Pages

Monday, December 14, 2009

32weeks@8 Bulan

pejam celik pejam celik.. minggu ni dah 8 bulan ninie pregnant. mcm dah dekat sgt nak bersalin ni. rasa x sabar betul.. bukan apa.. byk betul dugaan di saat² akhir ni. 2 minggu lepas famili ninie ada buat akikah utk 7 org anak saudara. sembelih sekor lembu. gayanya mcm kenduri kaahwin plak. tapi mmg meriah laa. mkn pun sodaappp... hahaha. masa ni ramai laa sedara mara datang. Bila dah ramai² berkumpul mmg ramai laa bertanya khabar ibu mengandung ni. ninie ceritala pasal masalah ninie yg uri ke bawah.. baby songsang dan air mcm turun aje. ramai laa yg citer pengalaman masing². banyak nasihat ninie dapat. Ada sorg mak sedara ninie ni duk kat Perlis, dia ckp husband dia selalu gak org dtg mintak air & minyak utk baby yg songsang & uri ke bawah. Ninie pun rasa happy laa.. kena cuba ni..

Malam tu husbnd dia dtg umah ninie, ninie kena sediakan minyak zaitun + air. Dia jampi² laa mcm biasa. Ninie ikut aje nasihat dia.. dia suh minum air tu dan minyak tu sapu kat perut. Yang peting usaha kan.. doa .. tawakkal.. insyaAllah..

Ninie plak ada dapat penyakit baru.. batuk. rasanya dah dekat sebulan lebih. mula² batuk biasa aje. ni dah sampai ilang suara. minggu lepas je 4hari ninie x g keje. Sebabnya batuk teruk sampai x leh nak berckp. memlm x sah ckp laa.. mmg x leh tido. minggu lepas tu jugak laa ninie g jumpe dokter khaled semula (sebelum ilang suara...). ninie jumpe dokter sbb risau air turun.. x la byk.. tapi tetiap hari ada. Dokter khaled cek dia ckp air tu bukan air ketuban, cuma air dari vagina sebb ninie teruk sgt batuk. Dokter bg ninie ubat batuk kali ni. cuma dia pesan minum waktu mlm.. tu pun jika perlu sgt. ubat batuk ni x elok utk bb. tapi sbb dah teruk sgt... terpaksa laa..

Tapi apa yg paling ninie happy walaupun batuk teruk.. Kedudukan baby dah x songsang lagi.. dan uri pun dah naik atas semula. Syukur pada Allah.. semua ni DIA da tentukan.. yg peting.. kita usaha kan.. tapi ninie masih berdoa setiap hari semoga ninie dapat lahir baby ni normal.. sihat dan sempurna. Amin..

Cerita pasal batuk ni plak.. mmg sekse sgt.. Memalam nak tido susah sgt.. asyik batuk aje. Abah ninie siap bagi baldi kecik. kot² memlm ninie batuk nak buang kahak. mmg wajib laa bangun tetiap mlm buang kahak... x lena langsung tido. Ninie puji hubby ninie.. ninie batuk ni dia laa duk berjaga mlm.. dgr je ninie batuk terus bangun.. g ambik air suam bg ninie minum.. urut belakang nak suh legakan batuk.. terima kasih sgt kat suami tercinta.. sgt memahami..

Mak ngan abah plak siap g kedai mohd shariff beli akar kayu. suh rendam.. memlm minum. ninie minum je.. walaupun masih x ada perubahan sgt batuk ni.. Mak & abah beli biji selasih jugak.. semua yg seangkatanlaa. nak suruh sejukkkan badan. punyalaa diaorg concern. Bahagianya rasa semua org ambik berat.. Mak mcm² bg ninie minum.. siap suap lg minum madu + limau nipis.. tapi tu laa.. mak ckp mungkin ni alahan mengandung.. Ninie kena sabar sampai bersalin nanti..

Mengandung ni mmg macam² dugaan.. tapi mungkin ada hikmah disebaliknya.. mungkin masa ni susah.. akan dtg senang.. tapi tu la.. kesabaran tu mmg penting.. kalau sakit mana pun tapi kita sabar.. x laa rasa mcm bebanan.. Ninie tetap enjoy + rasa bahagia sepanjang mengandung ni.. :-))


No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails