Pages

Thursday, December 3, 2009

Batuk

sekrg ni musim hujan kat kuantan ni. agaknya dah masuk musim tengkujuh. ninie dah 4 minggu batuk x hilang² ni. sekrg ni malam² x leh tido sbb batuk teruk sgt. badan rasa panas. hubby selalu marah sbb tido x pakai selimut. masalahnya badan rasa panas sgt. nak kata demam x jugak. panas dalam laa kot. pagi ni bangun tido tetiba batuk ngan kuat. terkucil.. habis basah. sib baik sempat lari dari katil. tu laa sekrg ni batuk teruk je terkucil. semlm kebetulan g tunas manja kat jalan beserah dah beli panty liner jenis "poise" untuk org weak bladder. hari ni try pakai. alhamdulillah menyerap lembapan dan x berbau. yakin sikit bila nak solat tu. buang je bila nak g solat. pakai yg lain.

hari ni kena minum air gula dah. pepagi dah g kat kaunter bersepadu HTAA ni. bukan x biasa ambik darah.. tp tiap kali ambik darah rasa seram aje. awal² dah bg staff nurse tu tgn blah kiri, sbb sejarahnya kalau bg tgn kanan x penahnya dpt ambik darah. dah siap ambik darah kali pertama terus g O & G klinik. minum air gula. rasa nak muntah balik je minum air tu. manis teramat sgt!. lepas minum kena tunggu 2jam plak. dah laa perut lapar.. pening plak rasa kepala.

balik ofis semula nak berehat kejap. dpt call dari abah. dia ada kat klinik day care. x tahu kenapa dokter tahan dia kat wad day care. so ninie g cari. rupanya abah nak kena tembak laser kat batu karang dia. tapi x stay kat wad la. lepas buat tu bleh balik. nasib baik adik ninie ada ikut sekali. bleh laa teman abah g kat urology. ninie nak g jln sana mmg x larat la. jauh sgt.

lepas 2 jam g ambik darah semula. sembang² ngan staff nurse tu, rupanya dia pun dulu placenta previa stage 2. kedudukan uri x berubah. mmg kena operate laa. ni yg buat ninie seram. tapi ninie masih berdoa harap² ninie dapat juga bersalin normal.. insyaAllah..

g wad day care. kena dtg esok plak, sbb nak hantar result ke lab dulu. mintak² result ok. x ada diabetes.. Amin..

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails