Pages

Thursday, November 26, 2009

Uri ke bawah

Minggu ni dah minggu ke-29. Makin kuat rasa baby gerak dalam perut ni. siap nmpk perut gerak². kekdg rasa sakit jugak sbb dia gerak kuat sgt. yg paling x tahan.. dia tendang² sampai rasa nak terkencing.. mmg x tahan..

Semlm g jumpa doc khaled. kebetulan mmg batuk & selsema dah 3minggu, x baik² lagi. Hubby pun dah demam. jangkit kot. Kali ni cek up, baby still sonsang lg. Kepala kat atas.. kaki ke bawah. Tapi uri still kat bawah. Actually dari 5bulan lagi doc cek mmg uri ke bawah. mula² x faham & ignore je doc ckp, tapi lepas dah 6bulan, doc pesan jgn jln jauh... bersama suami kena kurangkan. rasa pelik jugakkan. dalam buku doc tulis "low laying placenta". lagi x faham.. doc ckp jln jauh, angkat berat tu semua bahaya.. takut bleeding. lagi x faham.. ninie pun memulakan pencarian di internet. jumpa laa forum dah artikel pasal ni. rupanya low laying placenta atau uri ke bawah ni maksud dia, normalnya, uri kita kedudukan di atas, tapi yg x normal mcm ninie ni, uri duduk ke bawah, dekat dengan pintu rahim. uri ke bawah ni kalau 28 minggu ke bawah x bimbang. yang dibimbangkan bila kandungan dan 29 minggu ke atas ( dipangil placenta previa) . bimbang kalau dia tutup pintu rahim. so mmg kena bersalin secara operation. sbb tu dlm keadaan ni kita kena jaga² jgn sampai bleeding. ada kes yg kena duduk hospital sampai bersalin. semlm doc ckp, uri dah naik ke atas skit. alhamdulillah laa.. tapi baby je songsang lagik. hopefully dia normal balik & boleh bersalin normal... untuk rujukan semua boleh tgk laman web ni..

http://hspben.moh.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=112&Itemid=25

Ninie ngadu jugak ngan doc, sekrg ni makin susah nak buang air besar. sembelit. kekadang seminggu sekali je. sekse sgt. doc suruh tukar ubat. maybe x sesuai. ubat yg doc kerajaan bagi warna coklat tu. kekdg bleh jadi sembelit. so dia bg ubat jenis lain. mulanya ingatkan x yah makan dah ubah tu. tapi doc advise suh makan. sbbnya HB rendah. HB tu apa ek? HB tu hemoglobin. tahap kecairan darah.. mcm tu laa yg ninie faham. dia x leh bawah 11.6. Ninie buat test, ninie cuma 10.1 mcm tu laa.. so rendah kena ambik laa.. sbb bleh jadi anemia masa bersalin kalau x ambik ubat tuh. ikut je laa nasihat doc.

untuk selsema & batuk, doc bg antibiotik je. ubat x boleh. doc ckp, x elok utk baby... ninie kena byk minum air masak.. itu yg selalu lupa. hehehehe. makin x sabar nak tunggu tahun depan ni. baby plak aktif dalam perut ni. kekdg malam pun x leh tido. dia asyik gerak aje. main kot.. seronoknya ibu nak tunggu anak ibu ni.. :-))

Monday, November 16, 2009

Terkena Letrik

Hari ni ninie dah 7bulan / 28minggu. rasa makin berdebar. malam semalam masa masak nasi tetiba terkena renjatan letrik. tgn basah. periuk tu dah rosak agaknya. umah gelap kejap. trip. hubby punyalaa risau. ninie pun rasa terkejut jugak la. kebas rasa tangan. yg paling risau baby dalam perut ni. tetiba dia diam jer. agaknya dia pun terkejut sama. pening jugak rasa kepala...

