Pages

Tuesday, July 12, 2011

Makanan untuk anak setahun ke atas


Ramai yg tanya Ninie, Zulaikha makan apa sekrg ni? Umur dia dah setahun 5 bulan. Zulaikha ni x ada sgt masalah pasal makan. Seingat Ninie, dia mula makan masa umur 7bulan, lepas habis exklusif BF. Tapi masa awal² tu, dia x makan sgt. Kekdg Ninie buat dia bubur, dia mkn sesudu je. Yg lain, buang. Hilang jugak kesabaran. Tapi anak-anak mmg mcm ni. Kalau kita nak kenalkan dia dengan benda baru, mmg ambk masa. X ada la dia suka terus kan. Bila selalu kita bg, akhirnya dia akan suka. Cuma, ibu mmg kena kreatif utk fikir, apa makanan yg anak suka. Bukan sama semua citarasa anak yer..

Awal-awal dulu Zulaikha makan bubur nasi atau oat. Mmg belender halus.. Sekrg ni gigi dah penuh dia dah makan byk makanan yg x belender. Ada jugak yg terkejut tgk gigi dia.. heheh yerlaaa seme sekali dah tumbuh. Pernah sorg ibu tu tanya, bila tgk ninie bg Zulaikha mkn karipap. Dia ckp x keras ke.. Ninie ckp la, gigi dia dah penuh.. dah pandai kunyah.. Anak org tu gigi 4batang baru tumbuh. Tapi tu laa.. perkembangan anak-anak ni ada cepat .. ada lambat. Tapi Zulaikha rasanya normal... x la cepat, x la lambat... ikut carta jer...

Selalunya, hari cuti Ninie sibuk sikit, sbb kena prepare makan utk dia. Hari biasa, dah makan kat taska, cuma malam dia suka join kitaorg makan lagik.. Selalunya Ninie prepare dia bubur nasi jugak, cuma x blender, sbb Zulaikha ni, masuk je makanan.. dia telan terus.. Dia pun mmg suka bubur nasi. Antara menu biasa Zulaikha:-
  1. Bubur nasi + sup ikan tenggiri  (letak carrot sebagai sayur)
  2. Bubur nasi + sup sayur + soo hoon (letak ikan bilis..)
  3. Bubur  nasi + sup ayam (letak carrot sebagai sayur)
  4. Nasi goreng ikan bilis (x letak lada.. )
  5. Nasi goreng cina
  6. Nasi + ikan goreng + sup sayur
  7. Nasi + tumis sayur bayam (ikan bilis)
Kalau tgk menu dia, pusing² yang tu aje. Tapi Zulaikha suka makan. Sekali dia makan, kalau bubur tu 2mangkuk pun habis.. Kalau nasi goreng, Ninie mmg bg dia makan sendiri. Kekdg ada org ckp, malas nak bg anak makan sendiri, berterabur.. Ninie pun kalau ikut malas nak kemas, g tu jugak.. tp Ninie suka bila tgk dia pandai guna tgn atau sudu.. w'pun berterabur.. dia nampak sgt enjoy bila makan sendiri. Yg ptg, dia mmg suka makan.. hehehe

Jajan, Ninie x pernah bg. Mcm twistist ke.. apa tu seme. Bukan sbb cerewet ke apa, tp x elok kan.. Nanti dia ikut kita g kedai, bila lalu kat  bhgn makanan ringan, dia tahu nak ambk kan.. Tapi tula.. kita larang anak makan, org lain plak ajar.. susah jugak.. Tp setakat ni, Ninie mmg pesan kat sesaper yg berkaitan, jgn ajar Zulaikha makan jajan. Selalunya ninie bg dia Cococrunch atau honeystar ganti jajan.. Kalau g pasaraya dia mmg kenal kotak cococrunh.. suruh laa kita beli.. heheh

Kesimpulan... anak-anak ni dia akan makan, kalau kita train dia. Ada jugak org ckp anak dia x suka makan kan.. terpulang kepada kreativiti masing-masing kan.. kita kenal anak kita mcm mana kan.... 

No comments:

Post a Comment

linkwithin

Related Posts with Thumbnails