Pages

Monday, November 16, 2009

Terkena Letrik

Hari ni ninie dah 7bulan / 28minggu. rasa makin berdebar. malam semalam masa masak nasi tetiba terkena renjatan letrik. tgn basah. periuk tu dah rosak agaknya. umah gelap kejap. trip. hubby punyalaa risau. ninie pun rasa terkejut jugak la. kebas rasa tangan. yg paling risau baby dalam perut ni. tetiba dia diam jer. agaknya dia pun terkejut sama. pening jugak rasa kepala...

Masa baring tu ninie doa byk². jangan laa jadi apa² yg x diingini. Allah je tahu masa tu kebimbangan di hati. muka hubby x tahu nak ckp laa.. risau teramat. Masa nak tido ninie ckp ngan baby.. gerak² laa.. ibu nak tahu anak ibu sihat. Baby mcm tahu je kita ckp ngan dia..(Kuasa Allah).. dia terus je gerak². Pagi ni pun ckp lg ngan dia.. gerak² aktif. ibu nak anak ibu sihat. Baby terus je gerak². rasa kaki dia menendang².. :-)) hilang skit rasa bimbang.

Lately selsema. x hilang². mula laa susah nak tido. hidung tersumbat. mcm² gaya dah tido. alas bantal la.. tido melentang mengereng.. seme dah try.. last² tertido sendiri jer. Pagi ni je rasa makin sesak nafas.. mcm lelah.. Ya Allah sihatkanlaa tubuh badanku.. Amin..

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails