Pages

Wednesday, November 11, 2009

Anatomi Payudara & Fisiologi PSI

hari ni di HTAA ada kursus Penyusuan Susu Ibu(PSI). kebetulan ada, ninie attend. nak tambahkan ilmu. mungkin topik ni bleh share dengan org lain juga. sumber maklumat ni disediakan oleh Dr.Roziah Husin (peg. perubatam O & G).
Fakta:
  • Penyusuan yg berjaya memerlukan:
-Payudara yg menghasilkan cukup susu -Bayi yg menghisap dengan berkesan -Teknik yg betul menentukan kejayaan
  • Pelbagai bentuk dan saiz payudara boleh menghasilkan cukup susu
  • Perlu faham bagaimana susu secara anatomi & fisiologi
ANATOMY : modified sweat gland. made up by 15-20 lobes, separted by connective tissue septa.
  • Nipple
  • Pigmented areola
  • Montogomery (Sebaceous gland)
  • Alveoli
  • Main duct (15-20 ducts)
  • Lactiferous Ducts
  • Lactfiferous sinus (Ampulia)
  • Retinacula cutis (ligment of Cooper)
  • Fat
FISIOLOGI :

PROLAKTIN
  • Dirembes oleh post. pituitary
  • Bila bayi menyusu, saraf terangsang-impuls otak-pituitari-oksitosin dlm darah-payudara bertindak pada otot.
  • Proses dipanggil refleks oksitosin
REFLEKS OKSITOSIN:
Tanda dan rasa refleks oksitosin yang aktif:
  • Rasa picitan di payudara sejurus atau semasa menyusu
  • susu mengalir bila terdengar bayi menangis/fikir
  • susu menitik keluar dari payudara sebelah bila sedang menyusu
  • susu terus mengalir w'pun bayi berhenti menyusu
  • dalam seminggu pertama terasa kecutan rahim
  • bayi menyusu dengan tenang dan dengar ia menelan
KAWALAN PENGHASILAN SUSU DAN PENGELUARAN SUSU
  • penghisapan bayi
  • perkara yg mempengaruhi refleks prolaktin dan oksitosin
  • susu dikeluarkan (bahan penghalang)
  • untuk menentukan aliran susu baik dan bekalan mencukupi-bayi mesti menyusu kerap & cara yg betul.
REFLEKS PENGHISAPAN
  • refleks Rooting
  • refleks Menghisap
  • refleks Menelan
TANDA PENGHISAPAN YG BAIK
  • Mulut buka luas
  • Dagu mencecah payudara
  • Bibir melengkup keluar
  • Nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan
  • Dengar menelan
PELEKAPAN YG SALAH
  • Dagu jauh
  • Tidak byk areola(bhgn gelap) masuk
  • Hisapan cepat dan cetek
  • Puting kelihatan leper atau kemek selepas menyusu
  • Ibu rasa sakit
  • Payudara bengkak
PROSES HISAPAN
  • Puting dibentuk-areola dalam mulut ditarik untuk membentuk puting(3x)
  • Areola ditekan dengan lidah ke lelangit - otot lidah membuat alunan `peristalsis' dan susu dikeluar dari sinus laktiferus ke dalam mulut
  • Bila mulut dipenuhi susu, bayi akan menelan
SEBAB_SEBAB MENGAPA BAYI SALAH MELEKAP
  1. Penggunaan puting tiruan/susu botol (sebelum penyusuan susu ibu dimulakan/tambahan)
  2. Tiada pengalaman (tiada org yg membantu). kurang sokongan mahir. (Tidak faham cara menyusu dengan betul. ikut cara susu botol)
  3. Bayi bermasalah. (Bayi kecil, lemah, pramasa, medicated- refleks hisap lemah, kordinasi hisap telah. Mulut kecil)
PENYUSUAN AKAN BERJAYA JIKA:
  • Ibu rasa tenang dan suka menyusu
  • Bayi melekap dengan betul dan menghisap dengan berkesan
  • Bayi dapat menghisap seberapa kerap yg dia mahu
  • Keadaan sekeliling menyokong penyusuan

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails