Pages

Tuesday, December 28, 2010

Keranamu Izayu..

lama dah x update kan.. Lama ek?? heheh agaknye laa kan.. Next year 2011 cousin ninie yg duk Jerman nak kawen dah.. Badan kecik je.. kalau org tgk dia.. mesti ingat budak sekolah.. bagus ek org kecik.. muda sokmo!.. Kenduri kendara jangkanya Feb 2011 ni. Ninie dah ambik tugasan.. kena siapkan door gift. Masa tu Zulaikha mesti dah boleh berjalan kan.. Dia dah besar skit.. x ada la berkepit ngan ibu kan.. 

Semata-mata keranamu Izayu yg cun melecun.. K.nini g kelas coklat ni.. Hehehe Saje je.. Tiada paksaan.. Nak cari ilmu pun sama.. Ninie mmg peminat coklat tegar.. so mmg sesuai sgtla g kelas ni. Dalam banyak² kelas.. Kelas ni laa paling best.. Rasa mcm duk kat kelas tadika.. heheh sbb ada sesi painting.. melukis² sakan la.. Hasil coklat ninie buat.. mmg cun laa.. hahaha naik lif angkat sendiri.. heheh.. 
Tekun betul siapkan coklat ni.. Ninie mmg suka buat benda² gini.. Sbb hasil dia sgt cantik!.. kelas yg paling berbaloi² g .. Ilmu dapat.. coklat pun dapat.. mmmm ntah² nanti.. income pun dapat.. Amin.. hehehe. Tapi keranamu Izayu.. Free of Charge yer.. Cuma Ummi kena bg Ninie pitis utk beli bahan² jer.. Nanti ada geng nak join venture tolong buat.. Byk tu... Seribu lebih kot.. Dekna.. Jgn lupa.. cari kotak yg cun melecun yer..

Ni la hasil yg ninie dah buat.. comel kan.. sampai sayang nak makan.. hehehe

Tuesday, December 14, 2010

Sejuk bekukan makanan anak=jimat masa

Lama dah kengkwn suruh tulis entry psl makanan baby ni. Bukan x nak tulis, tapi x ambik gambar. Yelah tgh masak, tetiba snap² gambar. Bukan payah.. tapi lupa. Ingat.. Bila dah siap masak je. Hehehe.

Ninie mengambik inisiatif sbb breastfeeding. Susu ibu pun boleh sejukbeku. Ni kan pulak makanan dah masak. Kebanyakkannya ninie mmg belajar dari website Homemadebabyfood. Resepi mmg byk. Tapi Ninie buat ikut lidah org melayu je. Cuma ninie belajar cara simpan dan masak makanan baby.

Memandang ninie ni kerja, breastfeed lagik, mmg masa x cukup. So, apa yg ninie buat, setiap hari cuti, ninie akan sediakan makanan Zulaikha utk seminggu. Boleh aja buat sebulan, tapi x seronokla kan, duduk saje di hari minggu.. hehehe .. x ada.. sebenarnya kan.. Ninie ni x reti masak banyak², bukan x sedap.. x cukup rasa aje.. hehehe.

Mula².. sediakan bahan²..
Beras.. Agak² jer laa. Dulu awal² skit je ninie buat. dah pandai skit.. Ninie buat sampai 3pot beras..
Kentang, carrot.. boleh je semua ni. nak campur semua pun boleh. Nak masak lain² pun boleh. Apa yg Ninie buat, Ninie jadikan puri. Carrot tu ninie kukus(steam) sampai lembut, pastu blender halus, letak air skit jer, utk bg dia boleh putar. Kalau yg jenis lembut betul, mmg x yah taruk air dah. Sejuk je, terus blend.
Ayam, ninie campur dalam nasi. Lepastu masak je.
Mula² dulu ninie x pandai, ninie masak atas dapur mcm ni. Penah sekali hangit.. sbb x slow kan api. Sekrg ni ninie dah pandai skit, masak je pakai periuk nasi automatik.. lagik senang.. Hehehe.. Bila dah kering, dia stop sendiri. Gerenti x hangus. Cuma sekali-sekala kena dtg kacau.. Tapi oklaa dari duk mengadap periuk ni kan..
Tunggu sejuk, lepastu blend je seme. Ni la rupa bila dah bercampur carrot. Tapi ninie dah x campur ngan carrot sekrg ni. buat Puri carrot. Puri Brokoli.. nanti pilih je perasa mana nak bg Zulaikha makan..
Ni contoh puri yg ninie dah siapkan. Ni puri brokoli. Potong², pastu kukus jer. Dah lembut, blend. Simpan dalam bekas ais mcm ni. Bekas ni ninie beli kat giant,senang kan.. sbb dia ada penutup. pastu bekukan. nanti dah beku, keluarkan, simpan dalam tupperware je.
Ni nasi+ayam yang ninie dah masak pastu blend halus. Lepastu simpan dalam bekas² kecik mcm ni. Masuk terus dalam freezer. Bekukan. jgn tunggu lama². Sbb nak kekalkan zat² makanan dia. Kalau duk luar lama, makanan kan cepat rosak..Cukupla seminggu nak g taska. X yah la bgn awal nak masak bubur dia dah kan.
Ni contoh bentuk kiub. Putih tu, nasi yg ninie simpan dalam bentuk kiub. Ni bila kita x leh nak agak anak nak makan byk mana, so bleh try ambik 4kiub dulu ke kan.. Yg hijau tu, puri brokoli, yg oren, carrot. Ikut laa nak letak dua² pun boleh, nak letak salah satu pun boleh. Ikut citarasa masing²..

Masuk dalam microwave utk senang nak cairkan, kalau x ada microwave, guna je dapur utk panaskan..
Pepagi seblum gi taska, ninie mmg dah siapkan utk bekal taska, 3mangkuk. Pagi tengah hari, petang. Ninie letak dalam lunch bag, so panas dia tahan lama skit. Tapi taska zulaikha bagus.. dia panaskan balik kalau yg ptg punya... tahan lama mana makanan ni??? kalau ikut kat website tu, sebulan tahan.. ninie x penah la simpan sampai sebulan, ninie buat utk seminggu aja.

Sebenarnya makanan apa pun boleh sejukbeku. Mcm makanan kita. Buat lauk ayam kicap ke. kari ayam ke.. buatla sejukbeku saiz hidangan kecik. X la membazir kalau panaskan saiz kecik kan. Sbb yg dah panas, x leh sejukkan balik. Buang je terus. Bukan sbb basi ke apa.. Cuma khasiat makanan dah ilang..

Nanti nak makan yg sejukbeku ni, panaskan je. Senang, dan jimat masa. Sedap ke x? sama je rasa dia.. yg ptg.. lepas dah masak.. sejuk kan, masuk bekas, bekukan.

Kekdg itu senang nak g berjalan.. Ninie panaskan utk satu hidangan, letak dalam thermos. Pastu bwk je. Bila time makan dah tiba, bg je kan dia. Zulaikha mmg suka sgt makan.. kalau bawak g taska, kena bawak lebih skit.. pasal kawan² zulaikha cukai skit.. hehehe

Kelas Cheese Cake pulak..

Lepas g kelas donut, rasa seronok pulak, terus continue kelas Cheese Kek. Seronok la belajar. Bila nak buat sendiri ntah le.. heheh janji dah tahu mcm mana nak buat..
heheh.. kemain lagik menayang hasil.. padahal hasil air tgn 4org. Dalam gambar nampak cantik je kek.. pada sengek bengek deco² kek tuh..
Ni nama dia kek cheese oreo. Paling ninie suka rasa kek ni. Punya laa x tau kan.. Rupanya kek jenis ni x yah bakar pun.. bancuh².. Letak dalam bekas.. pastu masuk peti ais je.. Esok bleh makan dah.. Tu laa x ada ilmu psl bab² ni kan..
ni pulak cheese kek tiramisu. sama jugak.. kek ni x yah bakar.. sedap.. tp sedap lg kek oreo tu..
Bila pulak laa nak buat kan. masa kat kelas jadi la pasal buat reramai.. balik umah buat sendiri x tahu la jadi ke x ni.. InsyaAllah akan dicuba... Ninie boleh!

Tuesday, December 7, 2010

Hasil 'keras' tangan

Sabtu lepas Ninie g kursus buat donut. hehehe.. Mcm² halangan nak boleh pergi ke kursus ni. Yerla kursus bukan berkaitan kerja.  Ramai tanya ninie "nak buat bisnes donut plak ke??" ish x ada la. Ninie saje je belajar ni. Ninie suka makan donut Big Apple. Kebetulan Ex-Opismate Ninie.. KakFirah suka buat tayangan hebat kat blog dia.. Amboi sakan dia menayang kehebatan dia g belajar memasak ni.. Teruja nak cuba.. Akhirnya.. Ninie berjaya menghadirkan diri ke kelas  donut ni..

Seronok betul dapat belajar.. Bila dah belajar, baru tahu.. x la susah.. tapi paling penting, nak dapatkan ilmu tu, Ninie puji cikgu Lin ni, x kedekut ilmu dan mengajar sampai kita mmg pandai buat.. Esok kelas cheese kek plak.. Seronok betul!
Inilah rupa donut Ninie buat.. Walaupun tangan x ada seni. Tapi hasil 'keras' tangan ninie ni, Ninie sgt puas hati.. Nanti kat umah nak cuba buat. Ninie bawak balik umah donut ni, x sempat Zex nak merasa dah habis Abah, Ninie, Kakak Ipar & adik Ninie makan.. Huhuhu.. minta maaf ye en.suami, nanti saya buat special punya..  hehehe

Monday, December 6, 2010

Cik TaK


Cik Tak@ Botak.. Bukan setakat Booolat.. Tetapi BoooTAk.. Heheh Zulaikha mmg sejak lahir, rambut dia skit. Rambut dia cuma tumbuh lebat kat blah belakang je. Kat depan.. mmg halus jer tumbuh. Masa aqiqah, cousin ninie dah botakkan kepala dia.. mmg licin. Ingatkan tumbuh lebat, tapi sama je lagik mcm tu. Ada org suruh ninie cukur sekali lagik rambut dia.. Tapi ninie x nak, nanti x comei laa.. hehehe... Kepala dia mmg selalu berpeluh w'pun duduk dalam ekon. Panas sgt kot kepala, tu rambut x mau tumbuh..

Agaknya ketara sgt ikha ni Cik Tak yer Kak Lin.. Tetiba dapat PM dari Kaklin .. Heheh. 
"nini sihat..akak ok jer..semua ok...dah besar dah ika..comey jer...tapi rambut tak banyak lagi eh...apa kata akak suggest kan nini beli bby oil yg botol warna purple tu..pastu bubuh kat kepala dia..pas mandi...jangan dok sapu gitu jer...urut..urut kat kulit kepala dia..nie pon cousin akak yg ajar..akak try buat kat amina...ok la drp aisyah dulu macam ika gak..payah nak ada rambut..jus try jer"
Semlm dapat PM dari Kak Lin, roomate masa kat U dulu².. Tqs kak lin atas nasihat tu. Ninie kena cuba ni. Ninie mmg guna setiap hari minyak kat kepala Zulaikha, tapi yg jenis biasa, warna putih tu je. Ini harus dicuba.. kita tunggu dan lihat, apa akan jadi kepada Cik TaK ni yer.. Adakah akan mengalami perubahan??? tunggu................

