Pages

Saturday, March 20, 2010

menyusu kali pertama


ninie mmg bersemangat nak menyusukan Zulaikha. kali pertama cuba susukan Zulaikha masa kat KSH. lepas je ninie siap & dihantar ke bilik wad semula, nurse dtg hantar Zulaikha. nurse suruh ninie cuba bg susu ibu walaupun air susu x keluar pun. nurse ckp cuba je susukan, nanti susu akan keluar.

ninie cuba susukan Zulaikha ngan bantuan nurse tuh. maklumkan tgh sakit lg, ninie susukan Zulaikha secara berbaring je. masa tu susu x keluar langsung. kesian Zulaikha.. lapar. ninie cuba bagi susu sebelah lagi, tapi sama jugak, susu x keluar pun. sedih rasa tgk Zulaikha lapar. nurse dtg semula, last2 ninie ckp ngan nurse, ambiklaa Zulaikha bg dia susu formula, x sanggup tgk Zulaikha kelaparan.

bila dah tiba di rumah, ninie cuba lagi bg Zulaikha susu ibu. tapi susu x jugak keluar. mak terus tel tukang urut suruh dtg umah urut ninie. kebanyakkan org lepas urut baru keluar susu. ninie terus harapan berbunga. lepas ni bleh laa ninie susukan Zulaikha.

3hari ninie berurut. Tukang urut tu urut breast & picit puting susu. sakitnya.. x tahan rasa. ninie x rasa pun mcm ada susu. sbb org ckp kalau susu ada, tapi x keluar, breast kita rasa keras. ni x ada rasa apa pun. rasa mcm biasa aje. masa mandi ninie cuba bersihkan puting susu, buang daki2, tapi masa tu puting ninie dah start luka... pedihnya.

ninie try lagi bagi Zulaikha menyusu.. tapi makin luka puting seblah kanan. ninie try picit2, ada laa keluar susu setitik. punyalaa ninie gembira. hampir seminggu baru laa keluar setitik susu. ninie terus pam susu. x keluar jugak.. x per.. ninie tetap bersabar.

hampir 2 minggu Zulaikha minum susu formula sbb susu ninie x keluar. ninie try jugak pam lagik. akhirnya keluar susu sikit. kali pertama dapat laa blah kiri 2oz. blah kanan 2oz. tapi..... tetiba ter pam kuat sgt, yg blah kanan puting ninie berdarah. penuh dlm botol darah campur susu. sedihnya.. rasa nak nangis masa tuh. bukan nak nangis sbb sakit.. tapi sedih tgk susu awal2 ni ninie x leh bg Zulaikha. nasib baik susu blah kiri puting x luka. terus ninie bagi Zulaikha minum.

nurse dtg umah melawat ibu & baby. ninie ngadu laa psl puting ninie luka. dia pun bg tips. Ambik susu yg blah kiri, sapu pada puting blah kanan kalau luka. oooo mcm tu. ninie try laa buat. alhamdulillah makin beransur baik. sepjg puting ninie luka, ninie bg Zulaikha susu ibu dlm botol, tapi campur2 ngan susu formula.

sekrg ni Alhamdulillah Zulaikha dah full breastfeed. dah x minum susu formula. susu ninie pun dah makin banyak. tapi mmg dahaga memanjang. berjug2 air ninie minum. org tua2 dulu marah kalau dlm pantang minum air byk.. tapi mana bleh.. nanti susu plak x ada. ni ninie nak try pam & buat stok susu utk Zulaikha. persediaan utk kerja nanti..

2 comments:

linkwithin

Related Posts with Thumbnails