Pages

Thursday, December 24, 2009

Usaha & Kejayaan

ninie nak kongsi pengalaman pregnant. actually ninie tulis ni utk testimoni laman web yg ninie bli biodex. lama dah... sebelum ada blog ni lg. mana tahu ada kawan² yg ada masalah yg sama mcm ninie. bolehla cuba.. jom baca.. hehehe

Ninie dah berkawen lebih kurang 4 tahun lebih. Memandangkan ninie duduk jauh² masa tu (suami duduk di Kuantan, ninie di KL) susah sikitlaa nak mengharap dapat baby. Jumpe jarang² sekali. Jun 2006 ninie dapat bertukar ke Kuantan, Alhamdulillah lepas bbrp bulan ninie pregnant. masa tu bulan november 2006. tapi rezki ninie x lama, Jan 2007 ninie gugur. kandungan masa tu 4 bulan setengah. Sepanjang mengandung, ninie x ada masalah apa², cuma setiap kali doktor scan kandungan, baby x pernah nampak. kantung baby je ada. kantung baby membesar mcm biasa, cuma baby x penah nampak. doktor hairan juga, dia mintak ninie rujuk pakar, bila g jumpe pakar, pakar pun kata benda yg sama, baby ninie x ada, cuma kantung baby je ada.pakar suruh ninie admit untuk D&C. tapi ninie rasa bb ninie ada lg.. ninie x admit pun kat HTAA. sbb tengah sedih masa tu. lepas lebih kurg 3hari, ninie mula turun darah, hari ke3 lepas tu, ninie rasa sakit yg amat sgt, x sempat g hsptl, ninie dah gugur kat rumah, ninie tgk baby ninie masa tu, lebih kurg besar tapak tgn, ada mata, tgn, tapi x membentuk sempurna lagi. ninie rasa frust sgt masa tu, tapi tetap redha, Allah blum bg ninie rezki. ninie kena D&C masa tuh.. Mcm² perkara berlaku masa ni. sebb sebenar keguguran.. dua² ada.. sains ada.. mistik pun ada.. yg mistik.. rahsia.. huhuhu


Lepas setahun dah gugur, ninie rujuk semula pakar (kuantan specialist Hospital). Mula² doktr suruh mkn clomid(ubat subur). lepas tu buat ujian darah untuk tgk samada hormon ok ke x. alhamdulillah normal. dktor suruh continue makan clomid selama 3bln. Lepas 3 bln x pregnant juga, dktr suruh buat x-tray, nak tgk samada salur peranakan tersumbat ke x. x-tray ni mmg sakit sgt². Bukan mcm x-tray biasa. dktr kena masuk kan alat ikut jln bwh, mcm kita buat PAP Smear. lepas tu dia akan msk kan ubat, ubat tu akan jalan ikut salur peranakan. n dktr akan cepat² ambik x-tray. mmg sakit. menangis ninie masa dia x-tray ni. x tahan sakit. tapi disebabkan azam kuat, nak zuriat, ninie buat juga. result x-tray tu pun sama, normal, salur x tersumbat pun. lepas tu, dktr minta zex plak buat ujian air mani, dia pun sama, normal je sperm dia. ninie bersyukur sbb dua² normal jer. maknanya ninie ada potensi dan pregnant semula. mungkin cuma blum rezki.

ninie still continue ambik clomid atas nasihat dktr. tapi dalam masa yg sama ninie g jumpa bidan, buat urutan tradisional. 2 bidan dah jumpe, tp masih belum rezki. ninie surf internet, jumpelaa laman web kak ekin ni (www.kedai2ekin.com), mula² ninie makan bidadari, tapi x ada perubahan apa². tapi x laa kecewa. setiap org, masalah dan cara penyembuhan berbeza. yang penting usaha. lepas tu try biodex plak. atas nasihat kak ekin, ninie ikut aturan yg diberi. Ninie sebenarnya makan sebln jer, lepas tu period, tapi period 2 hari jer. lepas habis period ninie continue, tapi kekdg lupa.. hehehe tapi alhamdulillah, rezki, bln berikutnya lewat period, buat urine test, postive. bersyukur pada Allah S.W.T. Zex laa org yg paling happy. belum apa² dia dah heboh kat semua kaum keluarga.. hehehe

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails