Pages

Friday, March 19, 2010

kelahiran Zulaikha


lama ninie x update blog ni. lepas bersalin mmg sibuk sgt. sibuk ngan baby. seronok layan baby. ninie ingat lagi tarikh 12 feb 2010. mlm seblum tu ninie sibuk berborak ngan Taa & Ain. kebetulan Ain dtg umah, bermalam. sembang punya sembang sampai laa kul 2pg. ninie masa tu mmg dah rasa lain mcm. tp buat x tahu je sbb seblum ni pun penah dah msk hospital tp false contraction.


ninie masuk tido kul 2pg. zex dah lena. ninie duk gelisah sbb rasa mcm sakit je.tp x kuat sgt. dalam kul 4pg sakit makin kuat. ninie kejut zex. zex nak bwk ninie g hospital tp ninie x nak. ninie nak tunggu sampai sakit 5minit sekali. kelakarnya zex la. pg tu dia siap tanya " abg nak kena g keje x hari ni? sbb kalau x jd bersalin ni kena ambik cuti plak.." heheh mesti dia fobia pasal false contraction hari tuh. ninie ngan penuh yakin ckp, x yah laa g keje, sbbnya ninie rasa mcm nak bersalin hari ni jer.


seblum g KSH ninie g umah ummie & telefon dr. khaled. ninie pesan ummi sub bg tahu mak, ninie ngan zex g KSH. bukan apa, mak ninie tu panik, nanti dia yg gelabah lebih. Dr. khaled suh ninie dtg KSH nak cek. sampai kat KSH Dr. cek jalan, dah bukak 3cm. Dr. ckp confirmlaa hari ni bersalin. lepas tu nurse hantar ninie g wad. ninie mintak wad bilik sorg, tp kebetulan penuh, terpaksala duk wad 5org. nurse cek denyutan jantung baby & contraction. contraction graf dia naik sampai 75%. kalau naik sampai situ mmg rasa sangat sakitnya. zex setia teman ninie. x lama lepas tu ummi ngan mak pun dtg. gilir2 ngan zex teman ninie.


masa kat bilik Dr. PA dr. khaled ckp, Dr patutnya sampai kul6.30ptg ni. sbb dia nak bercuti ke Bandung. aduhhh!.. risaunya.. x nak laa bersalin ngan Dr. lain.. ninie dlm hati berdoa, semoga sempat laa bersalin seblum kul 6.30ptg ni.


masa kat wad Dr. dtg, dia ckp nanti nurse bg ubat utk buang air besar lepas tu msk ubat utk cepat rasa contraction. kul 2.30ptg ni Dr pecahkan ketuban. ninie yer aje. sakit juga yer masa Dr. cek jalan.. berkerut jugak laa muka ninie tahan sakit. pecah ketuban x sakit sangat, rasa banjir je satu katil. lepas tu contraction makin kuat, sampai nurse bg suntikan kat bontot plak. ubat tahan sakit...


dah start sakit sgt2 ni.. ninie duk mengeluh je. zex, mak ngan ummi laa duk mendengar ninie merungut sakit.. hehehe.. sebilik ngan ninie, patient Dr. Suraya. dia kena operation sbb baby dia besar. 3.5kg. besar ke tu???? Dr. Khaled scan baby ninie pun dah 3.4kg. sib baik x kena operation. nak dijadikan citer, keluarga patient dia ni ramai laa dtg, riuh satu wad, yg ninie ni dah sakit sangat2. last2 bidan terus tolak ninie masuk bilik bersalin. zex laa teman ninie sepanjang dlm bilik bersalin.


bayangkan laa masuk kul4ptg.. ninie bersalin kul 9.44mlm. sakit lama sgt. sakit yg teramat. sampai kering bibir. zex bg air minum. ninie puji bidan kat KSH ni, w'pun diaorg ni org india tp tahu jugak pasal air selusoh, bidan india ni siap g cari mak ninie mintak air selusoh nak bg ninie utk tahan sakit. ninie kat dlm bilik tu x tahu nak kata laa sakitnya mcm mana.. sampai kena sudut gas utk tahan sakit. sedut je gas ilang kejap sakit, tertido.. lepas tu sakit semula.


ninie paling sekse masa bukak 9cm susah betul nak ke 10cm. x ada rasa langsung nak meneran. last2 Dr. Khaled masuk air. dalam keadaan genting mcm tu pun Dr. boleh buat lawak lg.. dia ckp tgn ninie ni susah nak cari urat, dia suh balik mencangkul nanti bg urat timbul.. heheh.. Dr. Khaled x jd balik awal, dia tunggu sampai ninie bersalin jugak.. lega rasa. akhirnya ninie bersalin ngan selamat setelah berperang ngan kesakitan. Dr. tunjuk baby kat ninie, laki ke pompuan dia tanya? ninie pun ckp laa pompuan, rasa sgt baby ni berat. mau x nyer.. 3.3kg berat dia. rasa sayu sgt hati bila tgk baby.


ninie & zex rasa lega sgt. kredit utk suami sbb tunggu ninie sampai habis berjahit. zex g azan & iqomahkan baby. lepas tu dia dtg kat ninie dia ckp.. "huh! sebijik muka ninie!". hehehehe..


lepas dah siap ninie msk bilik.. dpt gak bilik single. bidan india tu terus dtg hantar baby. dapat laa ninie tgk Zulaikha.. permata hati ibu ngan bapak. rasa sayu sgt bila tgk muka dia.. besarnya anugerah Allah ni. x tergambar perasaan masa tu.. ninie dah jadi ibu... Syukur pada Allah..

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails