu ni, goncang. bagi lemak + air bergabung, lepas tu panaskan..

Wednesday, June 2, 2010

tak pakai sarung tgn dah..

kalau ikut doktor, bila baby umur 3bulan je x yah pakai dah sarung tgn. sbb baby akan mula belajar memegang. zulaikha ni kat umah mmg x pakai sarung tgn. kat taska je pakai. nanti dah 4bulan, x nak bekal dah sarung tgn dia ke taska.

cuma kena make sure kuku dia kerap dipotong. kuku baby ni cepaat pjg. 3-4hari je dah pjg semula. bukan apa, takut luka je muka dia, nak² time nak tido, suka sgt gosok² mata sendiri.

tgk tu pakai sarung tgn pun dia sibuk tarik penutup car seat dia. kalau x pakai lg laa mcm² dia buat. sekrg ni kalau tido jgn letak² dalam playpen dia. bahaya. bantal ke, selimut ke. semua dia tarik. takut lemas je. kita kekdg x sedar dia buat mcm tu kan.

tapi kelakar time directfeed. dia mmg suka meraba. tgn dia mmg x duk diam. agaknya menikmati susu ibu laa kot. abislaa baju kita ditariknya. paling bahaya, time pakai cermin mata, ngan cermin mata dia tarik.. rambut kita pun dia dah pandai tarik.. mmm mmg comel perangai buah hati sorg ni.. :-))

Tuesday, June 1, 2010

cuci botol

byk plak tulis entry blog harini.. hehehe tgh ada idea. ni nak citer cara basuh botol. ninie guna pembersih khas utk botol susu. byk jenama yg jual. anakku mahal jugak.tp ninie bli time offer. jenama pureen ni paling murah. rm16.90. anakku rm23.00. x silap la.

ninie bawak ke opis sebotol. senang nak cuci corong breastpump.

sekali seminggu ninie rendam semua botol susu + puting botol ngan air mendidih. bukan didih atas dapur tau. didih kan air dulu, pastu rendam. nak bli stearilizer blum mampu lg. lgpun x rasa beban pun merendam botol cara orthodox ni.

yg ptg bersih!. seblum mengepam wajib cuci tgn dulu yer.. nak handle susu utk simpanan kena pastikan jauh dari bakteria.. huhuhu

bumbo seat with tray

lama dah ibu teringin nak bli zulaikha bumbo seat ni. akhirnya setelah puas men servey, beli kat littlewhiz. murah skit. sekali ngan tray RM179.90 + RM15.00 (postage) = RM194.90. kalau bli kat anakku x ada tray pun dah rm199.00.

seme terkejut kan.. zulaikha baru 3bulan. dah boleh duduk ke??? actually bumbo seat ni umur 2bulan dah bleh duduk. kalau baca review, elok sgt utk sokong tulang belakang dia. dan ajar dia duduk.

kali pertama bg dia duduk, nampak dia suka. siap tgk tv. tapi x leh lelama. heheheh dia ngantuk.. angkat je dia letak atas tilam.. terus tido.. tgk tu.. dah menguap.. duduk dalam kerusi ni dia mmg x leh bgn. bontot dia mcm betul² muat kerusi tu..

tapi peringatan yer.. jgn letak atas meja plak. apa² pastikan anak kita dibawah perhatian kita yer.. jgn tinggal kan anak sensorg.. kecik lg..


panaskan EBM

cara nak panaskan sedang aje..

kalau yg dah cair tu.. letak je air panas.. rendam botol mcm ni..


jgn panaskan dalam periuk (mcm nak masak botol jer.. ) nanti khasiat susu byk yg mati.. rendam je dlm air panas. pas tu titis atas tapak tgn.. sblum feed baby.. rasa panas ke x. x pasal anak minum yg sejuk..

boleh jugak guna warmer. byk jual kat kedai. ada yg jenis 2 in 1. kat umah bleh. kat dlm keter pun bleh jugak.x silap jenama snowbear.



kalau stok beku, kena cair kan dulu, baru panaskan. letak bawah air yg mengalir (bawah paip laa..) sampai dia cair. lepas tu panaskan.. semudah ABC!


bekal EBM ke taska

EBM tu maksud dia (Express Breast Milk). ni mmg term yg selalu BF mom guna. ninie pun sejak BF & cari maklumat kat internet baru tahu maksud dia.. kalau tidak.. mujur laa. org ckp.. tercengang bangang laa jwp nya..

ninie pun x reti sgt nak citer. ninie citer apa yg ninie buat je yer.

1. ninie pam direct dalam botol. lepas tu label botol:-
  • nama anak - takut kat taska tertukar.. x pasal anak org lain jadi anak susuan kita.. hehehe
  • tarikh - sgt ptg! nak tahu luput dia bila
  • masa - sesi ngepam


bleh jugak letak dlm liner mcm ni. ninie malas nak basuh botol. pakai buang jer.. hehehe

2. malam, seblum hantar anak ke taska esok pagi... katalah kita dpt 20 oz sehari, anak kita kat taska perlukan 3.5 oz x 5 botol = 17.5 oz. ada lebih 2.5 oz la jadinya. tapi ingat yer kita kena rotate stok beku supaya stok beku x expired so.. buat mcm ni:-
  • 3.5 oz x 3 botol = perahan hari sebelumnnya
  • 3.5 oz x 2 botol = beku


lebih perahan seme simpan utk stok beku. zulaikha dah besar, dia minum 5 oz kekdg habis jugak. selalu ninie bagi taska x abis pun. 3botol je yg betul² habis. 1 botol taska dah panaskan utk dlm perjalanan balik. 1 botol ninie simpan semula.


tapi kena ingat stok beku mesti digunakan dalam tempoh 24jam. malam, seblum nak hantar taska ambik yg beku, letak kat bahagian biasa yg x beku mcm gambar bawah ni. sbb tu tarikh ptg yer. kalau taska dah biasa, dia akan guna yg tarikh paling awal. so, dia akan guna yg beku dulu. kalau x habiskan yg beku dalam tempoh 24jam, jgn ragu².. buang aje. jgn sayang² la. kita kena ingat matlamat kita, ANAK DAPAT KHASIAT! yg beku semula x ada khasiat dah.. ibarat mcm bg minum air kosong jer laa..



esok pagi, ambik simpan dalam cooler bag mcm ni. mmg EBM tu dah cair. goncang bagi lemak dia bergabung.. jgn lupa bg puting botol sekali. kan x pasal anak kita x leh menyusu (.. penah jd kat diri sendiri.. heheh lupa bg puting botol..)


ninie letak icepack 1 bungkus. nak bg sejuk sehingga sampai ke taska. yey! sedia utk ke taska!


teknik² mengepam & banyakkan susu

ninie nak citer psl teknik laa dulu. kengkawan ramai tanya ninie mcm mana susu ninie bleh byk. yg tu alhamdulillah.. Maha Pencipta bagi tp.. kena usaha yer. ninie pun asalnya bukan jenis byk susu. 2 minggu pertama mmg langsung x ada susu. sampai ninie menangis tau.. ninie nak citer skit laa pasal teknik. actually ninie cari sumber ni kat mcm² forum. antaranya susuibu.com & circle of mom. ni antara yg ninie praktikkan:-

1. minum bijiran. ninie minum horlicks setiap pg seblum mengepam. lepas sejam baru pam. makanan mmg kena jaga. kena guna kaedah cuba jaya. ninie ngan horlicks alhamdulillah susu byk..

2. minum air putih lebih dari 8 gelas sehari. sbb x nak bg badan kita kering.. kering ek org panggil.. mmm yg ptg.. susu kita nak produce ada air yg cukup yer.

3. set kan jadual mengepam. sekurang² 3kali sehari. tapi selalunya ninie 4 kali.
  • 7.45 am - ninie dtg awal ke opis. sbb msk opis kul 8.00 am.
  • 1.00 pm - waktu rehat.. org x ganggu
  • 4.30 pm - seblum balik
  • 10.00 pm - zulaikha dah tido
  • 5.00am - lepas zulaikha directfeed - time ni selalu ngantuk.. selalu ter 'M'
dari bacaan dari pengalaman ibu² lain.. antara kul12am-6.00am tu paling elok pam susu. utk bykkan susu & susu ada prolaktin tinggi.. prolaktin.. ye ke aku ni???? huhu... kiranya susu lebih berkhasiat laa.. (kalau salah.. tolong tunjukkan..)

4. kalau lepas directfeed zulaikha, ninie pam semula lepas setengah jam. ninie buat keje umah ke dulu.. baru pam semula.

5. ninie directfeed zulaikha malam, selalunya bg sebelah je. seblah lagik simpan. utk pam pagi esok kul 8. so bila pam, mmg seblah tu kekdg 5 0z, seblah lg 2 oz jer.

6. kalau kita terlepas sesi mengepam, contohnya, patutnya pam kul 1.00pm, tapi kita pam kul 2.30pm. so, sesi next tu kita kena anjak laa masa dia. kita bleh kira lepas 3jam. so next sesi, kul 5.30pm. selalunya lepas 3jam, mmg breast kita dah penuh semula.

7. yg penting.. jgn tunggu B kita penuh/santok/keras.. baru nak pam. kita ikut je jadual yg dah dibuat. walapun B kita rasa lembik jer.

8. masa kita pam, walaupun x ada susu yg turun.. pam je. ikut je sesi ngepam, contohnya setiap kali pam, kita agak² 15minit dah dpt 40z seblah B. so w'pun x ada susu, lepas 15minit pam, baru berhenti mengepam.

9. satu lg bleh wat mcm ni.. pam 10 minit, 10 minit rehat.. pas tu pam semula. ninie dah cuba.. mmg berkesan.

Diingatkan kepada kengkawan, jgn kecewa kalau x dpt mcm org lain.. x sama setiap org tu. cuma perlu ingat, apa yg Allah bg mmg dah cukup utk anak kita. kekdg anak kita ni small eater, dia minum skit². so, kita sahaja yg tahu.. anak kita mcm mana..

BF ni memerlukan kesabaran & kerajinan. lg kerap kita pam & directfeed, insyaAllah lg byk susu kita dpt. Selamat berusaha!

linkwithin

Related Posts with Thumbnails