Wednesday, December 1, 2010

Kembung kali pertama

Balik taska semlm, Zulaikha nampak mcm ok je.. Pastu Bapak ajak g bank kejap.. Sbb nak draw duit.. Byr utang.. heheheh.. Zulaikha suka sgt laa kalau kat pemandu x ada org.. terus dia take over.. Sbb nak main stereng laa... Dapat je stereng kemain suka.. Siap pandang mamat kat luar kereta sambil tersengih².. Konon² dia memandu keter laa tuh.. Mamat tu pun sengih balik kat dia.. Agaknya kelako dia tgk gelagat Zulaikha.. Bila Bapak dah msk keter.. dia mula x nak bg stereng.. puas laa pujuk.. 

Gerak ke destinasi seterusnya.. dia mula dah meragam.. menangis.. ingatkan dia nak susu.. Ibu pun bg.. Nampak gaya mcm nak tido. Dah bg susu pun nangis.. Pastu berhenti.. Nampak radio.. main radio.. Tetiba.. nangis balik.. Kenapa laa Zulaikha ni. Ninie mmg rasa ada yg x kena.. Telinga dia sakit lagik ke??? susah hati sgt. Nak boleh sampai ke rumah.. Mmg sekse la. Dia bukan setakat nangis, melenting² badan. Risau takut terlepas pegang dia. Sampai kat pintu pagar rumah, Ninie terus keluar dr keter, dia nangis x henti. Rasanya habis semua jiran dengar. Zex plak x jumpa cari kunci rumah. Psl tadi Zulaikha main, dia campak mana x  tahu. 

Akhirnya msk dlm rumah, rasanya dia kembung. Tgk perut dia, buncit , keras. Sah dah ni kembung. Dia x penah kembung since baby. Ni first time kembung. Bg dia susu, pastu letak minyak Yuyi Cap Limau. Makin lama.. makin kurang dah nangis. Lepas dah ok. Sengih kemain, mula laa aktif semula. Lega ibu.. Kesian bila dia kembung.. Budak kecik.. Nak ckp x reti, nak bg tahu mana sakit. Zulaikha jenis yg kurg menangis dan meragam, so kalau dia nangis x henti, mesti ada yg x kena. Syukur pada Allah kembung dia x perpanjangan sepjg malam. Dia siap menghasilkan gas² yg x diperlukan oleh ibu & bapak!!!!! hahahahah

Tuesday, November 30, 2010

“SHOW YOUR TEETH BABY!” CONTEST 2010

kalau nak join sama KLIK SINI

-Nama penuh bayi/kanak-kanak = Zulaikha binti Mohamad Zakry
- D.O.B dan umur = 12 Februari 2010
- Hobby bayi/kanak-kanak tersebut = Gigit ibu..
- Berapa batang giginye yang dah ada sekarang..jangan lupe kire betul-betul ye! =) = 4 batang, 2 batang gigi bawah, 2 batang gigi atas.. yg atas ni taring tumbuh dulu.. Gigi depan x dek lagik.. 

Tarikh tutup pertandingan ialah pada : 3 Disember 2010, Jumaat,12.00 tengah malam.
Perkara-perkara yang WAJIB ada dalam entry penyertaan anda :
LINK Entri Pertandingan ini:

Saturday, November 27, 2010

Tok & Tokki dah balik...

Hari khamis, pas keje, Ninie & Zex terus berangkat ke KL. Sbb dijangka mak & abah sampai KLIA dalam kul 1pg. Sampai KL lambat jugakla.. Sbb hujan lebat sepanjang jln.. ada keter eksiden langgar divider masa tgh ujan tu. Zex ckp, seblum ni, keter tu beria memotong w'pun tgh² hujan lebat mcm tu. Zex siap ckp "hebatla keter tu:.." mmg hebatlaa.. eksiden naik atas divider.. mmm sib baik x melibatkan keter² lain..

Sampai KL, Ninie ajak Zex mkn kat ar-rawsya, makan makanan arab. Mmg org arab la seme situ.. Zex selalu citer, dia suka makan kat situ.. Ninie pun nak rasa jugak.. Hehehe mana bleh jd.. dia je yg makan sedap.. Kebetulan kawan zex pun ada tumpang sekali .. Kelako dua org ni pilih menu.. Muka sorg² mcm susah je nak kunyah makanan.. hahahah daging kambing liat.. puas nak mengabiskan 1 pinggang.. Ninie, sib baik pilih menu Chicken Kabsha.. Zulaikha.. Makan kentang goreng.. tu pun bukannya makan.. buat main jer..
Masa ni dah pukul 12mlm.. Zulaikha dah tido seblum ni, so sampai restoran ni sedang elok bgn.. Sengih kemain lagik.. Bawak mainan tikus.. dia suka gigit ekor tikus tu.. tu yg bawak.. buat selingan.. kak ipar ninie laa bg kat dia tu.. Huhuhu..

Lepas makan, awal lg nak g KLIA, so ninie join seme cousin ninie kat Duta Vista, Kul 2pg baru kitaorg ke KLIA. Kesian zex, bawak keter.. Muka ngantuk, bimbang jugak kan.. Zulaikha.. Biasalaa.. Masuk keter.. Bg susu .. tido.. Dia tido sampai laa kat KLIA.. Bagus jugak dia tido.. X laa penat ibu nak dukung..

Nasib baik bawak stroller, letak Zulaikha dalam tu.. Tido je dia.. Tido x sedar diri.. siap nganga mulut!

tu dia wajah insan yg lena diulik mimpi.. Sedap sgt tido.. Pakai baju yg tok kirim dari mekah.. Jaket jeans lagik tu.. Moden betul pilihan tok ..
mmm tgk laa cousin nini tu.. siap tido lagik.. Driver seme ngantuk.. Masa ni dah hampir kul4pg.. Budak² je yg segar bugar.. bleh main lagik.. Ninie??? mcm nak pengsan dah mengantuk amat.. kan best kalau bleh tido mcm Zulaikha tu.... Hihihihi

Ninie duk kat satu yg jauh dari org skit masa ni.. Hehehe sbb ngantuk laa.. Zex.. ntah duk kat mana.. ramai gile org kat KLIA masa ni.. semua x ngantok ke.. heheh

Kul5pg baru laa Mak & Abah & Sedara mara semua tiba.. Berpelukan sakan laa. rindu wehhhhhh.. Ninie terus cari abah & mak.. Anak sedara Ninie, Zufar Hannan tu.. jumpa je ngan tok & tokki.. diam.. terkedu x terkata apa.. Agaknya dia hairan.. Mana tok pegi.. tetiba ada balik.. heheheh

Zulaikha.. akhirnya bgn.. Dia biasalaa.. x nak ngan org.. Mak nak ambik dia pun dia x nak.. mak ckp" oooo sombong ngan tok yer" ............. Zex balas "Mak x yah kecik ati.. dia ngan saper saper pun sombong.. ngan ibu je nak.." Hehehe.. bayi susu ibu.. mmg g tu yer.. Rapat ngan ibu.. Sbb hari² bergayut ngan ibu.. Bapak apa ada??? hahahah

X sempat nak snap gambar mak & abah.. Sembang aje kami.. Mak & Abah balik ngan Along.. Sbb Along je yg mata tau cap apa.. Bleh bawak keter.. Balik terus ke Kuantan. Diaorg semua balik terus ke kuantan, sbb ustaz pesan,jgn singgah mana², lebih afdal balik terus, malaikat mengiring sampaila ke rumah..

Zex ada urusan lg kat KL, tiba di Duta Vista kul 6pg, dia terus tido.. dah pepg kul9.30 bgn nak g hantar asgtmnt.. Letih tu. Mata dia kira hebatla bleh tahan.. Ninie.. x bwak keter pun.. Rasa x leh bukak dah mata.. Habis segala urusan, kul9mlm baru sampai Kuantan.. Alhamdulillah selamat kami sampai..

Thursday, November 25, 2010

Makan² Mee Calong

Nama mee calong kalau org area kuantan tahu laa mee apa.. Mee ni ciptaan.. ehh ciptaan .. tul laa kot.. Ciptaan org Beserah.. Jln Kuantan-Kemaman.. Org yg duduk belah² tepi pantai laut kat kuantan.. Mee ni sama je mcm mee sup.. Beza dia cumanya.. Dia buat dari ikan.. Kuah dia tu tulang ikan.. isi ikan.. Kalau sup.. ayam or tulang kan.. Yg menambahkan best lagik.. dia ada fish ball. Fishball dia x sama yg beli dah siap tu.. Dia sebenarnya keropok yang dibulat² kan.. Pastu tambah lagik tauhu.. dlm tauhu tu ada ikan.. Ngan kata lainnya.. Mee ni hasil laut.. iaitu ikan.. 

Org belah Beserah mmg ramai nelayan.. So ada jugak buat aktiviti  membuat keropok lekor dan jugak Mee calong ni.. Ninie mmg suka sgt mkn mee calong ni.. Makan ngan keropok lekor lagik.. Hahaha.. Menambahkan rasa sedap.. Rasanya org blah pantai timur mcm Ninie ni suka makan keropok lekor.. sbb tu suka sgt kat Mee Calong ni...

Kat Kuantan ni, Ninie suka makan kat kedai ni. Kedai ni opismate Ninie laa yg kenalkan.. sejak tu kalau nak makan mee calong, ninie g kedai ni .. Nama kedai ni "Mee Calong U-Turn" Sbb apa U-Turn? Sbbnya kalau kita dari Bandar Kuantan menggala ke Kuala Lumpur melalui Jln Gambang.. Dia duk blah kanan.. So kena U-turn bila nak g Kedai ni.. Heheheh.. Kalau org kuantan mesti tahu kot.. Kalau dr KL melalui Jln Gambang.. Seblum sampai Giant .. Bukak hari kerja je.. Blah pagi.. sampai tengah hari jer.. Ni ninie g makan jap..kebetulan keluar .. hahahaha shhhh jgn bg tau bos..! nanti kena marohhh!

Rupa Pool kat Sempurna Resort, Kuantan

Ramai yg nak tgk rupa dia mcm mana kan.. ni Ninie ambik gambar.. masa mula² pool ni bukak.. Umah Ninie belakang resort ni jer.. dekat sesgt..
Ni ada laa skit² air pancut.. Baldi tu bila penuh je.. dia tumpah.. budak² tunggu je time baldi tumpah..
Ni plak gelongsor dia.. suka sgt laa budak² naik...

Pool org dewasa ada kat seblah.. mmg dia asing ngan budak².. mmg budak² kecik x akan join ngan pool dewasa tu..

Mandi-manda kat Sempurna Resort

Masa cuti raya.. aktiviti tambahan.. Mandi kat sempurna resort.. Sempurna resort ni dekat je ngan umah Ninie.. satu kawasan je.. Naik keter 5minit x sampai.. Anak² sedara mmg suka mandi kat sini.. Sbb murah.. utk budak² mmg sesuai.. x yah la nak g kat Gambang waterpark .. situ sesuai utk dewasa.. 

