Pages

Thursday, November 26, 2009

Uri ke bawah

Minggu ni dah minggu ke-29. Makin kuat rasa baby gerak dalam perut ni. siap nmpk perut gerak². kekdg rasa sakit jugak sbb dia gerak kuat sgt. yg paling x tahan.. dia tendang² sampai rasa nak terkencing.. mmg x tahan..

Semlm g jumpa doc khaled. kebetulan mmg batuk & selsema dah 3minggu, x baik² lagi. Hubby pun dah demam. jangkit kot. Kali ni cek up, baby still sonsang lg. Kepala kat atas.. kaki ke bawah. Tapi uri still kat bawah. Actually dari 5bulan lagi doc cek mmg uri ke bawah. mula² x faham & ignore je doc ckp, tapi lepas dah 6bulan, doc pesan jgn jln jauh... bersama suami kena kurangkan. rasa pelik jugakkan. dalam buku doc tulis "low laying placenta". lagi x faham.. doc ckp jln jauh, angkat berat tu semua bahaya.. takut bleeding. lagi x faham.. ninie pun memulakan pencarian di internet. jumpa laa forum dah artikel pasal ni. rupanya low laying placenta atau uri ke bawah ni maksud dia, normalnya, uri kita kedudukan di atas, tapi yg x normal mcm ninie ni, uri duduk ke bawah, dekat dengan pintu rahim. uri ke bawah ni kalau 28 minggu ke bawah x bimbang. yang dibimbangkan bila kandungan dan 29 minggu ke atas ( dipangil placenta previa) . bimbang kalau dia tutup pintu rahim. so mmg kena bersalin secara operation. sbb tu dlm keadaan ni kita kena jaga² jgn sampai bleeding. ada kes yg kena duduk hospital sampai bersalin. semlm doc ckp, uri dah naik ke atas skit. alhamdulillah laa.. tapi baby je songsang lagik. hopefully dia normal balik & boleh bersalin normal... untuk rujukan semua boleh tgk laman web ni..

http://hspben.moh.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=112&Itemid=25

Ninie ngadu jugak ngan doc, sekrg ni makin susah nak buang air besar. sembelit. kekadang seminggu sekali je. sekse sgt. doc suruh tukar ubat. maybe x sesuai. ubat yg doc kerajaan bagi warna coklat tu. kekdg bleh jadi sembelit. so dia bg ubat jenis lain. mulanya ingatkan x yah makan dah ubah tu. tapi doc advise suh makan. sbbnya HB rendah. HB tu apa ek? HB tu hemoglobin. tahap kecairan darah.. mcm tu laa yg ninie faham. dia x leh bawah 11.6. Ninie buat test, ninie cuma 10.1 mcm tu laa.. so rendah kena ambik laa.. sbb bleh jadi anemia masa bersalin kalau x ambik ubat tuh. ikut je laa nasihat doc.

untuk selsema & batuk, doc bg antibiotik je. ubat x boleh. doc ckp, x elok utk baby... ninie kena byk minum air masak.. itu yg selalu lupa. hehehehe. makin x sabar nak tunggu tahun depan ni. baby plak aktif dalam perut ni. kekdg malam pun x leh tido. dia asyik gerak aje. main kot.. seronoknya ibu nak tunggu anak ibu ni.. :-))

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails