Pages

Thursday, December 24, 2009

Usaha & Kejayaan

ninie nak kongsi pengalaman pregnant. actually ninie tulis ni utk testimoni laman web yg ninie bli biodex. lama dah... sebelum ada blog ni lg. mana tahu ada kawan² yg ada masalah yg sama mcm ninie. bolehla cuba.. jom baca.. hehehe

Ninie dah berkawen lebih kurang 4 tahun lebih. Memandangkan ninie duduk jauh² masa tu (suami duduk di Kuantan, ninie di KL) susah sikitlaa nak mengharap dapat baby. Jumpe jarang² sekali. Jun 2006 ninie dapat bertukar ke Kuantan, Alhamdulillah lepas bbrp bulan ninie pregnant. masa tu bulan november 2006. tapi rezki ninie x lama, Jan 2007 ninie gugur. kandungan masa tu 4 bulan setengah. Sepanjang mengandung, ninie x ada masalah apa², cuma setiap kali doktor scan kandungan, baby x pernah nampak. kantung baby je ada. kantung baby membesar mcm biasa, cuma baby x penah nampak. doktor hairan juga, dia mintak ninie rujuk pakar, bila g jumpe pakar, pakar pun kata benda yg sama, baby ninie x ada, cuma kantung baby je ada.pakar suruh ninie admit untuk D&C. tapi ninie rasa bb ninie ada lg.. ninie x admit pun kat HTAA. sbb tengah sedih masa tu. lepas lebih kurg 3hari, ninie mula turun darah, hari ke3 lepas tu, ninie rasa sakit yg amat sgt, x sempat g hsptl, ninie dah gugur kat rumah, ninie tgk baby ninie masa tu, lebih kurg besar tapak tgn, ada mata, tgn, tapi x membentuk sempurna lagi. ninie rasa frust sgt masa tu, tapi tetap redha, Allah blum bg ninie rezki. ninie kena D&C masa tuh.. Mcm² perkara berlaku masa ni. sebb sebenar keguguran.. dua² ada.. sains ada.. mistik pun ada.. yg mistik.. rahsia.. huhuhu


Lepas setahun dah gugur, ninie rujuk semula pakar (kuantan specialist Hospital). Mula² doktr suruh mkn clomid(ubat subur). lepas tu buat ujian darah untuk tgk samada hormon ok ke x. alhamdulillah normal. dktor suruh continue makan clomid selama 3bln. Lepas 3 bln x pregnant juga, dktr suruh buat x-tray, nak tgk samada salur peranakan tersumbat ke x. x-tray ni mmg sakit sgt². Bukan mcm x-tray biasa. dktr kena masuk kan alat ikut jln bwh, mcm kita buat PAP Smear. lepas tu dia akan msk kan ubat, ubat tu akan jalan ikut salur peranakan. n dktr akan cepat² ambik x-tray. mmg sakit. menangis ninie masa dia x-tray ni. x tahan sakit. tapi disebabkan azam kuat, nak zuriat, ninie buat juga. result x-tray tu pun sama, normal, salur x tersumbat pun. lepas tu, dktr minta zex plak buat ujian air mani, dia pun sama, normal je sperm dia. ninie bersyukur sbb dua² normal jer. maknanya ninie ada potensi dan pregnant semula. mungkin cuma blum rezki.

ninie still continue ambik clomid atas nasihat dktr. tapi dalam masa yg sama ninie g jumpa bidan, buat urutan tradisional. 2 bidan dah jumpe, tp masih belum rezki. ninie surf internet, jumpelaa laman web kak ekin ni (www.kedai2ekin.com), mula² ninie makan bidadari, tapi x ada perubahan apa². tapi x laa kecewa. setiap org, masalah dan cara penyembuhan berbeza. yang penting usaha. lepas tu try biodex plak. atas nasihat kak ekin, ninie ikut aturan yg diberi. Ninie sebenarnya makan sebln jer, lepas tu period, tapi period 2 hari jer. lepas habis period ninie continue, tapi kekdg lupa.. hehehe tapi alhamdulillah, rezki, bln berikutnya lewat period, buat urine test, postive. bersyukur pada Allah S.W.T. Zex laa org yg paling happy. belum apa² dia dah heboh kat semua kaum keluarga.. hehehe

Rezki anak

semlm dah g jumpe doc khaled. everthing is fine. lega rasa. menghitung hari aje laa ni. baby ni plak makin mcm x sabar je nak keluar. duk tendang² perut ibu yer.. x per ibu suka.. hehehe ibu dah ada teman baru.. x kawan ngan bapak laa pas ni. kawan ngan anak ibu je la..