Masa baring tu ninie doa byk². jangan laa jadi apa² yg x diingini. Allah je tahu masa tu kebimbangan di hati. muka hubby x tahu nak ckp laa.. risau teramat. Masa nak tido ninie ckp ngan baby.. gerak² laa.. ibu nak tahu anak ibu sihat. Baby mcm tahu je kita ckp ngan dia..(Kuasa Allah).. dia terus je gerak². Pagi ni pun ckp lg ngan dia.. gerak² aktif. ibu nak anak ibu sihat. Baby terus je gerak². rasa kaki dia menendang².. :-)) hilang skit rasa bimbang.

Lately selsema. x hilang². mula laa susah nak tido. hidung tersumbat. mcm² gaya dah tido. alas bantal la.. tido melentang mengereng.. seme dah try.. last² tertido sendiri jer. Pagi ni je rasa makin sesak nafas.. mcm lelah.. Ya Allah sihatkanlaa tubuh badanku.. Amin..

Wednesday, November 11, 2009

Anatomi Payudara & Fisiologi PSI

hari ni di HTAA ada kursus Penyusuan Susu Ibu(PSI). kebetulan ada, ninie attend. nak tambahkan ilmu. mungkin topik ni bleh share dengan org lain juga. sumber maklumat ni disediakan oleh Dr.Roziah Husin (peg. perubatam O & G).
Fakta:
  • Penyusuan yg berjaya memerlukan:
-Payudara yg menghasilkan cukup susu -Bayi yg menghisap dengan berkesan -Teknik yg betul menentukan kejayaan
  • Pelbagai bentuk dan saiz payudara boleh menghasilkan cukup susu
  • Perlu faham bagaimana susu secara anatomi & fisiologi
ANATOMY : modified sweat gland. made up by 15-20 lobes, separted by connective tissue septa.
  • Nipple
  • Pigmented areola
  • Montogomery (Sebaceous gland)
  • Alveoli
  • Main duct (15-20 ducts)
  • Lactiferous Ducts
  • Lactfiferous sinus (Ampulia)
  • Retinacula cutis (ligment of Cooper)
  • Fat
FISIOLOGI :

PROLAKTIN
  • Dirembes oleh post. pituitary
  • Bila bayi menyusu, saraf terangsang-impuls otak-pituitari-oksitosin dlm darah-payudara bertindak pada otot.
  • Proses dipanggil refleks oksitosin
REFLEKS OKSITOSIN:
Tanda dan rasa refleks oksitosin yang aktif:
  • Rasa picitan di payudara sejurus atau semasa menyusu
  • susu mengalir bila terdengar bayi menangis/fikir
  • susu menitik keluar dari payudara sebelah bila sedang menyusu
  • susu terus mengalir w'pun bayi berhenti menyusu
  • dalam seminggu pertama terasa kecutan rahim
  • bayi menyusu dengan tenang dan dengar ia menelan
KAWALAN PENGHASILAN SUSU DAN PENGELUARAN SUSU
  • penghisapan bayi
  • perkara yg mempengaruhi refleks prolaktin dan oksitosin
  • susu dikeluarkan (bahan penghalang)
  • untuk menentukan aliran susu baik dan bekalan mencukupi-bayi mesti menyusu kerap & cara yg betul.
REFLEKS PENGHISAPAN
  • refleks Rooting
  • refleks Menghisap
  • refleks Menelan
TANDA PENGHISAPAN YG BAIK
  • Mulut buka luas
  • Dagu mencecah payudara
  • Bibir melengkup keluar
  • Nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan
  • Dengar menelan
PELEKAPAN YG SALAH
  • Dagu jauh
  • Tidak byk areola(bhgn gelap) masuk
  • Hisapan cepat dan cetek
  • Puting kelihatan leper atau kemek selepas menyusu
  • Ibu rasa sakit
  • Payudara bengkak
PROSES HISAPAN
  • Puting dibentuk-areola dalam mulut ditarik untuk membentuk puting(3x)
  • Areola ditekan dengan lidah ke lelangit - otot lidah membuat alunan `peristalsis' dan susu dikeluar dari sinus laktiferus ke dalam mulut
  • Bila mulut dipenuhi susu, bayi akan menelan
SEBAB_SEBAB MENGAPA BAYI SALAH MELEKAP
  1. Penggunaan puting tiruan/susu botol (sebelum penyusuan susu ibu dimulakan/tambahan)
  2. Tiada pengalaman (tiada org yg membantu). kurang sokongan mahir. (Tidak faham cara menyusu dengan betul. ikut cara susu botol)
  3. Bayi bermasalah. (Bayi kecil, lemah, pramasa, medicated- refleks hisap lemah, kordinasi hisap telah. Mulut kecil)
PENYUSUAN AKAN BERJAYA JIKA:
  • Ibu rasa tenang dan suka menyusu
  • Bayi melekap dengan betul dan menghisap dengan berkesan
  • Bayi dapat menghisap seberapa kerap yg dia mahu
  • Keadaan sekeliling menyokong penyusuan

Tuesday, November 10, 2009

Ujian MOGTT

baru pas jumpa dr. kat HTAA ni. punya la lama tunggu. tu pun hari ni mmg utk staf sahaja. hope sgt dpt dr. Sudesan tadi. tapi dpt dr ayu. okla. hari ni dr scan perut. dr ckp baby duduk songsang lagi. uri pun masih kat bawah lagi. tapi biasalaa kan. kekdg dah dekat nak bersalin baby akan pusing balik. harap² begitula. Amin..

2 minggu lagi dr suruh repeat buat MOGTT(ujian diabetes). sejarahnya masa first baby yg gugur tu mmg ninie ada diabetes. so bila pregnant yg ni, awal² dr dah suruh buat ujian. mayb ada yg nak tahu mcm mana ujian ni dibuat kan.. dr akan suruh kita puasa mlm sebelum kita buat ujian darah. berpuasa mula dari kul 12mlm. pepg pergi lab ambik darah. lepas tu kena minum air gula. air gula ni.. masyaAllah manis sgt². dah laa byk kena minum. segelas... bukan secawan.. masa minum mmg rasa mcm nak muntah blik. lepas dah minum kena tunggu 2jam. x boleh mkn apa² dlm tempoh 2jam ni. lepas tu kena g lab balik, ambik darah sekali lagi. so, darah seblum dah selepas minum gula tu akan di compare. masa kali pertama buat ujian, result ninie sebelum 4.7 & selepas minum air gula 7.6. kalau ikut skala kira tinggi juga la. maknanya ada diabetes la tu. kali ke-2 buat masa minggu ke-15. result dia, seblum minum air gula 4.7 & selepas 7.2. dr ckp normal. kalau ada diabetes mmg kena refer ke bahagian diet.

kalau ikutkan w'pun tinggi juga gula tu dr ckp masih normal. tapi ninie kena buat ujian sekali lagi masa mggu ke-28. kalau ada, mmg kena refer dietrition la. semua untuk baby. yg penting dia sihat. insyaAllah. setakat ni berat badan ninie naik normal je dr ckp. cuma kena jaga juga makan tu. risau kalau diabetes ada. bahaya bg org pregnant ada diabetes. salah satu sbbnya anak jadi besar. utk panduan baca url ni:

http://www.edaransalindah.com/menarik-diabetes%20semasa%20hamil.htm.

Monday, November 9, 2009

Baby Playpen

semlm hari cuti. ninie g jenjln ngan Taa(kwn). Hubby x ada. kursus la pulak cuti sabtu ahad. mula² g Anakku(kuantan parade), sbb hari jumaat dah servey baby playpen kat situ murah. ada 2 jenis. 1 jenis Anakku (RM240) satu lg jenama disney (RM250). ninie berkenan kat yg disney tu. so semlm seblum tu dah servey shop online. paling berkenan n di bawah paras bajet .jenama bumble bee (RM319). mmg nak sangat beli. hubby ckp kalau dia g kl dia g kat shop tu beli. x yah laa beli online. postage dah brp nak kena byr tuh. tetiba hubby ckp x jadi g kl sbb dia ada kursus. so buat keputusan beli je yg kat Anakku tu. second choice.terus g beli ngan jayanya.

lepas dah beli, ninie pergi twin baby kat jalan beserah. pergi sana nak beli barut + beg diaper + tilam playpen sbb situ byk pilihan. sampai je terus naik tingkat atas nak pilih tilam + comforter baby. ternampak pulak kat playpen yg display. rasa cam nak jerit je. yg ninie nak dlm internet tu ada jual kat situ. sebijik! harga pun sama. tensennye. apsal la x g twin baby dulu td. mggu lepas dah g twin baby tapi x ada pun lg. bila tanya... promoter tu ckp, ni new arrival.. mmm.. balik umah ngan hati yg sadiss.. pujuk hati.. byk beza tu RM70 beza dia. tapi kan siap dpt free tilam latex. ada sesaper x nak bli yg baby disney tu x agaknya?.. kalau ada, nak jual je rasa.. tp kalau x ada.. terpaksalaa pakai jugak yg baby disney tu.. :-((

Friday, November 6, 2009

Majalah Pa & Ma


masa kandungan dah 4bulan, kengkwn yg dah ada pengalaman suggest ninie baca majalah Pa & Ma. kali pertama ninie beli masa tu minggu penyusuan ibu. mmg byk sgt maklumat yang berguna dalam majalah pa & ma ni. hari ni ninie beli majalah ni bg bulan november. antara yang menarik certia menarik dalam majalah ni:-

  • risiko bersalin awal
  • susu ibu kurangkan risiko sebrg jangkitan
  • pengalaman seorg ibu kehilangan bayi
  • bertarung nyawa 15jam lahirkan kembar
  • lebih jimat dan selamat dengan lampin kain moden
  • ransang deria anak² melalui permainan
  • pengurusan kewangan vs rumahtangga
itu diantaranya. byk lg cerita dan artikel menarik dalam majalan ni. http://www.karangkraf.com.my/e-majalah/Pa&Ma/

Thursday, November 5, 2009

Beg dalam kereta

sekrg ninie dah pregnant 26weeks. lebih kurang 6 bulan lebih la. ramai dah yg suruh beli brg baby & letak sesiap dlm kereta. sebb ada kes org bersalin 7bulan. tak nak laa ninie. sepupu ninie ada yg bersalin 7bulan. sebbnya bb dia uri duk kat bawah. cukup 7bln doktor operate. tapi alhamdulillah bb dia selamat dan sihat. masa baru keluar kecik jer. sekrg ni dah besar dah.. normal jer.mesti x sangka kan jadi g 2. takutnya..

ada kwn kat umah tu plak, dia pergi klinik utk cek baby. tetiba nurse tu ckp dia mcm byk air kena refer ke hospital. dia pergi ke hospital swasta. doktor sahkan dia mmg byk air. yang sedihnya masa tu dah 7bulan. baby dia dah lemas dalam perut. doktor operate & baby dia dah meninggal.. kesian + takut. Time mengandung ni mmg selalu laa dengar citer yang menakutkan. tapi tawakkaltualallah..

ni ninie tengah mencari beg yg cun² kat shop online. byk jugak pilihan. tapi yg cun² mesti mahai.. g kat kedai area kuantan ni ada jugak yg cun². kat twin baby. rasanya mcm nak beli kat situ je. ada yg murah skit. bawah rm50. yg beg ni mahal laa.. RM139.90.tp cam cun jer.