Sempurna Resort ni utk budak RM5sorg... Dewasa (pool dia 6kaki dalam).. above 12tahun RM8 , x silap.. Ada pool utk dewasa ngan pool kecik utk budak².. yg budak², air paras betis org dewasa je.. mmg selamat laa nak mandi.. Ada laa skit² air pancut ngan gelongsor.. mmg suka sgt dah kalau bawak dtg sini.. 

Zulaikha x lepas peluang.. Ninie x penah lg bg dia mandi pool.. ni first time.. Sbb kecik sgt lagik.. Nanti dah suka.. teruklaa nak ajak g aje nanti.. hehehe dah laa dekat ngan umah.. 
Mula².. dtg tgk sepupu² dia mandi je.. Ninie bg dia main air kat kaki jer..
wah dah seronok tgk kak qilah main air yer
muka suka sgt dah.. sbb dapat tepuk² air tuh..
dah basah.. ibu tanggal laa baju dia.. main kejap je.. x leh lelama.. sejuk.. dah ptg.. resort pun nak ttp dah..
Amie Iman tu.. dengki ngan zulaikha sbb ambik pelampung dia.. padahal tadi x nak main pun.. nampak je ikha main terus dtg.. dtg je terus tgk ikha sambil ambik pelampung dia balik.. "MINE!!!!!"ngan muka garang sekali.. hahaha.. terpinga² ikha bila dia ambik balik pelampung tuh.. huhuhu budak² mmg kelako..
ni budak yg paling lama mandi.. amie iman.. sampai dah sejuk.. ketor².. x nak naik lagik.. Puas pujuk suh balik.. Ish ish ish.. anak saper laa ni.. hahahahah

Tuesday, November 23, 2010

main tgh² mlm..

Ninie balik keje semlm, mmg sakit kepala.. rasa nak muntah aje.. x tahu laa naper.. perut msk angin agaknya.. Sib baik laa balik keje.. Zulaikha ngantuk.. dia nak tido.. dapatlaa ibu berehat kejap.. Tapi dia bangun semula.. kul12mlm.. boleh dia bgn.. Main.. kemain lagik sengih².. Ibu ngantuk amat.. Bapak biasalaa.. dalam bilik operasi.. Battle.. Sampai bapak dah msk tido pun.. Zulaikha duk main lagik.. Dia sibuk nak berdiri.. Duk pegang kepala katil.. eksyen plak tu.. Pegang ngan sebelah tangan sambil berdiri.. Puas laa suh dia tido.... akhirnya dia tido jugak..

Kul4pagi.. bangun lagik.. aduilaa anak bertuah ni.. main lagik... ngantuk laa ibu gini.. Ibu kena bgn awal nak siap g keje nanti.. Zulaikha bleh plak bgn main... Dia tido jugak akhirnya bila tepuk² .. umpan ngan bg susu.. Bertambah sakit kepala ibu bgn pagi.. tapi rasa kelakar ingat gelagat dia.. hehehehe

Monday, November 22, 2010

Raya yg agak hambar..

Tahun ni raya haji Ninie mmg hambar sgt... Muka nampak happy.. tapi dalam hati.. tuhan sahaja yg tahu.. Teringat sgt kat mak & abah.. Dulu² penah jugak raya haji kat lain.. tapi masa tu zaman belajar.. so x berapa nak heran.. Bila dah kawen ni.. mak & abah g haji.. Ninie kena raya umah mak mentua.. Mana sama umah mak mentua ngan umah mak sendiri.... Jauh bezanya.. :-(

Pagi raya siap² pakai baju raya.. baju yg mak & abah kirim dari Mekah.. Pakai jubah kami bertiga.. macam maulana di padang pasir.. hehehe.. Zulaikha pun pakai baju jubah seluar.. besar skit ngan dia.. tapi pakai je sbb mak kirim dari jauh.. Tapi lepas pakai baju.. x tahu nak g mana.. ambik gambar.. tukar pakai baju biasa balik.. punya la x rasa langsung suasana raya... Paling rindu.. rendang mak.. rendang paling sedap.. Tahun ni.. x jamah langsung mana² rendang.. sbb x ada selera sgt nak makan.. Dengan kata lainnya.. mcm x raya pun.. Kalau mak & abah ada.. mesti dpt cium tangan mak & abah.. Makan rendang.. ketupat nasi yg abah suka.. pastu reramai.. g jalan umah Poksin.. Makjang.. Ummi.. Pokde & Mak Miah.. 

Rumah poksin.. kompem makan nasi briyani.. Umah mak jang.. Kompem nasi tomato.. kuah kacang.. Umah Maknyah.. mesti mee jawa.. Umah Pokde.. Sup tulang & Nasi dagang.. 

Pokde x g haji.. tapi Ninie x g pun raya umah pokde.. sbb beraya di Pekan.. Umah ummi.. Pokcik Aman je yg x g haji.. tapi apa laa pokcik tu tahu masak.. hahahah .... 

Kesian tgk sepupu² Ninie yg bujang.. especially yg sekolah or belajar lagik.. Yg dah kawen oklaa.. Boleh balik umah mak mentua.. Tapi x kan nak hangkut diaorg balik umah mak mentua plak kan.. Tinggal laa budak² tu urus diri kat umah.. Khamis malam.. last² buat laa BBQ.. Ninie goreng mee aje. tu je pun reti buat... Makan ramai².. Dapat la hiburkan hati..Tapi mmg lain kan.. raya tanpa mak ayah sendiri ni.. Terasa sgt perbezaan dia... Nak plak mcm kami ni.. semua rajin² belaka tolong mak kat dapur..  Tu yg x pandai masak.. hehehe.. bila keadaan mcm ni.. main telan je apa ada.. sodap ke x sodap ke.. makan aje le

Jumaat ni balik laa diaorg semua tu.. x sabarnya!

