Pages

Tuesday, June 1, 2010

teknik² mengepam & banyakkan susu

ninie nak citer psl teknik laa dulu. kengkawan ramai tanya ninie mcm mana susu ninie bleh byk. yg tu alhamdulillah.. Maha Pencipta bagi tp.. kena usaha yer. ninie pun asalnya bukan jenis byk susu. 2 minggu pertama mmg langsung x ada susu. sampai ninie menangis tau.. ninie nak citer skit laa pasal teknik. actually ninie cari sumber ni kat mcm² forum. antaranya susuibu.com & circle of mom. ni antara yg ninie praktikkan:-

1. minum bijiran. ninie minum horlicks setiap pg seblum mengepam. lepas sejam baru pam. makanan mmg kena jaga. kena guna kaedah cuba jaya. ninie ngan horlicks alhamdulillah susu byk..

2. minum air putih lebih dari 8 gelas sehari. sbb x nak bg badan kita kering.. kering ek org panggil.. mmm yg ptg.. susu kita nak produce ada air yg cukup yer.

3. set kan jadual mengepam. sekurang² 3kali sehari. tapi selalunya ninie 4 kali.
  • 7.45 am - ninie dtg awal ke opis. sbb msk opis kul 8.00 am.
  • 1.00 pm - waktu rehat.. org x ganggu
  • 4.30 pm - seblum balik
  • 10.00 pm - zulaikha dah tido
  • 5.00am - lepas zulaikha directfeed - time ni selalu ngantuk.. selalu ter 'M'
dari bacaan dari pengalaman ibu² lain.. antara kul12am-6.00am tu paling elok pam susu. utk bykkan susu & susu ada prolaktin tinggi.. prolaktin.. ye ke aku ni???? huhu... kiranya susu lebih berkhasiat laa.. (kalau salah.. tolong tunjukkan..)

4. kalau lepas directfeed zulaikha, ninie pam semula lepas setengah jam. ninie buat keje umah ke dulu.. baru pam semula.

5. ninie directfeed zulaikha malam, selalunya bg sebelah je. seblah lagik simpan. utk pam pagi esok kul 8. so bila pam, mmg seblah tu kekdg 5 0z, seblah lg 2 oz jer.

6. kalau kita terlepas sesi mengepam, contohnya, patutnya pam kul 1.00pm, tapi kita pam kul 2.30pm. so, sesi next tu kita kena anjak laa masa dia. kita bleh kira lepas 3jam. so next sesi, kul 5.30pm. selalunya lepas 3jam, mmg breast kita dah penuh semula.

7. yg penting.. jgn tunggu B kita penuh/santok/keras.. baru nak pam. kita ikut je jadual yg dah dibuat. walapun B kita rasa lembik jer.

8. masa kita pam, walaupun x ada susu yg turun.. pam je. ikut je sesi ngepam, contohnya setiap kali pam, kita agak² 15minit dah dpt 40z seblah B. so w'pun x ada susu, lepas 15minit pam, baru berhenti mengepam.

9. satu lg bleh wat mcm ni.. pam 10 minit, 10 minit rehat.. pas tu pam semula. ninie dah cuba.. mmg berkesan.

Diingatkan kepada kengkawan, jgn kecewa kalau x dpt mcm org lain.. x sama setiap org tu. cuma perlu ingat, apa yg Allah bg mmg dah cukup utk anak kita. kekdg anak kita ni small eater, dia minum skit². so, kita sahaja yg tahu.. anak kita mcm mana..

BF ni memerlukan kesabaran & kerajinan. lg kerap kita pam & directfeed, insyaAllah lg byk susu kita dpt. Selamat berusaha!

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails