Pages

Wednesday, May 26, 2010

besar dah anak ibu ni..

pejam celik pejam celik dah 3 bulan lebih umur zulaikha. semlm masa ambik dia kat taska, cikgu² dia ckp.. besar dah kan kak zulaikha ni.. kejap je besar. rasa mcm baru je hantar sini. masa hantar kecik sgt lagi.. semlm dia asyik nak meniarap je.. mmg nangis nak bleh meniarap ni.. dah meniarap baru mulut dia diam..


tgk tu.. baju pun dah singkat. pakai baju kiko saiz 0-6. rasanya mcm baju 0-3 je ni. mulut dia pun dah makin bising. kalau baring tu riuh sekali mulut dia.. mmm.. seronok tgk anak membesar.. mcm² kerenah.. semoga anak ibu jadi anak yg solehah! Amin..

Monday, May 24, 2010

Persediaan Breastfeeding

wah.. rasa bangga plak. ramai kengkawan suh perluaskan entry blog ni. ke arah yg lebih difahami.. hehehe ninie bukan laa pandai sgt. cuma berkongsi pengalaman utk kebaikan. kebaikan perlu disebarkan. ada yg tanya persediaan BF mcm mana. lepas ninie tulis entry ni.. harap ada yg bg feedback. ninie ni cerita ikut sedap rasa sendiri jer. kot ada yg x faham..

Persediaan Breastfeeding:-

1. Breast Pump
Ninie suggest la.. since ninie dah try dua² jenis pam. pam letrik double pumping (Spectra3) dan juga manual (medela harmony). pada pendapat ninie, utk org yg baru (.. org lama pun ok aper) gunala manual madela harmony. dia x sakit. cepat jugak laa nak kumpul susu. ninie cuba kali pertama pun dapat 4 oz bg seblah B. pam ni ringan, mudah di bawa ke mana².

ninie ni muka x malu skit.. depan mak ngan abah.. selambe je pam. sbb x nampak sgt duk bawah baju. kalau yg pam spectra3 tu mmg kena seksi. selalu ninie pam kat dlm bilik tersorok skit..

paling sesuai utk sesaper yg workstation dia x ada bilik la. open mcm duk dlm partition. org x perasan kita ngempam. kalau nak lg x nampak.. pakai nursing cover...

lg satu kan. nak bandingkan dengan yg bateri, better laa manual ni. x perlu pikir nak cas² bateri, rasa nak pam jer.. pasang corong.. psg botol.. terus je pam.

dan paling penting... murah! sgt berbaloi bli ngan harga dia.. ninie bli kat web site ni http://lilkaistore.com/products/Medela-Harmony-Factory-Sealed.html & ni blog dia http://lilkaistore.blogspot.com/. bleh tgk video mcm mana nak guna dia. murah tu.. RM150.00. kat web lain.. mahai.. rm200++

2. cooler bag
cooler bag ni utk kita bawak balik susu² yg dah di perah. mcm opis ninie ni mmg x ada peti ais. so cooler bag sebagai tempat simpan la. mula sampai opis sampai laa balik umah nanti. ninie bli jenis stylo mama. galas belakang. cooler bag ni lg mahal.. lg tahan lama laa ais duk kat dalam bag tu.





3. icepack

icepack ni nak isi dalam cooler bag. lg byk.. lg tahan lama kesejukan dia. ninie bli jenis coleman. kat parkson. rm20.00. ninie tambah lg jenis mom little ones. icepack ni dalam dia ada cecair. sblum nak bawak esok.. kita letak dalam tempat beku. bagi jadi ais ketul. lepas tu msk dlm cooler bag. kena guna lebih kurg 3 pack ice ni.


4. stor
age @botol susu
botol paling penting. ninie pakai jenis bumble bee saiz 5 oz. sbbnya kalau yg saiz 2 oz x sesuai. nanti kejap je penuh. pengalaman ninie la. seblah B selalunya 5 oz bleh dpt. kalau paling byk 6 oz++. atas org laa kn. botol kena byk yer. utk kat opis sahaja. sesi mengepam 3 sesi@kali. so:-
  • 3 X (2 Breast) = 6 botol
selain botol.. bleh pakai liner. kiranya beg plastik la. ninie pakai jugak. sbbnya malas nak basuh. jenis pakai buang. utk simpanan la. kalau utk hantar taska mmg kena pakai botol susu. ada jugak org pakai bekas dadih. terpulanglaa kepada keselesaan masing².


kalau first time beli tu. nak senang.. bli laa pam yg jenis pakej. all in one. mcm jenis ni.

banyak lg pakej-pakej lain. tgk kita suka pakai mcm mana laa kan. mcm ninie bli jenis bag sandang.. pasal parking keter jauh. lenguh jugak bahu kalau bawak brg byk ni..
so apa lg... selamat memilih pam. yg ptg pam tu mmg kita sgt selesa. x rugi invest duit skit kan. hasilnya.. anak kita laa kan..

alamak.. tertinggal 1 benda...

5.pen & maskin tape
utk labelkan stok susu kita... maskin tape senang nak tanggal & nak cuci...



Hasil Outstation

khamis lepas ada seminar di putrajaya. susah hati betul sbb takut x leh nak pam susu. tu yg ninie bli pam manual medela tu. ni persediaan utk ke outstation:-

1. pam medela manual breast pump

2. ice bag ( ni bli sekali ngan pam jenis spectra3 dulu..)

3. ice ( ninie bli kat parkson jer... yg selalu org bawak g picnic utk air tin)

4. ice bag (utk menambahkan kesejukkan.. sbbnya nak pastikan lebih dari 12jam sejuk.. oustation seharian dari kul5pg-sampai -10mlm)

HASILNYA...

ninie pam 3kali.. g ngan ofismate so masa dia bawak keter.. ninie pam
1.kul 7.30pg (dalam keter..)
2.kul 1.00thari (dalam surau..)
3.kul 6.30ptg (dalam keter...)


ninie dapat 20 oz... seronok kan.. walaupun g outstation masih boleh pam..

Wednesday, May 19, 2010

Breastpump sampai.. Yippi



pagi tadi airpac tel masa ninie g hantar keter ke servis. nak g oustation. kena hantar servis laa keter. kebetulan plak dah next servis. happynyer brg dah sampai..


malam ni nak test guna.. corong dia lembut. x mcm spectra3 keras skit...

Tuesday, May 18, 2010

KOLOSTRUM: CECAIR BERNILAI EMAS

(petikan ni ninie ambik dari susuibu.com)

http://www.susuibu.com/article.php?storyid=406

ikuti hasil nukilan Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci. dan Kaunselor Laktasi bertajuk Kolostrum: Cecair Bernilai Emas “Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu tau, nanti anak kau pula yang sakit”, pesan Halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.

“Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu…” keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.

“Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?” Soal Lina bertalu – talu kepada Husna. Risau benar dia.

Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah persoalan – persoalan yang sering diajukan oleh ibu – ibu muda. Malah, terdapat pelbagai lagi mitos yang diutarakan mengenai cecair kuning yang pekat dan melekit ini.

Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat – sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar “darah putih” oleh sesetengah pakar kanak – kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:
"Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya.” (Al-Jathiyah: 4). Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud, “Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?”.

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira – kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses – proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA.

Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira – kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran.

Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit – penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit – penyakit tersebut.

Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob – mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel – sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana – mana ciptaan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:
"Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya." (Al-A'la : 2)

Kajian – kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman – kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit – birit yang disebabkan oleh kuman – kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu.

Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan.

Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel – sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain – lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”. (surah at-tin: 4)

Fisiologi jumlah isipadu kolostrum
Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur – ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49 – 96 jam berikutnya. Pada hari kelima – jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.

Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari – hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah – curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14).

Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?

Antara tips – tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari – hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. Antara tips – tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila – bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (‘rooming in’) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau ‘nursery’ ketika berada di hospital. ‘Rooming in’ amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda – tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (‘cross infection’) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak – anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos – mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.

Rujukan:
1. Lars A. Hanson. Immunobiology of Human Milk: How Breastfeeding Protects Babies. Texas: Pharmasoft Publishing, 2004.
2. Riordan J. Breastfeeding and human lactation. Massachusetts: Jones & Bartlett Publishers, 2005.
3. Lawrence RA, Lawrence RM. Breastfeeding: A Guide for the Medical Profession. 6th edition. St Louis, MO: Mosby, 2005.


Oleh:
Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci



Outstation : medela manual breastpump

hari khamis ni kena oustation putrajaya. susah hati jugak nak tinggal kan zulaikha. nasib baik laa sehari je.balik hari. kena g awal² pagi. kul5 pg kena bertolak dah. sib baik ada ofismate ikut sama. bleh laa jadi teman. lama dah ninie x long distance sensorg. bimbang jugak..

zulaikha ninie mulanya nak hantar taska je. tapi kesian plak dia duk taska lama sgt.. taska azid ni x kisah hantar sampai malam. psl dia 24jam. maklumlaa staf hsptl pun ramai hantar situ yg keje shift. tel mak.. mak suh tinggal kan kat dia je. zex x kisah pun kalau nak kena hantar ambik zulaikha ke taska. tapi ninie kesian plak zex, takut panic plak bila zulaikha buat perangai. dia kan baru 3bulan. nanti bila dia dah 5bulan lebih.. baru bleh wat g tu kot. sekrg ni tinggal kan kat mak dulu la.

paling susah hati psl sesi mengepam susu ni. pam ninie sekrg jenis elektrik. kalau tempat x ada letrik mcm mana laa kan.. mula² nak bli je adapter spectra yg dalam keter. tapi kan... tu kalau duk dlm keter. kalau x... mcm mana pulak. pk punya pk.. last² decide nak bli manual breast pump.




servey kat parkson jenis Avent. rm200++. kebetulan ada offer. tapi x bli terus.. nak cari review dulu kat internet. last² jumpa plak review pasal medela vs Avent. ada yg dah biasa pakai avent.. siap jatuh cinta bila pakai jenis Medela. ninie pun cari laa lg.. terjumpa website jual Medela Harmony Factory Sealed. murah plak tuh. rm150.00. beza ngan yg lain.. sbb dia x duk dlm kotak. lantak laa kan.. yg penting benda yg sama... ninie terus bli. Ym je ngan tokey dia.. sib baik ada stok. ni x sabar nak tunggu brg yg di bli sampai.. harap tidaklah menghampakan..

Friday, May 14, 2010

belajar meniarap


dua tiga hari ni zulaikha asyik nak pusing badan. ninie biar aje.. rupanya dia nak belajar meniarap.. kelakar jugak tgk dia. ngan bersusah payah.. uuuu ahhhh uuuu ahhh.. hahahah.. last² nangis.. sbb tangan tersepit bawah badan sendiri.. x per yg penting usaha! hahaha..

Wednesday, May 12, 2010

zulaikha@cameran

jumaat lepas, g cameron. kalau ikut hati mmg x nak langsung g. Pakjalil kan baru je meninggal.. mesti tahlil ada buat. kesian kat Maknyah & May. tapi x ada arah dah. sbb yg g cameron ni plan blah keluarga zex dah lama. diaorg dah booking lama penginapan kat cameron tuh. ninie ikut je la. masa dlm keter.. teringat kat arwah je berlinang air mata. sedih.. Hanya Allah je yg tahu. bila rasa sedih.. tgk muka zulaikha.. terubat skit hati ni.

adikberadik zex sorg je x dpt pergi. Prul.. dia x dpt cuti. kalau x.. 8 kereta la g sana.. masa dlm keter ninie x bawak bekal EBM. mmg Directfeed zulaikha sepjg jalan. senang sungguh.. pakai plak baju nursing.. zulaikha pun x byk ragam.. dia byk tido jer.

cameron jenis tanah x rata.. berbukit². ninie dah plan awal² pakai "sling". kalau pakai stroller mmg x leh nak tolak sgt.. fisrt time ninie letak zulaikha dlam sling ni. masa kat umah dah praktis skit² laa.. mcm indon x??? .. lantak laa org nak kata apa.. tp ninie rasa selesa pakai sling ni.. ninie bli jenis jumsac kat mamayayazone. zulaikha pun nampak selesa sgt duk dlm ni. mmg memudahkan.. dia tido. agaknya dia rasa mcm dlm buai. kebetulan sana kan sejuk. rasa mcm ibu laa peluk dia tido..


satu lg yg suka.. kain dia yg lebih tu.. bleh tutup muka baby.. time panas ke .. x pun nak BF mmg senang. bleh laa sorok zulaikha kat dlm tuh..


cantik gak kan... ada poket.. bleh isi brg kat depan. ninie letak EBM zulaikha ngan tuala kecik dia.. mmg selesa lah...

Tuesday, May 11, 2010

sedihnya kehilangan Pak Jalil

hari rabu (6 Mei 2010) ninie dapat panggilan dari Maknyah. Pakjalil masuk HTAA ni. kebetulan ninie keje sini.. seblum ambik zulaikha, ninie g tgk Pakjalil. masa tgk ni x terdetik langsung jadi apa² kat Pakjalil.. ninie cuma tgk muka dia mcm letih sgt. Pakjalil nak berckp.. tp ninie suh dia tido jer.. rehat. ninie cuma sembang ngan Maknyah. kesian Maknyah.. dia x tahan tgk dokter asyik ambik darah Pakjalil. sakit .. x jugak baik.. mmmm.. mau x nyer.. sejak Pakjalil kena demam truk tahun lepas.. sampa sekrg.. dia masih x kembali sihat mcm dulu.. dugaan utk Maknyah & May. Dokter ckp Pakjalil ni kena demam melidosis. ninie bukan tahu sgt sakit ni mcm mana..

hari khamis (7 mei 2010). ninie g sarapan pagi.. lepas sarapan, ummi telefon, dia ckp Pakjalil tenat. ninie rasa terkejut sgt, bergegas ninie g tgk dia kat wad. Masa sampai tu.. dokter tgh buat CPR. Maknyah dah bengkak mata nangis.. ninie terus masuk tgk dokter buat CPR. masa tu terus berlinang air mata.. sakitnya Pakjalil.. Ajal Pakjalil dah sampai agaknya.. Hanya Allah sahaja yg Maha Mengetahui..

kebetulan ninie ni staf kat HTAA, bleh laa ninie duduk sepjg masa tgk Pakjalil.. saudara mara yg dtg semuanya bergilir² ajar dia mengucap. akhirnya.. Pakjalil pergi juga tinggalkan kami semua.. Ya .. Allah tabahkan laa hati kami atas kehilangan ini..

ninie tanya dokter melidosis ni sakit apa.. dokter terang secara ringkas yg ninie faham laa.. sakit ni jarang ada. cuma sesetengah negeri, mcm negeri pahang ni. kalau org tu ada sakit kencing manis.. dia mmg mudah dapat. sakit ni mungkin masuk melalui luka .. tp bukan sentuhan atau udara... sakit ni ada yg ckp.. punca dari tanah atau air... tp.. Wallahuallam.. Ninie doakan semoga roh Pakjalil ditempatkan di kalangan org yg beriman.. Al-fatihah!. kami semua sayang sgt kat Pakjalil..

Breastfeeding & jalan²

KALI PERTAMA : bila nak berjalan, paling takut bila baby nak susu. mcm mana nak bg susu kat bb kalau BF kan.. ninie ingat lg.. kali pertama keluar berjalan ngan zulaikha. masa tu hampir² zulaikha 2bulan. ninie masih cuti bersalin. ninie & zex g ke megamall. seblum nak masuk megamall ninie dah bg zulaikha susu. so dia masih kenyang.. tapi baby ni.. every 2hours dia akan lapar semula. sbb dia cuma minum 2 oz je susu. ninie dah panic. masa tu baru cari² baju utk zulaikha. last² x reti nak buat mcm mana... ninie & zex balik.. masa dalam keter, ninie BF dia semula.

balik ke rumah.. duk pk mcm mana nak BF baby kalau berjalan ek. x kan nak BF depan org.. malu laa..

KALI KE DUA : ninie & zex g ke giant kuantan. kebetulan.. kat situ ada surau. bila zulaikha nak susu je ninie g surau BF dia.. lega skit rasa.. tp mcm mana kalau tempat x ada surau?.. alamat x berjalan laa kami ni..

KALI KE TIGA : pk punya pk.. so ninie amalkan tiap kali nak keluar.. ninie keluar lepas zohor. senang dah solat sesiap.. lepas tu pam susu. seblum melangkah masuk shopping komplex, ninie BF dulu zulaikha. EBM yg baru pam.. ninie bawak bekal. sbb EBM ni tahan dalam 4jam. sempat laa bg seblum dia lapar semula. selalunya kalau 4 oz tu dah ckup utk jenjln sampai ptg.. sekrg dah lega nak g jln memana..

ninie ada jugak baca ada antara ibu² yg berani BF in public. ninie boleh je.. tp kan.. mmg malu takut B nampak. aurat kena jagalaa kan. sbb ninie mmg x reti nak sorok time nak bukak² nursing bra tu.

antara lain yg ninie cuba laa.. ninie bli baju nursing.. jenis hilyah.. selesa sgt baju ni. sbb kita x yah laa angkat baju sampai nampak badan..

boleh jugak pakai nursing cover mcm ni.. ninie ada buat sendiri nursing cover. nanti ninie tunjuk.. hehehe. ninie bawak dalam beg. incase x bawak EBM.. ninie bleh laa guna nursing cover ni.. x laa org nampak zulaikha tgh BF.


Baby Breastfeeding jarang buang air besar


ninie mula² zulaikha x buang air sampai 6hari rasa panic sangat². ingatkan x normal. ninie & zex susah hati sgt masa tu.. g jumpe dr yaw .. pakar kanak² kat jalan beserah. rupanya².. dokter ckp.. baby yag Full BF normal buang air jarang² sekali. sbbnya susu ibu x bercampur ngan bahan² lain.. jadi perut baby akan serap semua kebaikan susu ibu. hampas utk buang kurang la. penah ada kes dr yaw ckp.. sampai 28 hari x buang. tp sekali buang.. mcm flush laa.. byk..

yg penting monitor baby.. tgk dia meragam x. cek perut dia samada kembung atau x.. kalau pegang perut dia lembut je.. & baby pun ceria.. mmg baby x ada masalah.. baru la rasa lega..

baru ni g Cameron.. kebetulan hari jumaat.. mmg hari ke-6 dh zulaikha x membuang.. mm sekali dia membuang.. mmg byk teramat. sampai 3kali dia buang.. so ibu² yg BF jgn bimbang kalau anak x membuang yer.. mmg normal bg baby full BF..

zulaikha dah 3bulan

semlm g klinik kesihatan balok. cucuk zulaikha 3bulan. kebetulan zulaikha batuk & selsema . kena jumpe dokter dulu la. doc ckp kemungkinan besar zulaikha batuk sbb ibu x jaga makan. ada makanan yg zulaikha alergic. so, ibu kena hati² masa memilih makanan. kena ingat.. "apa yg ibu makan.. anak pun makan".. mm kesian anak ibu.. lepas ni ibu lebih hati². agaknya seafood kot.. ibu kena tahan laa selera.. janji anak ibu sihat...

kebetulan masa nak tunggu turn.. zulaikha nak menyusu. ninie pun masuk bilik BF.sib baik ajak May teman g klinik. bapak zulaikha x leh ikut.. kalau May x ada ni.. payahnya. nak dukung zulaikha lg.. nak pegang kad bawak sana sini lagik.. tqvm untie May!

tengah BF zulaikha tetiba ada sorg ibu msk bilik BF jugak.
ninie pun tanya.. "anak umur brp?"
dia jwp.." dah setahun.. tapi nak BF lg.. x nak langsung susu tepung..."
ninie pun apa lagik .." eh.. baguslaa dia BF. anak sihat.. antibodi kuat.."
dia pun ckp.." tu laa mmg dia jarang demam.. tp tu laa susah.. dah besar nak bergantung lagik.."
ninie pun..." biar laa.. saya ni yg dah keje pun.. target mmg nak susu kan anak sampai umur 2tahun.. lgpun jimat kan.. x yah susah² bli susu tepung.. susu tu mahal.. khasiat x sebaik susu ibu"
ibu tu pun diam.. sambil tersengih...

muka ibu tu mcm hairan.. ninie rasa laa bagi kebanyakkan ibu zaman sekrg.. x tahu kebaikan susu ibu. sbb pengaruh iklan kat tv pun byk.. kalau susu tepung tu.. bermacam² jenis vitamin dia ckp ada dlm susu tu.. tp sebenarnya susu ibu ada laa yg terbaik!..



Wednesday, May 5, 2010

mencabar sungguh nak Breastfeeding ni

teringat masa mula² menyatakan hasrat nak BF bb sepenuhnya. mak laa org pertama yg menyokong. sayang mak! sbb mak pun full BF seme anak dia. cuma ninie je mak ckp x lama.. 6bln jer sbb masa tu berebut ngan Along.. lelaki kan kuat nyusu.. terpaksalaa mak bg ninie susu botol. Mak ckp.. BF ni bagus sgt². dari segi kesihatan anak & juga hubungan dengan ibubapa. anak² yg menyusu susu ibu rapat ngan ibubapa. mendengar kata & jugak bijak.

mak ckp.. Allah jadikan susu ibu tu fitrah. jadi susu tu hak anak².. hak anak² utk dpt segala kebaikan yg Allah dah sediakan tu..

masa mula² BF.. ramai dah mula tanya.. "keje nanti nak bg susu apa?".
ninie ngan bangga.. "susu ibu la"
tanya lg "dah tu.. kena balik laa nak nyusu.."
ninie jawap " x yah.. bagi dia bekal je.. buh dlm botol.. pam siap²"..
sambil garu kepala.." mcm mana?"..


itulaa.. ramai yg x tahu mcm mana org yg berkerjaya mcm ninie nak BF. mmg kita kena ada ilmu. kalau x ada.. mmg x tahu nak buat mcm mana. ninie pun mcm tu pada mulanya. ninie pun belajar dari org opis SUK. sejak tgk diaorg asyik ngan pam last² tercetus hasrat nak cari pasal BF kat internet. lepas tu baru ninie tahu.. ceteknyalaa ilmu pasal BF ni.

yg ptg.. hasrat murni kita nak BF baby. kalau niat kita mmg nak betul² BF baby kita.. insyaAllah.. Allah permudahkan urusan kita.

Tuesday, May 4, 2010

Lupa bawak balik corong!!!

semalam byk keje kat opis. sampai terlepas sesi mengepam kul 4.30ptg. terus ambik zulaikha. g rumah kak mah, tumpang kejap sbbnya plan ngan zex nak bawak zulaikha g klinik yaw kat jln beserah. zulaikha selalu sgt tersedak. risau sgt.. penah sekali lepas susu, dah sendawa kan dia.. tetiba dia tersedak.. habis semua susu keluar.

sampai umah k.mah.. ingatkan nak pam susu dulu.. tgk² dlm beg.. corong pam tertinggal kat opis.. adoilaa mcm mana nak pam ni.. B dah keras. suh zulaikha laa minum ni. g klinik yaw.. mak aii ramainyer org.. ambik no 23.. tapi baru giliran no 6. last² g twin bb bli barang jer terus balik umah. zex bli termometer. nak cek suhu badan zulaikha. jenis littlebean. harga dia RM98. jenis yg cek ikut telinga. pakai infrared. dr yaw ckp.. baby ni suhu badan dia melebihi susu normal org dewasa. kalau 37.4c tu blum demam lagik.. patutlaa kepala zulaikha tu panas je.. tp badan dia x panas pun..

ninie bli 8botol lg botol susu jenis bumblee bee. suka sgt botol ni.. heheh comel. nak buat bekalan utk zulaikha ke taska. selalunya hantar dlm botol yg 2 oz x 10botol. kali ni dah tahu amount dia sekali minum. so sekrg bekalkan dia:-
  • 3.5oz x 5botol utk taska tetiap hari.
  • 3.50z x 3botol susu segar (perahan hari seblumnya) +
  • 3.5oz x 2 botol susu beku (cairkan dlm chiller dulu mlm seblum nak hantar ke taska esoknya.. )
penting yg beku tu.. nak rotate ngan bekalan sedia ada.. sbb dah bli deep freeze dia tahan dlm 6bln. so.. rotate laa setiap hari.. supaya bekalan stok beku tu x laa melebihi tarikh..

pagi ni dtg awal ke opis.. sbbnya nak pam susu.. malam tadi.. perah pakai tgn sbb nya dah x tahan bengkak.. dpt laa 2 oz. lenguh tgn den.. ni laaa hasil di pagi ini.. 8oz ++ sekali pam.. superb!

linkwithin

Related Posts with Thumbnails