Wednesday, November 4, 2009

Penyusuan ibu eksklusif

masa mula dpt tahu ninie pregnant, ninie dh psg niat kat dlm hati nak menyusu bb nanti secara breastfeed(FB) w'pun ninie bekerja. start dari mula pregnant, ninie dah mula cari artikel, baca buku n tanya ngan kengkwan yg dah BF ni. Buku pertama ninie beli "PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJAYA". RM10 je. buku ni mmg byk bg panduan persediaan sebelum dah selepas kita dpt bb. yg ptg sekali mcm mana kita nak buat byk stok susu untuk ibu² yg bekerja mcm ninie ni. antara kandungan buku ni :-
> Penyusuan susu ibu - Mengapa perlu menyusu secara eksklusif
> Perancangan awal untuk ibu bekerja
> Persediaan memerah susu
> Latihan memerah
> Panduan penyimpanan susu ibu
> Cara memberi perahan susu ibu
> Tips kejayaan penyusuan susu ibu
> Cara mudah memantau tumbesaran bayi
> Carta pertumbuhan
> Sumber makanan berkhasiat untuk merangsang penghasilan susu
> Teknik penyusuan yang betul
> Cabaran penyusuan susu ibu
> Kisah benar penyusuan susu ibu bekerjaya

ninie ada juga ke laman web yg bercerita berkaitan penyusuan ibu ni.. yg paling best laman web ni "http://susuibu.com". byk artikel dah forum yg dibincngkan. so amat berguna utk
ninie yg baru nak belajar menjadi ibu ni.

ninie pun dah beli breastpump jenis spectra3. ninie beli online je. senang. nak cari kat kuantan ni kedai yg jual mmg susah. ninie ada gak servey kat kedai "twin bb" kat jln beserah. mahal jugaklaa. so ninie beli kat website ni "http://www.enjoybreastfeed.com/". sbb compare dengan website lain yg jual.. dialaa yg paling murah dan menguntungkan.. naper ninie pilih jenis ni? sbbnya ramai kengkwn yg suggest. diaorg kata kalau long term guna, (cadng utk anak seterusnya) mmg tahan lama laa.. itu yg ninie beli... hopefully ninie dpt laa BF bb ninie ni sampai umur dia 2thn. insyaAllah..

risau memanjang...

Semlm masa naik tangga rasa sakit kat pangkal ari². pinggang pun rasa sakit semacam jer. agaknya bb turun mcm hari tuh.. mmm apa nak buat ye? jumpe doc kat HTAA 10hb ni. ke nak kena ajak kak ana g jumpe bidan semula? tp risau jugak kan.. ada org ckp x elok sgt selalu urut. mcm² kisah org berurut ni. kena bidan yg x berapa pro boleh gugur bb. nauzubillah.. Ya Allah semoga anak ninie ni sihat dan sempurna.. Amin...

Tuesday, November 3, 2009

Penat berjalan... muka plak sembab


hah.. penatnya. baru balik dari jumpe bos(Pengarah). dia pengarah baru kat ofis ninie. bangunan plak jauh.. letih kaki ninie berjln pergi balik tadi. masa naik tangga tadi rasa sakit skit kat pangkal ari².

masa beli makanan tengahhari tadi kat kantin terjumpa timb. pengarah (dr norihan) dia tegur muka ninie nampak sembab.. dia tanya "ada g jumpe doc x?" ninie ckp next week TCA. betul ke sembab? tgk kaki x mcm sembab pun.. tapi saiz sandle dah pakai saiz 8. dah 3 org tegur muka ninie nmpk sembab ni... risau pulak..

Hari Pertama

hari ni baru blajar buat blog sendiri. nak citer apa pun belum tahu ni.. hari ni dah masuk minggu ke 26 pregnant. alhamdulillah semua ok. kekdg tu ada juga laa masalah yg membimbangkan tapi cuba sedaya upaya atasi.. bukan senang nak harungi 9bulan ni rupanya. teringat kat mak mcm mana laa dia ngandungkan ninie dulu ye??mesti susah.. sbb dia selalu citer kalau anak perempuan mmg susah skit dia nak bersalin. sebbnya bb besar.sian mak kan..

linkwithin

Related Posts with Thumbnails