bulan ni mmg best. minggu lepas keje 4hari jer. minggu ni pun sama. keje sampai khamis je. cuti crismas jumaat ni. hari ni cadang nak tido kat umah baru. saja nak test. nanti lepas pantang pun mmg nak pindah umah baru. ninie kan dah kawen 5 tahun. penah pregnant sekali. tahun 2007. tapi keguguran masa kandungan usia 4 bulan lebih. tulaa org ckp.. blum ada rezki. tapi Allah tu Maha Kaya. yg penting kita usaha nak dapatkan anak. Alhamdulillah pregnant ninie tahun ni. tapi tulaa org ckp, rezki anak.. ninie pun mmg x sangka pregnant tahun ni. mula² dapat naik pangkat ke HTAA. baru je duk sebulan kat sini, pregnant pulak.. Allah je tahu betapa seronoknya... dapat naik pangkat pas tu dapat plak baby. insyaAllah...

betul jugak ckp kwn ninie, si yati ni, " anak kak ninie ni demand.. dia nak make sure ibu ngan bapak dia dah sediakan semua utk dia, kerete.. umah.. etc." heheh.. x per rezki anak..

Tuesday, December 22, 2009

cucuk ATT

hari ni jumpe dokter kat HTAA. saje g lambat. ingatkan ramai org.. sbb selalunya ambik no awal pun jumpe dokter kul5. tadi ni x ada org sgt pun. ambik je no terus jumpe dokter. dokter scan bb. alhamdulilah normal semuanya.. x songsang.uri pun duk atas. berat bb pun dah 2kg lebih.

Dokter suruh cucuk ATT. ninie pun x tahu apa benda tu. lepas tu jumpe staff nurse. masa seblum cucuk dia pun ckp laa ATT ni utk kancing gigi. nak cegah kancing gigi bagi ibu² masa bersalin nanti. ikut aje laa yg mana baik.. heheh tgk jarum seram jugak. padahal bukan sakit sgt pun..

kena jumpe dokter semula 5 jan 2010. tapi esok ni ninie kena jumpe doc khaled kat KSH. heheh.. padahal doc dah pesan kalau boleh selangkan seminggu ngan doc HTAA. dah tersama.. nak wat mcm mana.. heheheh

Wednesday, December 16, 2009

Morning sickness

Harini mmg rasa x larat sungguh.. pepg hari bangun tido, g je bilik air nak mandi, muntah² lagik.. x tahu laa naper. nak kata angin sbb lapar x mkn, semlm.. mkn ikut time ajer.. dah laa batuk x ilang jugak lg. cuma dah kurang sikit.

sampai ofis tepat² kul8. sampai je terus g tandas lagik.. muntah.. sekse nak memuntahkan diri ni.. g sarapan pagi dulu sbbnya kul9 ada meeting pengurusan plak. dah g kantin, x tahu plak nak mkn apa. last² mkn kuih je 3ketul. x ada selera sungguh nak mkn pagi nih..

masa meeting rasa semcm aje. batuk + selsema. last² x tahan.. g tandas.. muntah lagik.. aduh letih satu badan rasanya.. ni dah petang hari perut rasa sakit jer.. anak ibu ni asyik menendang ibu je yer.. sian kat ibu.. tp ibu redha.. janji anak ibu sihat..

Monday, December 14, 2009

Result MOGTT

lupa nak citer kisah result MOGTT. mmg happy sgt sbb result lepas minum air gula 6.3 ajer. maknanya ninie x ada diabetes.. Lega rasa. Bersyukur sgt. Tapi ninie tetap jaga makan.. demi baby yg sgt berharga ni.. :-))

32weeks@8 Bulan

pejam celik pejam celik.. minggu ni dah 8 bulan ninie pregnant. mcm dah dekat sgt nak bersalin ni. rasa x sabar betul.. bukan apa.. byk betul dugaan di saat² akhir ni. 2 minggu lepas famili ninie ada buat akikah utk 7 org anak saudara. sembelih sekor lembu. gayanya mcm kenduri kaahwin plak. tapi mmg meriah laa. mkn pun sodaappp... hahaha. masa ni ramai laa sedara mara datang. Bila dah ramai² berkumpul mmg ramai laa bertanya khabar ibu mengandung ni. ninie ceritala pasal masalah ninie yg uri ke bawah.. baby songsang dan air mcm turun aje. ramai laa yg citer pengalaman masing². banyak nasihat ninie dapat. Ada sorg mak sedara ninie ni duk kat Perlis, dia ckp husband dia selalu gak org dtg mintak air & minyak utk baby yg songsang & uri ke bawah. Ninie pun rasa happy laa.. kena cuba ni..

Malam tu husbnd dia dtg umah ninie, ninie kena sediakan minyak zaitun + air. Dia jampi² laa mcm biasa. Ninie ikut aje nasihat dia.. dia suh minum air tu dan minyak tu sapu kat perut. Yang peting usaha kan.. doa .. tawakkal.. insyaAllah..

Ninie plak ada dapat penyakit baru.. batuk. rasanya dah dekat sebulan lebih. mula² batuk biasa aje. ni dah sampai ilang suara. minggu lepas je 4hari ninie x g keje. Sebabnya batuk teruk sampai x leh nak berckp. memlm x sah ckp laa.. mmg x leh tido. minggu lepas tu jugak laa ninie g jumpe dokter khaled semula (sebelum ilang suara...). ninie jumpe dokter sbb risau air turun.. x la byk.. tapi tetiap hari ada. Dokter khaled cek dia ckp air tu bukan air ketuban, cuma air dari vagina sebb ninie teruk sgt batuk. Dokter bg ninie ubat batuk kali ni. cuma dia pesan minum waktu mlm.. tu pun jika perlu sgt. ubat batuk ni x elok utk bb. tapi sbb dah teruk sgt... terpaksa laa..

Tapi apa yg paling ninie happy walaupun batuk teruk.. Kedudukan baby dah x songsang lagi.. dan uri pun dah naik atas semula. Syukur pada Allah.. semua ni DIA da tentukan.. yg peting.. kita usaha kan.. tapi ninie masih berdoa setiap hari semoga ninie dapat lahir baby ni normal.. sihat dan sempurna. Amin..

Cerita pasal batuk ni plak.. mmg sekse sgt.. Memalam nak tido susah sgt.. asyik batuk aje. Abah ninie siap bagi baldi kecik. kot² memlm ninie batuk nak buang kahak. mmg wajib laa bangun tetiap mlm buang kahak... x lena langsung tido. Ninie puji hubby ninie.. ninie batuk ni dia laa duk berjaga mlm.. dgr je ninie batuk terus bangun.. g ambik air suam bg ninie minum.. urut belakang nak suh legakan batuk.. terima kasih sgt kat suami tercinta.. sgt memahami..

Mak ngan abah plak siap g kedai mohd shariff beli akar kayu. suh rendam.. memlm minum. ninie minum je.. walaupun masih x ada perubahan sgt batuk ni.. Mak & abah beli biji selasih jugak.. semua yg seangkatanlaa. nak suruh sejukkkan badan. punyalaa diaorg concern. Bahagianya rasa semua org ambik berat.. Mak mcm² bg ninie minum.. siap suap lg minum madu + limau nipis.. tapi tu laa.. mak ckp mungkin ni alahan mengandung.. Ninie kena sabar sampai bersalin nanti..

Mengandung ni mmg macam² dugaan.. tapi mungkin ada hikmah disebaliknya.. mungkin masa ni susah.. akan dtg senang.. tapi tu la.. kesabaran tu mmg penting.. kalau sakit mana pun tapi kita sabar.. x laa rasa mcm bebanan.. Ninie tetap enjoy + rasa bahagia sepanjang mengandung ni.. :-))


Thursday, December 3, 2009

Batuk

sekrg ni musim hujan kat kuantan ni. agaknya dah masuk musim tengkujuh. ninie dah 4 minggu batuk x hilang² ni. sekrg ni malam² x leh tido sbb batuk teruk sgt. badan rasa panas. hubby selalu marah sbb tido x pakai selimut. masalahnya badan rasa panas sgt. nak kata demam x jugak. panas dalam laa kot. pagi ni bangun tido tetiba batuk ngan kuat. terkucil.. habis basah. sib baik sempat lari dari katil. tu laa sekrg ni batuk teruk je terkucil. semlm kebetulan g tunas manja kat jalan beserah dah beli panty liner jenis "poise" untuk org weak bladder. hari ni try pakai. alhamdulillah menyerap lembapan dan x berbau. yakin sikit bila nak solat tu. buang je bila nak g solat. pakai yg lain.

hari ni kena minum air gula dah. pepagi dah g kat kaunter bersepadu HTAA ni. bukan x biasa ambik darah.. tp tiap kali ambik darah rasa seram aje. awal² dah bg staff nurse tu tgn blah kiri, sbb sejarahnya kalau bg tgn kanan x penahnya dpt ambik darah. dah siap ambik darah kali pertama terus g O & G klinik. minum air gula. rasa nak muntah balik je minum air tu. manis teramat sgt!. lepas minum kena tunggu 2jam plak. dah laa perut lapar.. pening plak rasa kepala.

balik ofis semula nak berehat kejap. dpt call dari abah. dia ada kat klinik day care. x tahu kenapa dokter tahan dia kat wad day care. so ninie g cari. rupanya abah nak kena tembak laser kat batu karang dia. tapi x stay kat wad la. lepas buat tu bleh balik. nasib baik adik ninie ada ikut sekali. bleh laa teman abah g kat urology. ninie nak g jln sana mmg x larat la. jauh sgt.

lepas 2 jam g ambik darah semula. sembang² ngan staff nurse tu, rupanya dia pun dulu placenta previa stage 2. kedudukan uri x berubah. mmg kena operate laa. ni yg buat ninie seram. tapi ninie masih berdoa harap² ninie dapat juga bersalin normal.. insyaAllah..

g wad day care. kena dtg esok plak, sbb nak hantar result ke lab dulu. mintak² result ok. x ada diabetes.. Amin..

linkwithin

Related Posts with Thumbnails