Tuesday, November 16, 2010

Cirit Birit pulak dah..

Zulaikha mmg dah nak ok batuk dia.. kejap je dia batuk.. Pastu haritu sembelit.. Ninie tukar solid food dia.. dari makan nasi.. makan oat plak.. 2-3hari tu ok.. tetiba dia mcm makin kerap buang.. ingat ke dia lawas buang ke apa.. rupanya x.. dia ciritbirit plak.. 

Hari sabtu tu, Ninie & Zex g KL, sbb zex nak hantar paper ke Supervisor dia..  Dalam perjalanan tu, dia dah buang sekali kat genting sempah.. Mmg dasyat laa.. sampai terkeluar dari pampers dia.. Ninie ingatkan sbb dia mmg nak buang.. sbb hari tu blum membuang lagik.. 

Lepas zex dah setel hal dia.. Ninie dah janji ngan sepupu Ninie, Dekna nak g Ikea. So janji jumpa kat Ikea. Dah siap beli kat bahagian atas.. kitaorg lepak laa dulu.. makan².. Meatball dia sedap.. hehehe.. Baguslaa Ikea tu, sbb ada tempat Feeding Baby.. Ninie g DirectFeed Zulaikha jap... Ada sorang Mummy tgh feed baby dia... Masih dalam pantang.. Cun melecun Mummy tu.. Bergaya pun masih boleh breastfeeding baby.. Mmg kagum.. sembang² ngan dia.. dia ckp anak dia blum belajar lg guna botol.. so Ninie advise dia cepat skit ajar.. nanti problem nak keje.. Ninie suh juga dia beli pelbagai jenis puting & bagi masa kat baby utk biasakan ngan puting botol tu.. huhuhu cam pakar laktasi plak.. ahahah.. sekadar memberi pandangan sbb berdasarkan pengalaman sendiri..

Berbalik kepada anakda Zulaikha.. lepas dah feed dia.. Ninie bg dia kat bapak dia laa.. sbb Ninie nak g bli makanan.. Tetiba Zex tel.. dia ckp Zulaikha  buang lagik.. dalam hati ni.. dah mula rasa pelik.. sampai 2 kali dah ni.. Terus g ambik dia & tukar pampers dia.. byk betul dia buang.. sampai basah baju dia.. Najis dia byk.. air pun byk.. mmm sgt pelik... Tengah kami ni makan.. Zulaikha nangis.. mmg meragam amat.. start dr situ.. dia menangis x henti.. abis org tgk Ninie dalam Ikea tu.. mesti diaorg ckp apa kan.. "ibu dia tu asyik nak sooopin... anak nangis buat x  tahu.........." Ninie bukan buat x tahu.. dah x tahu nak pujuk dia mcm mana.. agaknya dia sakit perut.. So, Zex ngan Dekna siap² bayar.. Kami terus balik ke Taman Equine..

Sampai umah Dekna.... dia membuang lagik... Sampai 2 kali... mmm mmg sah dah dia cirit birit.. Esok nyer pas makan.. terus je balik Kuantan.. x ada laa peluang ibu nak soooopinnnn.. bagus.. bagus.. x abis duit.. hahahah .... anak didahulukan anak di utamakan! 


Ni masa seblum bertolak balik ke Kuantan.. Kesian kan dia.. dah x larat .. selalunya dalam keter, dia duk x diam.. Ni diam je.. baring.. agaknya penat sgt dah.. Tapi nasib laa dia kuat minum air ngan susu.. So badan dia x hydrate.. x kering laa maksudnya.. Hampir nak sampai umah pun dia buang lagik.. Kesian betul dia..

x sempat nak merasa ICE ROOM! sbb awal sgt datang.. Kedai blum bukak.. bukak 11pagi.. Last² makan kat Kedai Ayam Percik aje.. Sedap laa jugak..

Esoknya Ninie bawak dia g KSH.. tqs tu Gedik.. my prend.. sbb teman kan g KSH. Zex ada hal penting masa tu.. 

Masa kat KSH, dia buang lagik.. masa jumpa Doc Lee dia ckp.. mayb jangkit kat taska.. mmm mmg laa.. sbb ada budak kena ciritbirit kat taska .. 2 org.. yg sama bilik ngan dia.. sorg dah admit kat KMC. Kena masuk air... sbb cirit birit + muntah.. budak tu hydrate .. kesian Muazz ( kawan Zulaikha tu laa..) Doc ckp lagik.. kita jgn stop dia nak buang tu.. biar aje.. lg x elok kalau simpan dalam perut.. nanti kuman masuk dalam darah plak.. Doc ckp.. dia akan cirit birit... sampai abis laa. mayb takes time nak baik tu.. cuma monitor jgn sampai badan dia kering... Klik sini utk info pasal ni..

Doc tanya Ninie bagi susu apa? Ninie ckp laa.. breastfeeding... jawapan doc.. "Very good, banyak masa u kat breastfeeding.. mmg sgt baik utk baby.. so x perlu bimbang.. if u ambik susu formula.. i nak suruh berhenti minum susu tu.. & ambik jenis soya.. " hehehe... sib baik susu ibu...  

Harini... Alhamdulillah.. Zulaikha dah ceria kembali.. aktif sgt!.. x makan pun lagik ubat doc bagi... Zex ckp.. "anak kita ni.. jumpa Doc pun dah baik"... heheheheh 

Friday, November 12, 2010

Rindunya Ibu

3 hari Ninie kat Putrajaya. Tido kat umah kawan Ninie, Tanty. Sib baik dia bg tumpang.. kalau x .. jenuh laa nak cari hotel.. Hotel dalam putrajaya semuanya mahal.. Sekse nak membayar.. 

Duk kat P'jaya mmg x senang hati.. teringat kat Zulaikha. Masa hantar dia.. dia mcm batuk skit.. Malam tu cikgu telefon.. 3kali Zulaikha muntah.. tu pun Ninie dah bekal siap² ubat batuk.. Ni batuk mesti gara² main anak patung baru.. berbulu.. kesiannya anak ibu ni... Malam, dia x tido sgt.. ngan cikgu sekali berjaga.. sbb dia batuk.. & demam...

Hari ke-2, Zex ambik dia bawak g KSH. X sangka ye.. bapak bleh bawak Zulaikha x ada org teman.. Bapak rasa bangga bila ada org puji.. Pandai bapak bawak Zulaikha g Hospital.. Ibu pun puji.. sbb berjaya bawak g.. Zulaikha pun x meragam.. Alhamdulillah doc ckp, batuk biasa.. X laa perlu risau.. cuma ambik ubat mcm biasa la..

Cikgu Zulaikha sib baik laa rajin update pasal dia.. Rajin call.. ibu x ada 3G.. kalau x leh laa tgk gelagat dia.. Cikgu dia bg dia dgr suara Ninie kat phone.. Kemain lagik dia sengih.. rindu ibu yer... 

Dah hari ke-3, Ninie mmg x sabar betul nak balik... cikgu ckp.. dia x nak minum susu sgt.. x ada selera agaknya.. Kebetulan kakak ipar Ninie nak ambik ikha lepas dia balik dari sekolah. Kul4 dia dtg ambik.. dia ckp.. ikha x nak ngan dia.. tp x nangis.. so dia ambik aje..

Ninie hope sgt masa Zex ambik Ninie kat tempat kerja Zulaikha ada sekali... rupanya... x ada.. dia nangis masa Zex nak bwk dia sekali... Tapi Zex citer, masa dia sampai kat umah kakak dia.. Zulaikha terus suruh dia dukung.. x nak duduk bawah main... siannya laa..

Sampai umah kakak ipar, Ninie panggil dia.. dia tengah main... terus berpaling.. kenal suara ibu yer.. siannya dia.. Terus ambik peluk dia.. rindunya x terhingga..  Ninie cium dia puas²... tetiba kan.......... semacam je bau anak ibu ni... Belek² rupanya dia.... ukkkk ukkkkk... bagus.. bg hadiah kat ibu yer.. heheheh Terpaksa ibu basuh dia dulu.. 

Dah siap².. dia mcm nak susu.. bg susu botol dia x nak.. duk sondol² ibu nak susu..  ni mesti rindu nak directfeed.. Masa dalam keter balik ke umah.. bg je DF.. dia terus kenyang.. tido.. Tgk dia tido.. mmg kesian sgt... Sedih tinggal dia 3hari..  Gambar bawah ni.. semua cikgu dia yg MMS..

possing khas utk ibu..
dah malam.. x tido lagik.. teringat kat ibu..

Tuesday, November 9, 2010

Bermalam di taska

Harini Ninie kena g KL. Biasala kena outstation ni.. Zulaikha selalunya bila Ninie outstation duduk ngan mak Ninie kat Balok. Tapi kali ni mak ngan abah kan g haji.. Jadi, Zulaikha Ninie terpaksa bg dia duduk taska. Sib baik taska ni 24jam. Lagipun cikgu yg jaga Zulaikha tu .. Zulaikha berkenan.. heheheh..

Malam tadi siap² barang dia 3hari duk taska.. Tapi Zex ada keje yg Ninie suruh buat w'pun Zulaikha duk taska.. Pepg dia kena hantar stok makanan & susu Zulaikha. Ninie dah bungkus² ikut hari dalam peti ais kat umah.. Tgk peti ais semlm.. stok susu Zulaikha dah x banyak.. sbbnya masa bulan puasa.. susu Ninie kurang, byk sgt guna susu beku ni. Pastu lately ni Ninie kurg minum air & pam.. (.......penyakit M mula menyerang...) susu pun makin kurang... Mmmm mcm mana nak sampai 2 tahun ni?????? tepuk dada.. tanya jiwa... hahahahah

Makanan dia pun dah bungkus.. pagi Oat + epal.. Ptg Bubur nasi + Ayam + carrot.. Penat jugak nak siapkan barang² dia.. byk tu.. baru 3hari nak g outstation.. harap² Zulaikha x meragam laa... nanti Ninie yg susah hati.. x tenang jiwa nak g outstation.. Nak g dah ni.. nk g taska jap.. cium Zulaikha.. Nanti ibu rindu~

Monday, November 8, 2010

Makanan Pejal Pertama

Start umur Zulaikha 6 Bulan, Ninie dah introduce dia ngan makanan pejal. Mula² agak susah jugak Zulaikha nak makan. Dia dah biasa ngan susu je. Ninie ingat lagik hari pertama, dia cuma rasa 2 sudu je.. Penat Ninie buat.. Rasa nak marah kat Zulaikha sbb x nak makan.. Mula² Ninie buat dia bubur nasi + susu ibu. Dia mmg x nak lepas sudu ke-3. Siap paling muka kat lain.. Padahal bila time kita tgh makan.. dia asyik sgt tgk kita makan..

Ninie cuba mcm².. Tapi dia x nak. Dia bukan totally x nak. cuma skit je dia makan.. Ibu biasala.. nak tgk anak makan byk.. hehehe.. Nestum Ninie cuba.. Tapi mak Ninie marah jugak.. dia suruh prepare makanan sendiri.. Mmmm biasalaa ibu.. kekdg tu malas.. hahahaha.. 

Satu hari tu... Ninie duk sembang ngan mak kat dapur.. Mak tgh kupas kentang yg dah rebus.. buang kulit.. Pastu mak bg skit.. suap kat dia.. kemain lagik dia makan... suka sgt.. siap nganga mulut mintak suh suap lagik.. Lepas tu.. Ninie pun buat laa bubur dia nasi + kentang + susuibu. Blender halus.. bagi cair skit.. Sbb baby kita baru nak belajar makan kan.. Dia makan byk skit..

Dia akan makan lagik byk.. bila kita ajak dia join makan sekali semeja. Maknanya.. time kita nak mkn.. zex makan nasi ke.. dia pun makan sekali.. mmg suka sgt laa.. agaknya.. dia ingat.. kita pun makan mcm dia makan jugak.. Lepas tu dah ok dia makan.. Alhamdulillah..

Tapi kan.. Ninie mmg nak kepastian.. so meng google. Byk info kat blog ni.. HomemadeBabyfood. Zulaikha kan sepenuhnya minum susu ibu. SO.. (tetiba ckp omputih.. heheh lepas duk membaca tadi..) solid food bukan laa keutamaan.. Susuibu yg utama. So, kalau baby kita kenyang ngan susuibu.. x perlu la risau kalau anak x nak makan.. Yg ptg, dia sihat.. dah berat badan dia naik mcm biasa. Ninie ingat jugak.. adik ninie yg bongsu sepenuhnya susuibu sehingga 2thn. Dia mmg susuibu je. X ada masalah.. Jadi, kita kena utamakan susu ibu.. Makanan pejal ni cuma pelengkap.. Byk mana nak kena makan.. brp kali.. boleh baca kat website ni. Dia ada ruangan khas utk baby susuibu. Klik sini.

Baby ni.. mmg ambik masa nak belajar sesuatu.. Ibubapa mmg kena sabar.. hehehe.. Ninie mmg kena byk sabar.. Tapi.. bila anak belajar sesuatu.. sebenarnya ibu pun belajar jugak.. Belajar sabar.. & belajar berusaha & mencuba .. Berusaha mencari penyelesaian .. dan cuba pelbagai cari utk selesaikan masalah tu kan.. Apa pun kita buat.. mmg akan rasa seronok ... bila sabar kan.. Itu laa anugerah yg Allah bagi.. :-)) sekian, terima kasih! heheheh ~motivasi utk diri sendiri ~

Saturday, November 6, 2010

Taring keluar!

Gigi Zulaikha tumbuh agak cepat jugak.. Masa tu umur dia dalam 5bulan.. Gigi bawah dia.. 2 batang jer.. Comel je gigi budak kecik ni.... Baru ni dia kan asyik menggigit je.. Mula² ninie jadi mangsa dia.. pastu cikgu dia pulak.. Hidung ngan pipi mmg dia suka sgt gigit.. walaupun 2 batang je gigi dia.. tp sakit jugak kena gigit ngan dia ni..

Baru² ada ninie ada laa dgr x dgr je cikgu dia ckp.. gigi atas dia tumbuh taring.. buat x tahu je.. cikgu ckp psl apa.. heheh rupanya.. mmg betul.. ada sekali tu.. dia suka sgt sampai nampak gusi atas.. putih dah tumbuh kat gusi.. tp yg peliknya.. bukan gigi depan.. gigi taring.. nmpk dah kat bhgn taring tu.. putih².. tanda gigi nak keluar... mmm x penah lagik tgk bb yg tumbuh gigi taring dulu.. patutnya gigi depan laa dulu...

mcm mana laa keadaan gigi dia nanti.. ninie  rasa bimbang jugak.. takut gigi tumbuh x teratur.. x comei laa ada ibu nanti.. ahahaha..

Wednesday, November 3, 2010

dinasour gemuk kaler ungu

Kartun paling digemari Zulaikha.. Barney! apa laa suka sgt ngan dinosour gemuk kaler ungu ni.. Kartun ni ada time cuti ujung minggu. Senang ibu nak buat keje pepg.. Dia duk ngadap Barney tu menyanyi.. kalau Barney x  nyanyi.. dia g tempat lain plak.. bila nyanyi, dia dtg semula.
video
i love you
you love me
were a happy family
with a great big hug
and a kiss from me 2 you
wont you say you love me 2
i love you
you love me
we're best friends like friends should be with a great big hug and
a kiss from me 2 you
wont you say you love me 2

Kusyuk betul mengadap.. 
siap pegang remote.. sbb takut ibu ambik tukar channel lain..

Tuesday, November 2, 2010

Explore rumah...

anak ibu ni nak g mana? senyum je dia bila ibu panggil...
eh! saper laa kat dalam cermin tu? oooo saya laa..
mmm.... naper saya ada dalam tu plak.. mmm bosan laa..
tinggi laa laci ni.. nak bukak x sampai lagik...
ni sedap.. mesin jait ibu.. ibu ni bli je mesin jait.. x jait pun baju saya.. baik sy gigit je wire ni... mmm sedap jugak..
oooo ibu ngan bapak solat kat bilik ni... 
pas bbrp minit.. dtg semula.. sbb tahu bapak dia masuk bilik tu.. puas tarik suruh dia keluar.. sibuk nak kacau bapak dia solat..
ibu x bg masuk...
ni kat bilik lain plak.. sibuk nak tekan keyboard kat pc.. tp x sampai..
boring laa.. x tahu nak g mana...
g dapur plak laa.. x sampai ke dapur.. dah patah balik.. teringat bapak dia ada dlm bilik tuh..
akhirnya.. yeyeyey jumpa bapak dia semula.. terus suh bapak dukung... sampai nangis²..
laga kepala tu.. maknanya nak cium pipi bapak dia laa tuh.. sayang bapak...

linkwithin

Related Posts with Thumbnails